Showing posts with label Korea. Show all posts
Showing posts with label Korea. Show all posts

Wednesday, 31 August 2016

Saya Bangga Jadi Rakyat Malaysia !

Assalamualaikum

31 Ogos 2016.

Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke-59.

Baca tajuk pun dah rasa patriotik hehe.

Hari ni aku nak cerita satu pengalaman. Tahun lepas. Aku, Sal & Azwa bercuti di Korea. Kebetulan pada hari merdeka, kitorang berada di bumi Korea. Rasanya waktu tu lebih kurang 7 hari kami sudah berada di sana. Jujur aku cakap waktu tu aku dah start homesick. Mungkin sebab kitorang banyak berada di luar & balik bilik pun malam harinya setelah penat seharian berjalan  (dah nama pun travel mestilah banyak tempat nak pergi, kalau duduk bilik je rugi ooo hahaha).

Dan aku rasa sebab paling utama buat aku rasa homesick adalah aku rindu nak makan NASI. Kat Korea boleh dikatakan kitorang asyik makan maggi *cryyy* sebab susah nak jumpa makanan halal kat sana. Kalau ada pun mahal *cryyy*. 

Memang kitorang plan nak pakai baju kurung untuk 1 hari masa kat Korea. Perasaan bila pakai baju tradisional kita kat negara orang memang sangat bangga. Sepanjang kitorang berjalan kaki, semua mata memandang ke arah kami. Dan ada ahjumma cakap baju kitorang cantik (thank you ahjumma!)



Warna baju kitorang pun hampir nak sama ok. Masing-masing punya instinct kuat sangat! haha. Sebenarnya baju kurung yang aku pakai ni adalah baju mak aku. Baju lama mak. Waktu baru kahwin masa tu mak cakap. Aku ingat nak pakai waktu aku lepas kahwin jugak, tapi entah bila nak kahwinnya, malas aku nak tunggu, pakai jelaaaa LOLOLOL. 

Sebenarnya kita nak ke mana ya? Kita nak ke pejabat satu group KPOP kegemaran Azwa !!! Tapi aku tak ingat apa nama group tu. Sorry tak minat kpop sangat hehe. Jenuh gak nak mencarinya. Berapa kali sesat pun tak tahu. Tapi takpe, dapat pusing-pusing kat Korea dengan baju kurung kitorang =)

 Aku rasa group Azwa minat tu nama dia INFINITE. Tengok lah muka tengah bahagia giler. 

Sejak nampak bangunan ni sampai nak keluar bangunan, tak henti-henti senyum :) 
Aku yang tengok ni pun rasa happy untuk Azwa ;)

Hongdae Station
Kenapa aku rasa apa yang aku cuba nak sampaikan dari tadi macam tak sampai-sampai eh. Hmmm, macam mana nak cakap eh. Okay, pernah dengar pepatah melayu 'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri'? Itulah yang aku cuba sampaikan. Walaupun rasa seronok, best, happy dapat ke Korea, tapi still aku lebih rindukan Malaysia. Sebab Malaysia adalah tempat asal aku. Tempat aku dilahirkan. Tempat di mana semua keluarga aku berada. Tempat di mana aku senang nak jumpa NASI hahaha. 

Baru-baru ni, aku terlihat opening ceremony sukan Olimpik di kaca tv. Pasukan Malaysia memakai baju melayu & baju kurung. Satu perasaan aku masa ni. Bangga. Cantik sangat. Tengok Dato' Lee Chong Wei pegang bendera Malaysia, comel kan hehe.

i love Malaysia !!!

Aaaa, jangan nangis please. Aku tak dapat tengok waktu final. Tapi waktu semi-final, lawan dengan Lin Dan, aku tengok. Nak gugur jantung ok. Watu tu aku ada program NoGAPs. Majority yang join adalah chinese. Tapi seronok semua tengok sama-sama sokong Malaysia. Rasa ada kesatuan di situ :) Dapat pingat perak pun takpe, sebab para atlet ini telah menyatukan kita semua rakyat Malaysia. Yup i can feel it!!!





SAYA SAYANG MALAYSIA !!!
SELAMAT HARI MERDEKA !!!




Sumber gambar olimpik: Google =)

Monday, 25 January 2016

Trip to Korea : Jeju Island

Assalamualaikum

Gigih betul aku. Dah 5 bulan balik dari Korea pon masih mahu update cerita kat sana lagi. Baru pergi ke satu negara sahaja dah mengambil masa 2 tahun (2015 - 2016) untuk update. So, kali ini aku nak bawa korang semua ke Jeju Island ! Mulanya aku tak cadang pun nak ke sini, ingat nak jalan-jalan around Seoul je. Tapi bak kata Sal, dah alang-alang sampai Korea, mai lah kita pi Jeju sekali. So, kat sini semua Sal yang uruskan. Dari itinerary, taxi, hotel, tempat mana nak pergi semua Sal yang arrangekan. Dia tengah semangat pasal Jeju ni, kita bagi jer dia buat semua haha.

Dah puas 7 hari round kat Seoul, next kita fly ke Jeju pulak. Dari Seoul kitorang gerak menuju ke Gimpo Airport sebelum sampai Pulau Jeju. Duduk sana 3 hari 2 malam. Banyak sebenarnya tempat-tempat best kat sini. Tapi kena pandai pilih sebab kitorang ada 3 hari jer, itupun tak dapat cover semua tempat. Kira tempat yang aku tunjuk ni tempat WAJIB pergi kalau korang nak datang Jeju.

Seongsan Ilchubong

Seonsang Ilchubong : One of The New Seven Wonders of Nature. 

First time aku nampak gunung ni dari dalam teksi, i was like SUBHANALLAH ! Hijau, cantik, windy, perfect ! Serius aku cakap even kalau tengok balik gambar-gambar kat sini dalam kamera sangat tak sama dengan mata kepala yang kita tengok sendiri. Sangat cantik. Yup, aku harap ingatan aku pasal Seongsan ni takkan luput walaupun dah tua nanti. Harga nak masuk sini pun baru 2000 won.

Tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hijau dia cantik sangat. 
Rasa macam nak baring kat atas rumput ni. Aaaaa nak datang sana sekarang jugak.

Nak naik ke sini kena trekking sikit lah. Trek dia dah sediakan. Dalam 30 minit dah boleh sampai.

Hehehe Azwa dengan Sal dah semput. 

 While the other side (me) was looking....

 This !!! The view from the top of Seongsan Ilchubong !

Finally kita dah sampai! 

Sebenarnya kawasan ni adalah kawasan gunung berapi. Semua kawasan kat Jeju adalah gunung berapi. Sebab tu pemandangan kat sini semuanya cantik-cantik. Macam gambar kat atas ni adalah kawah gunung berapi. Tapi malangnya semua dah tak aktif, kalau tak boleh lah aku menyaksikan lava yang panas membara mengalir keluar dari mulut volcano tu. LOL kalau dia tengah aktif mana lah boleh nak datang situuuu. Berangan jelaaa. Eh tapi kat Indonesia boleh kan? hmm, so next destination maybe...

Beria-ria aku nak amik gambau kawah ni sampai berkerut dahi.

Lagi satu aku nak nasihatkan kalau datang Seongsang Ilchubong ni tak payah nak pakai skirt macam aku pakai ni, shawl pun tak payah nak hijabista sangat nak buat kenkonon loose lah, hana tajima lah. Sebab kat sini angin kuat giler, pastu nak panjat tangga trek tu kalau pakai skirt kan dah leceh. 

Cheonjeyeon Waterfall

Next, kita pergi Cheonjeyeon Waterfall ! Air dia Masha Allah biruuu. Tapi kita tak boleh mandi kat sini. Harga masuk 1350 won. Waterfall ni ada 3 level. Ini level yang pertama dan yang paling cantik bagi aku sebab tengok batu-batu dia - vertically arranged. 


Cheonjeyeon Waterfall : One of The New Seven Wonders of Nature. 
(the girl is also one of the 7 wonders of nature hehe)

Yang ni pulak level kedua. 

Third level.

Kasut ni aku beli kat Seoul. 18 000 won tak silap. Best. Tapi aku belum pernah pakai pun kat Malaysia. 

Azwa nak ajak mandi kat sini tapi aku cakap tak payahlahhh, kita mandi kat bilik je hehe.

Micheon Cave - Ilchu Land

Masa 2nd & 3rd day kitorang kat Jeju ni kami guna tour guide. Luckily kami dapat tour guide yang boleh cakap english. Susah giler kot nak carik orang Korea yang tahu english. Masa mula-mula kitorang datang jeju nak carik hotel punyalah susah. Nak carik hotel tu dah satu hal tak jumpa-jumpa. Ada pulak korean nak tolong kitorang, tapi dia tak paham kitorang cakap apa. Nama hotel tu 'Khodak-Khodak'. Memang kelakar lah bila tengok expression muka masing-masing :')

Korean : kotak-kotak?
Kami    : yes, khodak-khodak.

Tour guide yang bawak kitorang ni beria-ria suruh amik gambau kat poster Running Man ni. Sepanjang jalan kat sini berlambak kot poster ni. Aku pun ye-ye je posing. Padahal langsung tak kenal sorang pon mamat korea ni. Siyes lah, memang tak kenal. Kalau kau tanya aku kpop ape pun aku tak tau. Zero at all. hahaha.

 Jumpa kincir angin masa otw ke Ilchu Land.
Terus minta driver berhenti & amikkan gambau kitorang :)

OMG ! Sal ! Hang buat apaa tuuu ! ish ish ish !

Okay sekarang kita dah sampai di Micheon Cave. Haa gua ni terletak dalam Ilchu Land. Suhu kat sini 10 degree celcius. Baru turun tangga ni dah terasa sejuk dia.


Baik gua ni tak kena nak meniarap ke, baring ke. Aku dah lah dengan skirt bagai, hahaha. 

Gua ni panjang jugaklah. Kalau boleh setiap inci penjuru kat korea ni rasa nak amik gambau. 

 hai, tengok apew tew ???

hikhikhik

Jusangjeolli Cliff 


 Kat sini semua curam hasil tinggalan gunung berapi. Tengoklah batu-batu dia, bercorak.
Macam kain cotton baju kurung LOL.

Batu-batu kehidupan =)

Feeling ombak rindu gitchu !
#redhaituikhlaspasrahitumenyerah

My girls :)


Ini dah kenapa? Boleh jadi kontroversi woo ! Dah macam laki bini tengah honeymoon pulak.

 Seopjikoji Lighthouse 

 Next destination : Seopjikoji Lighthouse.
Macam kura-kura kan batu ni.

Rumah Hensel & Gretel. Gula-gula kat sini semua boleh makan tau. 
k tipu jer.

Nampak tak lighthouse dia? Nunnn jauh kat atas sana ni. Kena jalan lagi. hmmmm


Entah apa laaa seronok sangat ni. Cer tengok batu-batu tepi pantai ni. Cantik.


And yezza!!! dah sampai lighthouse wehooo. Tapi lepastu kena jalan kaki turun pulak  -___-


* Forgot Already What is This Place Huh *




 Eleh, dan dan jer masa ni laa nak betulkan tali kasut...



Fuhhh, Serious kalau pergi Korea tu luangkan lagi sikittt je masa visit Jeju Island ni. Rugi datang jauh-jauh tak singgah sini. At least Seongsan Ilchubong kena pergi. Lagi satu tempat-tempat yang aku tunjuk ni berlaku dalam masa 2 hari. Sebab tu ada 2 jenis baju je yang kitorang pakai (in case kalau korang ingat kitorang tak mandi hehe)


Alhamdulillah cuti kat Korea bestttt !!!