Thursday, 20 February 2014

Cerita Petang Tadi

Assalamualaikum w.b.t.

Di suatu petang, sedang sibuk aku fokus bekerja. Tiba-tiba phone ku berdering.

"Assalamualaikum, ni Norfatina ke?"
"Ye, saya"
"Saya Prof N, dari Uxxxx"

Masa tu rasa Hah! Ada pihak universiti call aku??? Nak mintak aku sambung belajar ke??? 

Rupanya ada lecturer nak datang, nak tengok progres praktikal kitorang. Hmmm. Tapi baik jer suara Prof tu, aku tak kenal dia sebab dia dari univ lain. Tapi lembut jer dia cakap. So apa-apa hal dia akan contact aku. Nak confirmkan tarikh, tempat, or so whatever memang dia akan bagitahu aku dulu.

So, tadi tibalah hari yang dinantikan (setelah berhumpas pulas menyiapkan project-research-assignment) dia pun datang. Datang naik kenderaan universiti dari jauh & aku menjemputnya. Tapi agak kesian sebab dia tepaksa jalan kaki jauh untuk ke tempat kami sebab hospital kat sini memang besar.

Bila dah sampai dalam bilik tu, dia pun mula bercakap & bertanya kepada kami. Apa yang membuatkan aku dan rakan-rakanku yang lain tertarik ialah setiap perkataan yang keluar dari mulutnya ialah "Alhamdulillah, Syukur, Bismillahirrahnirrahim, Allahu akbar". Contohnya dia nak bagi markah kat kitorang, ada lima soalan, sebelum dia nak bagi kitorang markah dia akan baca Bismillah. Maksudnya, 5 kali dia baca Bismillah. Dan setiap ayat yang dia cakap mesti diiringi dengan pujian kepada Allah.

Selepas habis, perjumpaan tu kitorang pun keluar dari bilik tu. Tengah makan-makan, dia call aku sebab nak tanya kat mana nak suruh encik yang bawak kereta universiti tu nak ambil. Aku pun cakap dengan encik tu ambil kat bla bla bla. Pastu dia pergi dengan seorang pegawai. Aku baru ingat nak teman Prof tu, tapi bila nampak dia dengan pegawai tu, aku batalkan niatku. 

Memandangkan assignment kitorang tu tak siap lagi, aku pun pergi ke library hospital, keseorangan (first time pergi sana kot-tingkat 3 pulak tu-naik tangga-tapi ok jer) manakala kawan-kawan yang lain pergi solat dulu. Lagi sekali Prof tu call aku, dia cakap nak pergi solat tapi tak tahu kat mana surau. Aku pun turun semula, jumpa Prof tu. Dia cakap, pemandu tu akan ambil 15 minit lagi. "Saya nak solat dulu sementara ada masa sekarang".

Tapi surau yang ada jauh & tak berapa selesa untuk dia aku rasa. Sebab dia adalah seseorang yang yang mempunyai jawatan tertinggi. Aku serba salah nak bawa dia ke sana & meminta maaf. Tapi dia cakap "takpa, janji saya boleh solat. Sebab nak tunggu kereta datang lama lagi, saya nak solat dulu. Takpa jalan jauh sikit, asal boleh solat, Alhamdulillah" 

Serius, aku respek sangat dengan Prof ni, sangat humble sampai aku pulak yang malu. Masa dalam surau tu, kawan aku cakap kat Prof tu, "Prof ni baiklah, cakap pun lembut jer" pastu dia cakap, "takdapa, kalau marah pun bukan dapat apa, dapat dosa nanti". Pastu dia pun solat. Dan dia solat dalam keadaan yang menangis. Semasa bacaan surah, rukuk, sujud, tahiyat akhir & setiap pergerakan dalam  solatnya terdengar suara dia menangis. Ya Allah, kitorang kat dalam tu macam terpukau. Susah bagi aku nak solat sepertinya. Betul-betul menghayati.

Selepas solat, aku pun temankan dia menunggu kereta datang mengambilnya. Alhamdulillah, kereta itu dah sampai. 

Gambar ini diambil pada minggu lepas, semasa bulan purnama, di belakang rumah. Indah kan. Subhanallah...

Prof itu memang mempunyai jawatan yang tinggi. Kebanyakan Prof yang aku kenal memang selalu bagi nasihat kat kitorang, buat sesuatu bukan kerana duniawi sahaja malah yang lebih penting akhirat sana. Perlakuan Prof itu memang betul-betul membuatkan aku tersentuh. Sedangkan aku baru diberi nikmat sedikit, dah suka, lupa diri, kadang-kadang takut ter'riak' juga. Setiap patah yang aku cakap tak banyak diiringi dengan zikir. Refleks diri sekejap. Perjumpaan dengan Prof N hari ini sangat-sangat bermakna & memberi inspirasi kepada aku juga. Alhamdulillah, Allah mempertemukan kami. 

Written by,
Teena Tna



 Suka juga dengar kata-kata dari Prof Muhaya 

Monday, 17 February 2014

My Homecoming Gathering

Assalamualaikum wbt

Sebenarnya aku dah lama nak ajak kawan-kawan datang ke rumah. Makan sambil update cerita masing-masing. Memandangkan sekarang diorang ramai yang tengah cuti sem & diorang ajak jumpa. So, aku cakap buat kat rumah aku jela, boleh stay lama sikit.

Walaupun tak semua yang datang, tapi seronok dapat jumpa. Ni semua classmate aku masa f1-f3 kat SMKDHTK. Dan kelas kami semuanya perempuan sebab kelas aliran agama, kelas-kelas yang lain semua campur laki perempuan. Itu yang terlebih 'bising'. Havoc dia tak payah nak cakap, memang meriah kelas kitorang. 


Bila dah lama tak jumpa inilah jadinya, euphoria terlampau sangat. Disebabkan semua perempuan, kami dah macam satu keluarga. Lebih-lebih lagi masa nak dekat PMR, makan sama-sama, belajar sama-sama, tidur sama-sama, solat sama-sama, pendek kata semua benda kitorang buat secara berjemaahlah. Dan masa f3 tu aku jadi ketua kelas. Bila result PMR keluar, diorang suruh Uztaz Mansor (guru kelas aku) bagitahu aku punya dulu. Ishh... Nama aku orang pertama yang dipanggil, semua menjerit. Aku dapat 9A. Alhamdulillah...

So lepas PMR, semua pindah sekolah lain. Sama jugak aku, dapat tawaran ke KISAS. Then, kitorang dah jarang jumpa. Bila jumpa ni, semua nampak macam dah matured. Dulu, macam kanak-kanak ribena. Hihi. Tapi kemeriahan dia sama macam dulu.

Terima kasih to my mom sebab masakkan mee  kari. Yang lain-lain aku suruh diorang topup makanan sendiri. Ada yang bawak kek, kuih, puding...Dan dapat jugak aku cari bunga ni. Puas kat tempat kerja aku asyik tanya kat mana ada jual bunga nih. Ada tapi kedai tu jauh.  Ada jugak kat area rumah sorang member ni ada kedai bunga betul, tapi dia cakap banyak bunga ros. Dah kalau aku suruh dia belikan ros tu macam pelik pulak. Mana taknya, member aku lelaki, pastu nak bagi aku ros, bawak ke tempat kerja. Haaa, tak pasal-pasal kena gosip pulak.

Semua fokus yang paling kanan sekali. Dia kalau dah mula bercakap, susah nak stop. Tapi kalau dia xde, sunyi pulak. Tak tahu bila lagi dapat kumpul macam ni. Apa-apa pun selamat berjaya ye korang. Nanti kalau nak makan nasi minyak jangan lupa jemput. 


Teena Tna :)



Thursday, 6 February 2014

Melawat Melaka Bandaraya Bersejarah

Assalamualaikum...

Aku suka jalan-jalan kat area Banda Hilir, Melaka. Walaupun orang Melaka, tapi bila dah ada kat sana, bajet macam aku dari negeri jauh-jauh yang datang ke Melaka untuk melihat tinggalan sejarah di negeri itu. Bangga jugak bila tengok ramai mat saleh dan juga para pelancong yang sangat teruja melihat bandar Melaka ini.

Kota A'Famosa

Aku ingat lagi dulu lepas UPSR, cikgu buat lawatan ke Kota A'Famosa. Masa tu excited giler kot dapat jalan dengan kawan-kawan dengan berpakaian sekolah. Rasa macam pelancong sangat bila naik bas sama-sama pastu jalan ramai-ramai berpimpinan tangan, comel jer. Budak sekarang apa barang kalau setakat ke A'Famosa ni. Diorang lagi advance, pergi USS (adik aku le tuu).

Inilah Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di mana Tunku Abdul Rahman telah mengumumkan tarikh kemerdekaan negara kita. Masih tersergam indah bangunan ini. Dulu masa belajar sejarah tak semangat sangat, tapi bila tengok depan mata rasa semangat sikit. Nasib baik sejarah dapat A. Hehe. (takde kena mengena pun).

 Bangunanan Stadhuys

Kat depan bangunan ni ada warung cendol. Kalau jalan tengah-tengah panas macam ni memang sedap makan cendol. Dan masa aku nak tunggu cendol tu sampai, aku nampak penyanyi Hazama kat sebelah meja kitorang. Alaa, yang nyanyi lagu 'penglipur lara' tuu. Tapi gua malas la nak bergambar dengan dia sebab dia bukan kenal gua pun. haha
Baik aku amik gambar dengan bangunan stadhuys ni, lebih cool. LOL.

Sungai Melaka



Masa ni pulak jalan-jalan kat tepi Sungai Melaka. Dulu dah pernah naik bot kat situ. Kalau nak naik, aku prefer naik waktu malam sebab suasana dia meriah dengan lampu yang berwarna-warni. Kat tepi sungai ini jugak ada satu kedai mee rojak & sate. Kitorang panggil kedai Mee Rojak Kampung Jawa. Memang popular tempat tu. Tapi waiting hour dia agak lama, aku tunggu hampir satu jam sebelum nak dapat makanan yang diorder. Tapi memang berbaloi tunggu lama-lama sebab sate dia sangat superb!

Nampak tak, ada khemah-khemah kat tepi sungai tu? itulah kedai mee rojak yang aku cerita tadi. Kalau korang tengok betul-betul, ada lagi orang tengah berdiri nak tunggu giliran mereka.

Heee :)

Sekarang kita berada di kawasan Kampung Jawa, Melaka. Kalau ada zip, beg, kasut korang yang rosak, bolehlah repair kat sini. Dulu kalau ada beg sekolah yang rosak mesti hantar repair kat sini, selagi boleh pakai selagi tu takkan beli beg baru. Sampai beg tu betul-betul rosak baru tukar yang lain :(  Lagi satu kalau nak beli periuk belanga pun boleh singgah di sini. Tetiba baru perasan periuk kat kedai ni bertingket-tingket ek.

Ini wilayah Kampung Jawa yo !

Sebenarnya aku tengah jalan kaki nak cari kereta. Kat kawasan ni susah nak cari parking. Tapi disebabkan nak makan mee rojak tu, sanggup jalan kaki jauh-jauh (sambil melihat pemandangan Sungai Melaka). Barulah feel pelancong sikit jalan kaki kat situ.

Jonker Street
Jonker Street ni merupakan satu pekan cina yang berasaskan Baba & Nyonya. Tak kira la bangunan, barang-barangan, kedai-kedai, semuanya berkonsepkan Baba & Nyonya. Aku jumpa banyak juga kedai yang menjual barangan antik.


Antara barangan yang dijual di sini. (except that girl, it's not for sale yeah !)

Di sebalik ribuan orang...aku lettew...

Kalau rasa malas nak jalan kaki, boleh sewa basikal. 


Dah jalan jauh-jauh haruslah beli buah tangan kan. Aku telah berjaya membeli satu beg anyaman yang berharga RM 10. Sekarang beg ni dah jadi beg kerja aku. Semangat anak Melaka tuu. Lagi satu korang kalau datang Melaka wajib naik beca, sunat pun boleh kot. Heee. Sebab tambang dia 20 hingget. Dalam cerita P. Ramlee, aku tengok diorang kena bayar 5 sen jer. Berbeza giler zaman dulu dan sekarang.

Motif pakai T-shirt korea? Padahal ada kat Melaka. Well, sekarang musim panas la der, malas nak pakai tebal-tebal.
Okay, jumpa lagi di lain hari. Jomlah datang Melaka :)


P/S- sebenarnya aku pergi lain-lain hari, sebab tu kejap baju merah pastu baju biru pastu tshirt putih pastu baju merah balik. Eh, aku pun dah pening. Aishh tak kuasa den nak tukar-tukar baju ni.