Tuesday 20 August 2013

Alamak, rombongan meminang dah sampai !!!

Assalamualaikum...

Hai..masih lagi berada di mood raya ke? Hari sabtu lepas ada event besar kat rumah saya. Sebab ada rombongan datang nak memetik bunga di taman. Akhirnya ada jugak orang nak 'petik' ye. Alhamdulillah, kalau dulu bila orang tanya bila nak kahwin, rasa dah malas nak jawab sebab calon langsung takde. Tiba-tiba jer nak bertunang? Bulan depan nak tunang baru sekarang nak beritahu. Mak lah orang yang paling terkejut sekali. Takde angin takde ribut. Inilah yang dikatakan jodoh, hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Hari Sabtu lepas 17/8/3013, terikatlah satu ikatan antara kakakku dengan pasangannya. Haa, bukan saya tapi kakak saya. Rombongan merisik & bertunang sekaligus. Memandangkan hari raya ni ramai saudara mara yang ada di rumah untuk pulang ke kampung, maka kesempatan ini digunakan untuk mengadakan majlis ini. Walaupun 'si pengantin' ni beritahu pada last minute.

Akak, akak, jumpa juga jodoh kau ye. Tahniah aku ucapkan. Tahun ni tahun terakhir lah kita raya sama-sama, lepas ni kau kena ikut future H. Aku tumpang gembira akak dah nak mendirikan masjid tapi pada masa yang sama rasa sedih sebab ada orang dah 'ambil' kakak kita. Lepas ni, tak boleh lah aku nak ajak kau keluar jalan-jalan, tolong jadi driver aku sekejap, pinjam barang-barang kau. Dan rumah kita dah kurang seorang, tak bestlah kalau nak gaduh nanti tak cukup geng. Okayyy, tak nak sedih-sedih dah.

Ni sebelum majlis bermula. Eee, disebabkan akak yang 'menyorok'di dalam rumah, aku yang jadi mangsa. Tengah sibuk layan tetamu, "ni ke yang nak bertunang tu?", "Eh, bukan saya, kakak sayalah, dia kat dalam". Bukan seorang dua yang tanya, tapi hampir kesemuanya. Haish, sabo jelaa. Ni semua sebab baju aku yang 'over' ke? Haha, jangan marah ea kak.

Hantaran, 7 berbalas 9. Last minute punya pasal, tak sempat nak gubah sendiri, semuanya tempah jer. Nampak tak secret recipe tu? Sebenarnya keesokan harinya, 18/8 merupakan birthday mak. Jadi kek tu kira macam kek birthday mak jugak, walaupun kek dari pihak lelaki. Selamat Hari Jadi Mak. Terima kasih kerana telah mendidik & menjaga Tina dari kecil hinggalah sekarang ni.

This is the cake !!

Eh kak, sapa yang amik gambar kita ni? Aku hanya mampu melihat melalui pintu jer...maklumlah kat depan sume tu ramai orang time ni.


Ni lah mangsa buli kami. 
Ati (adik), lepas ni tinggal kita 2 jer, jadi geng la lepas ni. And welcome to the club, next year dah tak jadi budak skola dah. Good luck trial SPM. Cian ko, raya tak tenteram. Nak hadap buku lagi kan.


Pengantin "baru". Dah sibuk-sibuk layan tetamu, terlupa nak bergambar di pelamin. Esok tu kitorang suruh mak & ayah pakai lawa-lawa, posing sikit.


 Last but not least. Bila lah turn aku pulak ni kak?

Okay, tahniah lagi sekali kak. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Eh, baru tunang kan. Lagi 4 bulan jer lagi. jaga-jaga, darah tengah manis ni.

Tak sabar nak makan nasik minyak !

44 comments:

  1. Tahniah untuk akak adik tu..hihi..:)

    ReplyDelete
  2. congrats kat akak teena ye..semoga dipermudahkanNya :)

    ReplyDelete
  3. Tahniah utk kakak awk yer..nnti turn awk pulak.. ;)

    ReplyDelete
  4. tahniah untuk awak sbb akan ada abang ipar nanti..sabo yoo..

    ReplyDelete
  5. tahniah.... moga segalanya dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  6. Tahniah untuk kakak Teena :-)

    ReplyDelete
  7. Tahniah teena, nak dapat abg ipar dah :-) 4 bulan lagi...elok la tu, x elok tunang lama2... smg persiapan majlis langsungnya berjalan lancar ye :-)

    ReplyDelete
  8. tahniah kepada kakak teena.. :D

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum teena. alhamdullilah. next step pula. kita doakan awak pulak next yeee. hehehe. btw comelnya awak dan keluarga! selamat hari raya teena. maaf zahir dan batin :)

    ReplyDelete
  10. bajunya cantik gilerrr.. macam nak kawen je ni.. fuh.. lawa2.. suka lak tgk kaler ni..

    adiknya bila lak.. heee

    ReplyDelete
  11. Tahniah...bertunang jangan lama2 ye, semoga terpatri dengan ikatan pernikahan.

    ReplyDelete
  12. Salam.

    Tahniah untuk akk teena.. :)

    ReplyDelete
  13. okee..suspen.saya ingat Teena nak kawen.

    ReplyDelete
  14. tahniah buat kakak teena.. teena pun lawa..sebab tu orang ingat teena yang nak tunang..

    ReplyDelete
  15. tahniah untuk kakak teena..ingat ke tina yang bertunang...=D

    ReplyDelete
  16. La...ingatkan tuan blog yg bertunang hehe...apa pun selamat bertunang buat kakak Teena moga kekal hingga ke jinjing pelamin

    ReplyDelete
  17. perkara yg elok tak baik ditangguh tangguh... jgn tunang lama2 sgt, byk pancarobanya

    ReplyDelete
  18. ngtkan tuan punya blog nie yg nak bertunang.. Terkena lg....

    ReplyDelete
  19. Ingtkan teena yg tunang...rupa2nya kakak teena...apa2 tahniah buat kakak teena :)

    ReplyDelete
  20. selamat bertunang buat kakak teena ya.. sweet gambar2 :)

    ReplyDelete
  21. Terharu je baca =) xpelh, lpas ni turn Teena pula..selamat bertunang bt kakak awak..

    ReplyDelete
  22. thniah
    tunggu makan nasi minyak la pula kan :)

    ReplyDelete
  23. Teena cmna awk pkai tudung cmtu eh..wt tuto skit..btw, slmt brtunang utk kakak awk :)

    ReplyDelete
  24. tahniah utk akak nyer ek... insyallah ada rezeki tak lama lg adik2nyer lak menyussul

    ReplyDelete
  25. Lor igtkan tina..upe2nye kakak ye

    ReplyDelete
  26. Tanniah bunga ditaman telah disunting. Nanti terima abang ipar. :-)

    ReplyDelete
  27. tahniah utk kakak, =) zaza suka la tgk tema pink2 biru =)

    ReplyDelete
  28. Tahniah pada bunga yg sudah disunting.. Teena lepas ni kamu plak yg menyusul.. xlama lg dh tu..^___^

    ReplyDelete
  29. owh.. igtkan rombongan utk tuan blog.. hehehe..

    ReplyDelete
  30. tahniah..hehehe, semoga akan berbahagia hinggalah ke syurga.. amin..

    ReplyDelete
  31. tahniah..bakal dapat abang ipar ye..insyaAllah lepas ni giliran adik pulak :)

    ReplyDelete
  32. tahniah buat si kakak, insyaallah lepas ni adik teena pulak ye... amin

    ReplyDelete
  33. alhamdulillah.. barakallahufikum..
    salam kenal ya..

    ReplyDelete
  34. tahniah tuk akak teena..siapakah gerangan yang menyarung baju kuning keemasan tuu..heheh

    ReplyDelete
  35. tahniah!!!ingat cik teena tadi...hehhehehe....apepon semoga segalanya berjalan lancar...dugaan orang bertunang pasti ade...hhehehe...

    ReplyDelete
  36. If only ia mudah seperti yang saya sangkakan. Nak kahwin juga! :'c

    ReplyDelete
  37. haha terkena kitorang dengan tajuk ni cehhh he3...owh makin sibuklah teena lepas ni ye dah jadi orang penting nak pastikan majlis berjalan lancar nanti ^^

    ReplyDelete