Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Friday, 27 June 2014

Seven Rules of Life

Assalamualaikum

I've read some inspirational tips and wanna share some of them with you guys. Thought it might be useful for us.


Seven Rules of Life


  • Make peace with your past so it won't screw up the present.
  • What others think of you is none of your business.
  • Time heals almost everything, give it time.
  • Don't compare your life to others and don't judge them. You have no idea what their journey is all about.
  • Stop thinking too much, it's alright not to know the answers. They will come to you when you least expect it.
  • No one is in charge of your happiness, except you.
  • Smile. You don't own all the problems in the world.

Are these inspirational tips? Hmm, i hope so!



P/S - utamakan pandangan Allah daripada pandangan manusia.  

Monday, 31 March 2014

Tips Seronok Bekerja

Assalamualaikum

Selamat hari Isnin semuaaa. Mondays Blue ??? No, today is the last Monday before I finish my practical training. *The last Monday eh, not the last day*. So, minggu ni aku nak buat semua kerja dengan penuh bersemangat. Nak jadi seorang pekerja yang berdedikasi. yeah!

Hari tu aku ada tengok program yang disampaikan oleh Prof Muhaya. Sedikit teruja bila tengok Prof di kaca tv sebab selalunya aku hanya dengar melalui Youtube sebelum nak tidur. Tajuk dia 'Kerja Penting Ikhlas'. Bila tengok tajuk ni rasa 'eh, macam sesuai dengan aku jer'.

Nampak tak muka bersemangat? Errr, boleh laaa

Situasi yang diberi : Kita tengok jam dah pukul 4.45, terus beratur nak punch kad. Padahal ada 15 minit lagi kan? (Siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya, termasuklah aku). Mukadimah yang membuatkan aku rasa nak dengar dan nak dengar lagi. So, ini antara beberapa tips yang masih aku ingat:

Tips Seronok Bekerja

1. Niat. Bekerja bukan kerana bos yang suruh. Anggap pekerjaan yang kita buat tu sebagai satu ibadah. Rezeki yang kita dapat inilah yang akan kita guna untuk bagi anak, isteri, suami, keluarga kita makan kan.

2. Jangan anggap bos kita kat pejabat tu sebagai 'bos besar'. Jika dalam solat kita angkat takbir : Allah Maha Besar, tapi bila kerja, bos pulak yang lebih besar? Biarlah kita buat setiap pekerjaan kerana Allah, bukan kerana manusia sebab yang menilai kita adalah Allah.

3. Orang yang bijak akan berfikir 'apa yang boleh aku beri?'. Orang yang kurang bijak pula akan berfikir 'apa yang boleh aku dapat?' Bila kita asyik fikir, apa balasan yang akan kita dapat padahal kita tak dapat pun benda tu, ia akan jadi tak seronok, rasa tak ikhlas. Tapi bila kita buat sesuatu pekerjaan dengan rasa penuh 'memberi', rasa seronok, rasa nak buat lagi? Sebab kita tahu Allah sedang melihat kita, biarlah manusia tak perasan 'pemberian' kita, tapi Dia sedang melihat kita.

4. Memberi lebih dari sepatutnya. Contoh, kita dapat gaji RM 2000. Jika kita hanya bekerja hanya untuk RM 1000, 1000 ringgit lagi Allah akan tarik dengan anak sakit, kereta rosak, hutang sana sini, hati tak senang. TAPI jika kita bekerja lebih dari gaji yang sepatutnya, Allah akan beri melalui anak sihat, keselamatan terjamin, hati senang, keluarga bahagia. Tapi jangan sampai kita dibuli pulak kalau buat kerja lebih dari sepatutnya. Pandai-pandai sesuaikan dengan situasi.

5. Gunakan masa dengan penuh efektif. Contoh, ada lagi 30 minit sebelum balik. Cuba fikir, apa sumbangan yang boleh kita beri dalam 30 minit terakhir ini. Daripada asyik tengok jam, bila nak balik niii, baik kau fikir apa yang boleh kita beri untuk 30 minit ni.

6. Kerja, kerja jugak. Kewajipan sebagai seorang muslim jangan lupa. Solat. Jaga pergaulan antara lelaki & perempuan. Tak kiralah sebanyak mana kerja yang kita kena buat, solat jangan diketepikan.


Secara jujurnya, aku rasa  apa yang aku tulis ni tak sama macam apa yang aku buat masa praktikal ni. Dalam otak aku, rasa malas la nak buat, bukannya dapat gaji pun. Student jer lagi. Memang patut lah aku rasa macam tak seronok jer. Minda aku asyik fikir apa yang aku dapat instead of apa yang aku beri.

Tiba- tiba untuk minggu akhir ni (yeah, dah nak habis!) rasa nak jadi rajin, punctual, nak jadi seorang  pekerja yang penuh berdedikasi. Kalau member aku tengok aku mesti diorang rasa poyo kot. Tapi minggu akhir ni, biarlah aku bekerja bersungguh-sungguh. (Er, macam ulang ayat yang sama jer, tengah bersemangat laa katakann).

Semua tips ni aku dapat dari Prof Muhaya, tapi disampaikan oleh motivater yang tak lepas nak jadi motivater, iaitu aku. Haha. Ada sikit tokok tambah pendapat dari aku jugak.


P/S - dalam ketidaksabaran@keterujaan nak habis praktikal, rasa sedih la pulak...

Sunday, 12 January 2014

Cara Menjadi Seorang Yang Positif

Assalamualaikum

Aku ni takdelah complicated sangat. Cuma aku harap setiap apa yang aku buat tu kerana Allah, bukan semata-mata mengharapkan pandangan manusia. Niat tu kena betul derr!

Cara-cara Menjadi Seorang Yang Positif

1. Bangun pagi mulakan dengan niat hari ni lebih baik dari semalam. Semoga apa yang kita buat mendapat keredhaanNya.

2. Senyum. Sebab kalau kita senyum, orang akan rasa aura positif kita & akan turut berasa positif. Kalau muka masam jer orang pun takut nak dekat dan kau jadi cepat tua.

3. Ikhlas dalam melakukan setiap pekerjaan. 

Dulu ada satu couple ni mintak aku ajar diorang, subjek kimia kot. Waktu malam si girls tu datang bilik aku untuk belajar sama-sama. Pastu dia cakap sebenarnya dah lama si boy tu nak mintak aku ajar diorang sebab dia rasa aku ni ikhlas nak tolong orang (dulu aku class rap-ketua kelas). Haha boleh pulak puji aku depan awek dia. Semoga mereka disatukan suatu hari nanti.

Ikhlas tu seperti semut hitam di atas batu hitam di dalam bilik yang sangat gelap. Kadang-kadang aku sendiri pun tak tahu ikhlas ke benda yang aku buat ni? Semoga Allah terima setiap amalan yang kita lakukan. Orang lain juga dapat merasa jika kita ikhlas melakukan pekerjaan itu. (Panjang lebar pulak point ni)

4. Redha. Jika sesuatu yang tidak diharapkan berlaku, terima dengan hati yang terbuka. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Pandang dari sudut yang positif, abaikan anasir-anasir negatif.

5. Jangan berputus asa. Jika plan A tak jadi, masih ada plan B, C, D...Z. Jadi jangan cepat menyerah kalah. Kegagalan itu adalah semangat untuk kita terus berjaya.

6. Baca cerita-cerita yang dapat memberikan kita motivasi. Atau dengar pengalaman orang yang lebih     makan garam. Melalui cara ini kita dapat lebih mensyukuri nikmat kurniaan Allah, jika kita merasa diri kita sering ditimpa masalah, ada orang lain yang lebih hebat ujiannya. Setiap ujian itu lebih memberikan kita kekuatan untuk meneruskan hidup.

"Teena, aku tengok kau ni macam takde masalah jer"

"Baguslah kau Teena, sentiasa positif, humble, simple"

Dalam kehidupan seharian kita tidak lari dari masalah. Cara kita menghadapi masalah itu yang membezakan kita. Kalau kita meratap nasib malang kita apalah yang kita dapat. Just move on and enjoy your life.


I found that life is a service. And the service is a joy. I found that service is joyful. - Prof Muhaya


 Salam Maulidur Rasul 

Friday, 29 November 2013

Cara Mudah Nak Buat Kebaikan

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini saya nak kongsi sedikit 'cara' dengan anda. Cara yang mungkin nampak kecil di pandangan mata kita, tapi mana tahu di akhirat nanti, amalan kecil kita inilah yang akan memberatkan timbangan di neraca Padang Mahsyar nanti. Insya Allah...


  • Sedekahkan alfatihah untuk kedua ibu bapa kita setiap pagi selepas solat subuh.
  • Basahkan lidah dengan berzikir. Jika buat kerja yang kita rasakan bosan, cuba berzikir dalam hati sambil buat pekerjaan itu. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar. Daripada kebosanan, hati kita terus 'terisi' dengan zikir.
  • Jika ada program amal, cuba untuk sertai program itu. Contohnya, ada jualan amal, kita boleh beli barang-barang mereka. Lagi satu, jika kita tak dapat nak curahkan tenaga kita untuk menolong yang kurang berkemampuan, kita boleh sedekah wang, pakaian, buku-buku dan banyak lagi untuk mereka. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.
  • Tolong orang tua melintas jalan, angkat barang mereka, pimpin mereka untuk naik bas. Bukan orang tua jer, malah mereka yang kurang upaya juga memerlukan bantuan kita.
  • Wakafkan telekung di masjid-masjid. Selagi mana ada orang menggunakan telekung itu, selagi itu anda memperoleh ganjarannya. Selain telekung, anda boleh wakafkan Al Quran, sejadah, buku-buku ilmu.
  • Ketika berhenti sebentar untuk solat di masjid dan ternampak tabung masjid, jom kita ringankan tangan untuk 'penuhkan' tabung itu.
  • Nampak sampah di tepi jalan, rajinkan diri untuk mengutip sampah itu dan buang ke dalam tong sampah.
  • Permudahkan urusan orang lain. Contoh, kita tahu setiap hari orang itu akan buat perkara yang sama, apa kata kita tolong sediakan apa-apa keperluan sebelum orang itu memulakan kerja mereka.
  • Senyum kepada mereka yang kita jumpa/lalu-lalang di hadapan kita. Senyum itu sedekah.
  • Dan cara yang paling mudah, sebarkan mesej ini kepada orang lain  =)


Tak kan 10 cara sahaja? Selebihnya saya pasti anda lebih tahu kebaikan-kebaikan yang boleh kita buat  =)

Tadi kat tempat kerja saya ada buat bacaan yassin & sedikit tazkirah yang bertajuk 'HIJRAH'. Yang paling buat saya terkesan bila ustazah tu menceritakan mengenai 'hijrah yang tidak diundang'. Hijrah dari sakaratul maut ke alam barzakh. Jika setiap malam kita tidur dalam kegelapan yang gelap, bagaimana pula apabila kita berada di dalam kubur? Bukan sahaja gelap, tapi banyak ular, keseorangan, sempit. Tapi jika amalan kita di dunia ini sentiasa mengikut perintah & syariaatNya, kita akan merasa lapang, luas, bercahaya kubur kita itu.

Sudah lama tak berada di majlis ilmu, terasa hati macam dah kosong. Alhamdulillah hari ini hati ini sudah sedikit terisi :) Alhamdulillah

*mesej ditujukan buat diri ini juga.

-Teena Tna-   

Thursday, 24 October 2013

Teknik Pembelajaran Menjelang Peperiksaan

Assalamualaikum w.b.t.

Link
Lebih kurang dua minggu lagi calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan menghadapi peperiksaan. Dua minggu terakhir ini merupakan fasa kritikal. No more facebook, no more twitter, no more instagram or so whatever like that. Jika anda seorang blogger, sepatutnya dah boleh berhenti berblogging buat sementara waktu, tapi macam mana korang nak baca tips yang aku bagi ini pulak. Takpe, calon SPM untuk tahun depan boleh baca. Hehe. Jadi, antara cara aku belajar masa SPM dulu :

1. Buat soalan SPM tahun-tahun sebelumnya
Buat seberapa banyak set soalan, sampai anda dah dapat agak soalan apa yang akan ditanya. Sebab kebiasannya soalan yang sama akan berulang, cuma ayat tu diorang 'twist' nak bagi kita keliru.

2. Fokus pada tajuk yang anda kurang faham
Sebelum ini sudah pasti anda (calon SPM) telah mengharungi pelbagai peperiksaan sebelum menghadapi SPM yang sebenar kan? Jadi, semestinya anda sendiri tahu bab apa yang kita masih kabur-kabur/tidak faham 100%. Cuba baca dengan tenang, fahamkan konsep/formula yang diberi. Contohnya subjek Fizik, faham dulu teori dia, kemudian apply dengan formulanya, apa logiknya formula tu. Inilah yang aku buat masa study Fizik, bukan hafal bulat-bulat tapi satu apa pun tak faham.

3. Buat nota melalui kefahaman sendiri
Setelah ulangkaji, cuba anda 'keluarkan' apa yang anda faham melalui pembacaan itu. Tak kisah lah nak lukis diagram, nak tulis ayat, yang penting kita faham apa yang telah kita baca, dan anda pun faham nota yang telah anda buat. Nak tahu nota anda tu senang difahami atau tidak? Cuba suruh kawan anda baca dan tanya dia faham ke tak. Kalau dia faham tu okey lah, tapi kalau dia tak faham pun takpe sebab kita yang nak baca sendiri kan.

4. Bertanya kepada yang lebih arif
Sudah buat banyak latih tubi, tapi kita masih mengulangi kesalahan yang sama. Cuba tanya kawan anda, mungkin mereka dapat berikan jawapannya. Masalahnya, kawan itu pun sama seperti anda, tak faham juga. So, rajin-rajinkan diri pergi ke bilik guru dan tanya cikgu. Dulu kat sekolah aku, cikgu-cikgu semuanya sangat supportive. Mereka tak akan biarkan kita keluar tanpa kita faham apa yang ditanya. Serious, cikgu kat KISAS semuanya baik-baik.

5. Study Group
Bergantung kepada setiap individu, ada yang suka belajar secara berkumpulan, ada yang tak. Tapi bagi aku study group ini perlu sebab kita dapat share & ajar kawan-kawan lain. Yang pasti dalam group itu perlu ada seorang yang boleh dikatakan 'cemerlang' dalam akademiknya.

6. Hubungan dengan Allah & hubungan dengan manusia
Solat 5 waktu jangan tinggal (bagi yang muslim). Jaga hubungan dengan ibu bapa, guru-guru & kawan-kawan. Jangan buat perkara yang akan mendatangkan kemarahan mereka, kerana di situ terdapat KEBERKATAN. Kadang-kadang kita berjaya bukan sebab kita ni pandai/rajin tapi sebab doa mak ayah & guru-guru untuk kita.

Dulu sebelum SPM, sekolah aku ada buat majlis bacan yaasin & solat hajat. Selepas itu, ibu bapa perlu buat satu bulatan besar dan para pelajar perlu salam semua ibu bapa. Dan parents pula perlu mendoakan sambil pegang kepala setiap pelajar. Maksudnya, ada lebih kurang 100 emak yang telah mendoakan untuk aku. Masa tu rasa sebak sangat, macam nak pergi berperang pun ada. Dah lah mak ayah aku datang dari Melaka ke Klang, jauh perjalanan, sangat terharu aku. Lebih sedih lagi, ada kawan yang tinggal di Kedah, Penang, parents mereka tak dapat datang. Tapi parents kami ada untuk mendoakan mereka, memang terasa kesyahduannya. Sampaikan ayah aku cakap kat parents yang lain, "macam ni boleh dapat 11 A lah budak-budak sekolah ni". Alhamdulillah, masin mulut ayah aku tu.

7. Guna tips yang telah diberi oleh guru
Jika guru anda telah bagi tips semasa bengkel menjawab soalan, gunakan sepenuhnya tips tersebut. Kalau tak dapat nak ambil semua sedikit pun jadilah. Macam aku, semua ilmu yang diajar oleh cikgu akan aku guna sebaiknya. Contohnya, english essay. Cikgu aku ada bagi contoh essay yang 'high class' punya. So, aku study vocab yang digunakan, try buat ayat bombastic sikit. Then, try to make your own essay based  on the new vocab & let your teacher check your essay. Dia akan betulkan mana yang sepatutnya. And it works! Bayangkan subjek yang aku paling lemah adalah English & pernah gagal. Even add math pun tak pernah gagal. Dan aku tak pernah dapat gred A pun dalam peperiksaan, tapi SPM dapat A+. Perasaan masa tu macam sangat-sangat tak percaya. Menangis aku bila jumpa teacher Rajeswary. Thank you teacher.

8. Betulkan niat
Ini perkara paling asas dan agak susah untuk istiqamah. Belajar bukan semata-mata kerana peperiksaan, tapi kerana Allah, kerana sukakan ilmu. Tapi kalau dah stress, niat tu macam dah kabur. Sama macam hati kita, mudah digoda dengan nafsu. Tenangkan fikiran, mengadu kepadaNya & muhasabah diri.

Lagi tips? Entah, zaman SPM aku dah berlalu, ingatan pun macam dah lupa sikit-sikit. Tapi, aku rindu sangat nak menuntut ilmu di sekolahku, di Bumi Waqafan, Kolej Islam Sultan Alam Shah. Rindu nak solat jemaah sama-sama, rindu nak dengar tazkirah, rindu dengan sahabat-sahabat, rindu dengan cikgu-cikgu, rindu kat semua yang ada di sanalah. Sekarang semua dah beterbangan di seluruh dunia untuk melanjutkan pelajaran.

Dan kepada adik-adik di luar sana, SPM bukanlah segalanya tapi segalanya bermula dengan SPM. Ye, dulu aku bukan 'best student' pun, setiap kali exam, result biasa-biasa jer. Tapi dapat 'Anugerah Lonjakan Saujana' sebab keputusan SPM yang...'okeylah'...Rasa macam aku ni dulu-dulu antara yang tercorot jugak. But, who cares. We learn from the mistakes. And I make it. Alhamdulillah.

P/S - Good luck to all SPM candidates especially my sister, Izzati :) I know u can do it!

All the best !

Friday, 14 June 2013

Tips Berjimat Cermat

Assalamualaikum
Salam 5 Syaaban

Alhamdulillah, hari ini duit biasiswa aku dah masuk. Yeah!!! Terima kasih kepada sponsor, Encik JPA. Biasanya duit scholar masuk 2 minggu selepas sesi pembelajaran, tapi kadang-kadang lambat masuk. Awal sem tu memang kena pandai berbelanja. So, nak share sikit tips yang aku guna time pocket kosong di universiti dulu. (Tips ini lebih ditujukan kepada golongan pelajar)

1. Rajin join program
Kenapa perlu join program? Sebab dapat makanan free!! setiap malam aku akan pergi mana-mana aktiviti yang dianjurkan oleh kelab-kelab malam. Hujung minggu pulak ada jer program di universiti. Kalau aktiviti tu berlangsung selama 3 hari 2 malam, so memang jimat lah minggu tu nampak sangat xde duit kan? Pendek kata di mana ada program, di situlah ada aku waktu takde duit lah.

2. Biar murah asalkan kenyang
Kalau bab makan memang penting bagi aku. Lunch & dinner memang tak boleh missed. Tapi apabila tiada duit takkan tak payah makan pulak, lapaq la perut cheq! so aku akan beli makanan yg murah tapi mengeyangkan macam nasi lemak, burger dan range harga maksimum RM 2. Nampak macam kedekut, tapi duit kat dalam akaun tinggal 5 ringgit jer, terpaksalah kawal nafsu makan.

3. Bijak menolak pelawaan member
Biasanya kalau hujung minggu, kitorang akan hangout rilekskan minda. Namun apa gunanya keluar jika duit nak naik bas pun perlu fikir 2,3 kali. Jadi pandai-pandailah bagitahu kat member tu yang korang tak boleh nak join. Tapi ramai kawan-kawan aku yg dapat sponsor JPA jugak, memang waktu tu semua 'kedekut' sangat.

4. Rajin ke library
Kenapa tiba-tiba nak ke library pulak? Sebab dah takde benda yang boleh dibuat since kau tak nak duit 'terbuang' macam tu jer di luar sana. Dan yang lebih penting lagi boleh pinjam buku di library, tak payah susah-susah nak beli buku yang harganya beratus-ratus. Pinjam jer di library. Ada satu buku tu, satu sem memang aku yang punya, setiap 2 minggu akan renew tarikh pinjaman. Jimat kan macam ni?

5. Bawa duit dalam kuatiti yang sedikit
Jangan bawa walllet bersama anda, hanya bawa duit yang paling anda rasakan perlu dibawa & minima. Paling kurang pun kalau nak bawak wallet, pasti hanya ada duit sikit jer dalam wallet tu. Ini untuk memastikan anda tidak berbelanja lebih dari keperluan yang diperlukan. Kalau nak elakkan shopping 'terlebih' boleh juga guna tip ni.

Okay, ini jer tips yang selalu aku guna dulu. Kalau korang ada tips yang lain boleh lah share dengan aku. Lagi satu, kalau dah dapat sponsor tu pandai-pandailah guna duit ye. Nasihat dari kawan aku "Ingat sikit, duit yang kau guna tu duit rakyat, so belajar betul-betul, jangan salah guna duit tu", takut kot dia cakap macam tu.

Gambar tak berkaitan dengan entri, hehe.

Terima kasih JPA !