Assalamualaikum
31 Ogos 2016.
Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke-59.
Baca tajuk pun dah rasa patriotik hehe.
Hari ni aku nak cerita satu pengalaman. Tahun lepas. Aku, Sal & Azwa bercuti di Korea. Kebetulan pada hari merdeka, kitorang berada di bumi Korea. Rasanya waktu tu lebih kurang 7 hari kami sudah berada di sana. Jujur aku cakap waktu tu aku dah start homesick. Mungkin sebab kitorang banyak berada di luar & balik bilik pun malam harinya setelah penat seharian berjalan (dah nama pun travel mestilah banyak tempat nak pergi, kalau duduk bilik je rugi ooo hahaha).
Dan aku rasa sebab paling utama buat aku rasa homesick adalah aku rindu nak makan NASI. Kat Korea boleh dikatakan kitorang asyik makan maggi *cryyy* sebab susah nak jumpa makanan halal kat sana. Kalau ada pun mahal *cryyy*.
Memang kitorang plan nak pakai baju kurung untuk 1 hari masa kat Korea. Perasaan bila pakai baju tradisional kita kat negara orang memang sangat bangga. Sepanjang kitorang berjalan kaki, semua mata memandang ke arah kami. Dan ada ahjumma cakap baju kitorang cantik (thank you ahjumma!)
Warna baju kitorang pun hampir nak sama ok. Masing-masing punya instinct kuat sangat! haha. Sebenarnya baju kurung yang aku pakai ni adalah baju mak aku. Baju lama mak. Waktu baru kahwin masa tu mak cakap. Aku ingat nak pakai waktu aku lepas kahwin jugak, tapi entah bila nak kahwinnya, malas aku nak tunggu, pakai jelaaaa LOLOLOL.
Sebenarnya kita nak ke mana ya? Kita nak ke pejabat satu group KPOP kegemaran Azwa !!! Tapi aku tak ingat apa nama group tu. Sorry tak minat kpop sangat hehe. Jenuh gak nak mencarinya. Berapa kali sesat pun tak tahu. Tapi takpe, dapat pusing-pusing kat Korea dengan baju kurung kitorang =)
Aku rasa group Azwa minat tu nama dia INFINITE. Tengok lah muka tengah bahagia giler.
Sejak nampak bangunan ni sampai nak keluar bangunan, tak henti-henti senyum :)
Aku yang tengok ni pun rasa happy untuk Azwa ;)
Hongdae Station |
Kenapa aku rasa apa yang aku cuba nak sampaikan dari tadi macam tak sampai-sampai eh. Hmmm, macam mana nak cakap eh. Okay, pernah dengar pepatah melayu 'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri'? Itulah yang aku cuba sampaikan. Walaupun rasa seronok, best, happy dapat ke Korea, tapi still aku lebih rindukan Malaysia. Sebab Malaysia adalah tempat asal aku. Tempat aku dilahirkan. Tempat di mana semua keluarga aku berada. Tempat di mana aku senang nak jumpa NASI hahaha.
Baru-baru ni, aku terlihat opening ceremony sukan Olimpik di kaca tv. Pasukan Malaysia memakai baju melayu & baju kurung. Satu perasaan aku masa ni. Bangga. Cantik sangat. Tengok Dato' Lee Chong Wei pegang bendera Malaysia, comel kan hehe.
i love Malaysia !!!
Aaaa, jangan nangis please. Aku tak dapat tengok waktu final. Tapi waktu semi-final, lawan dengan Lin Dan, aku tengok. Nak gugur jantung ok. Watu tu aku ada program NoGAPs. Majority yang join adalah chinese. Tapi seronok semua tengok sama-sama sokong Malaysia. Rasa ada kesatuan di situ :) Dapat pingat perak pun takpe, sebab para atlet ini telah menyatukan kita semua rakyat Malaysia. Yup i can feel it!!!
SAYA SAYANG MALAYSIA !!!
SELAMAT HARI MERDEKA !!!
Sumber gambar olimpik: Google =)
x selalu rakyat malaysia kalau gimana-mana guna baju tradisional ngra kita.. tabik spring!..
ReplyDeletesemangat patriotik tu penting..
bila tgk gmbr LCW tu , rasa na nangis pulak.. :(
salam merdeka..
ReplyDeleteskrg dah bulan 10.. menyepi lagi nmpaknya..
yeah! bangga dengan awak~!
ReplyDeleteHihi comel je korang pakai baju kuring dekat Korea eh. Bertiga takpe. Kalau pakai sorang sorang tu yang segan japgi hahahah. Kannn.
ReplyDeletegiler patriotik sampai bawak bndera..
ReplyDeleteknapa x pakai baju kahwin terus kat sana.. hahaha
haa... singgah sini.. tpi belum updte nampaknya.. hurmm. :)
ReplyDeleteGreat read thaankyou
ReplyDelete