Assalamualaikum w.b.t
Semalam, 9/11/2013 (Sabtu) aku dan keluargaku telah pergi ke Universal Studio Singapore (USS). Sebenarnya sekolah adik aku yang buat rombongan ni, memandangkan ada tempat kosong, jadi kami pun join sekali rombongan diorang.
Mesti korang sume dah pernah pergi ke USS kan, aku jer yang lambat pergi. Anyway, ini adalah pertama kali aku travel out of Malaysia. Walaupun seberang laut jer, at least merasa la jugak ada passport & travel to oversea. Heee. Dan untuk memudahkan korang yang ingin travel around Singapore boleh usha-usha travel agency INI. Macam-macam ada tau.
Okay, jom kita mulakan cerita di USS. Kat sini ada setting Madagascar, Far Far Away, The Lost World, Ancient Egypt, Sci-Fi City & New York. Benda wajib yang perlu dibawa adalah KAMERA. Sebab rugi kalau korang ke sini, tapi tak bergambar, rugi ooo.
Baru lepas naik Boat Ride. Kitorang antara yang terawal, so takde kena beratur panjang-panjang.
Family of Madagascar! Yang tiga orang tu ahli baru dalam keluarga ni.
Entry to Madagascar : A Crate Adventure.
Ini dia tourist guide tak bergaji kitorang
Kanak-kanak ribena betul. Sebenarnya masa ni kaki aku dah lenguh sangat, alang-alang dah ternampak, kita naik jela. Mak budak, bapak budak pun main sekali tau.
Bergambar sebelum naik roller coaster. Ala junior roller coaster jer, walaupun tak panjang sangat, tapi still rasa adventure. Seronok seronok seronok.
Masa kitorang tengah naik roller coaster, akak bergambar dengan princess apa entah nama dia. Kakak aku dah bertaubat lepas naik roller coaster kat genting dulu, itu yang dia tak berani naik lagi. Tapi aku pun nak bergambar jugak dengan princess ni, puas cari, satu princess pun tak keluar. Huhu.
Shrek 4-D Adventure best giler! Effect dia sangat real. Masa si donkey tu bersin, tersembur air liur dia kat kitorang. Semua yang ada kat dalam tu cakap 'eeeuww'. Then, ada scene Shrek nak buang semangkuk labah-labah ke tanah, tiba-tiba terasa ada sesuatu bergerak di kaki. Automatik aku angkat kaki time tu jugak. Memang terasa effect dia.
Kat sini rupanya si Shrek tinggal. Puas aku ketuk pintu tapi dia tak nak buka pun. Nak balik aaa macam ni.
Hmm, tak tahulah apa nama patung ni, tapi yang pasti biskut dia sedap. Heee.
Haaa, ada pun gambar adik, Nabil. Walaupun kitorang satu rombongan, tapi kat sini aku jalan bertiga dengan mak & akak aku sebab yang lain sume ikut cikgu.
Gambar Nabil dengan kawan-kawan dia. Pertemuan terakhir sebelum kami membawa haluan masing-masing. Abil ikut cikgu ea, akak dengan mak nak jalan-jalan dulu.
Ini dah masuk kawasan Ancient Egypt. Besar giler 'penjaga' nih.
Sekali dia bukak pedang tu, memang tak dapat aku nak balik Malaysia semula.
With Cleopatra. Errr, biasa tengok 'dress up' dia dekat tv jer. Ni dah ada depan mata, jadi speechless jap.
Muka dia poyo jer kan. Dah lah tinggi + besar, aku nak bergambar pun macam takut jugak la.
We're really in Egypt !
Nak merasa naik desert jeep? Datanglah sini.
Currently we're at Jurassic Park area. Game yang ada di sini semuanya adventure. Sesuai dengan citarasa aku.
Enjoying thrilling river craft. Memandangkan kami hanya bertiga, kena campur dengan group yang lain. Dan kami satu bot dengan 5 orang mamat kpop, kalau bot tu karam or terbalik, at least diorang ada boleh selamatkan kami. Semasa berada dalam gua, gelap giler tempat tu. Aku ternanti-nanti apakah yang menunggu kami di depan sana. Rupa-rupanya bot kami tu berada di atas juram dan terjatuh ke bawah. Sangat thrilling & adventure. Kat sinilah kita akan berbasahan, kalau ada rain coat tu baik korang pakai.
Muka puas hati. Padahal baju habis basah lencun. Nak beli rain coat harganya 4 dolar. lebih kurang 10 ringgit duit Malaysia. Takpelah, nasib baik kitorang tak basah sangat, cuma mamat kpop tu jer basah satu badan sebab air tu kena kat dia dulu.
Nampak tak baju basah? ok tak nampak sudah. Tak sia-sia kena beratur setengah jam hanya nak naik river caft ni. Sangat berbaloi.
Sementara nak beratur kita bergambar dulu. Yang belakang tu lokasi tempat tinggal dinasour. Lepas tu kitorang naik Canopy Flyer. Ini pun best jugak (memang semuanya best pun). Macam biasa, beratur setengah jam, tapi dia punya game rasa tak sampai 1 minit pun. But it really worthly!
Muka seronok le tuh. Haaa, tak habis cerita lagi, kita sambung di 'Universal Studio Singapore Part 2' pulak ea. Penat semalam pun tak habis lagi. Okay, see you soon...
Last but not least...
Wah .. seronok.. pengalaman yg cukup menggembirakan.. tahniah.. :)
ReplyDeleteSalam teena...
ReplyDeleteWowww...bestnya...akak x pernah pergi lg tau...huhuhu...
Tersangatlah enjoynya tu....byk lg cite ye?tkpe..akak tunggu di part 2
Tak pernah pergi lagi..Mungkin kena tunggu dapat cucu cicit baru nak pergi kot, hehehehe...
ReplyDeletewaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa best gilakkk gi USS! bella tak pernah jejak lagi sana. entah bile boleh sampai tah. sob sob T__T
ReplyDeletepergh~ bestnya. teringin juga nak pg sini
ReplyDeleteBestnye awak dah pegi..acik ina pun belum sampai lagi..hu hu..
ReplyDeletewhoaaaaa! bestnya! teringin nak pergi T__T
ReplyDeleteSempat masuk smue tempat x?... antara yg best cam transforemer 4Dimension, water world... btw, tempat ni mmg best (^_^)
ReplyDeleteKellasss rombongan sekolah pegi uss..hahah
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteDah pasang angan2 dah nak ke sana bersama keluarga ta.
wah beznye ke uss..pic tu...awesome!
ReplyDeletetringin gak nak ke sana
whoa, uss sehhh . baru pergi sekali kat sana :D
ReplyDeleteUntung laaa.. jelous plak tgk . :)
ReplyDeletebestnya. dah lama sye nak masuk USS ni. mahal tak?
ReplyDeletesy tak pernah pergi lagi. huhu
ReplyDeleteaish, tak tau bila nk sampai USS ni
ReplyDeletesyok je tengok gambar-gambar kat sini
Cantik kan!!!! kalau pegi USS tak bawak kamera mmg sangat rugi~
ReplyDeleteTeena jumpe ngan Fairy Godmother. Masa ktorunk pegi hari tu jumpe sesame street. Rasa pegi banyak kali pun tak boring~
bestnye!
ReplyDeletetak pernah lagi ke sana.. walau dah duduk kat Jb ni ha..
ReplyDeletetwo last month dah pergi sana.. best kan? paling scary kat egypt tu... memang sumpah seranah bila keluar... yang paling best, kat transformer.. awesome!!
ReplyDeletewow seronoknya :) tapi barang kat sana mahal
ReplyDeletewaahh...bestnya!!!..nak jugak p sana...tapi xtau bila...huhuhuu
ReplyDeletebest dapat jalan-jalan.. tak pernah lagi akak sampai di singapore..
ReplyDeleteok jelez sgt!!best nye dapat pergi singapore..tp matawang dorang mahal la!hehe...sye pernah pergi jakarta je
ReplyDeletex pernah sampia gi kat singapor
ReplyDeletesalam perkenalan dari ida
jemput singgah blgo id aye
umielman.blogspot.com
dah follow blog ni no515
Waaaahhhhh!!!! super awesome.. nak pergi jugak...huaaaaaa
ReplyDeleteSeronok betul kat Universal Studios ni. Belum pernah pegi lagi, tapi rupanya aa-ala Disneyland gitu. Memang best la.
ReplyDeleteTerbaik kan USS....effect 4D dia real..teena, x naik ke yang Revenge of The Mummy tu..hihi..akak tak berani..as akak story kat blog..hehe
ReplyDeletememang menarik.. teringin nak pergi.. tapi ufairah kecik lagi..
ReplyDeletebestnye gi uss....untungla...
ReplyDeletewah ! bestnyaaaaaaaa . uhuk-3 ! Cleopatra tu sexy auuuwwwww . . haha ! perghhhh ! best gila ah tengok , sis pun minat lasak-2 ni . Muka semua macam "yeahhhh ! aku puas ! aku puas di sini , nak lagi , nak lagi" *jerit dengan penuh semangat* . Sis main dalam Malaysia , belum lagi ada chance nk keluar negara .
ReplyDeletebeshnya tina g USS..mahal x tiket masuk dia?ada rumah hantu x..? hehe
ReplyDeletebestnyeee kan dapat jalan..kalau kat usj masa beratur berjam2..penat menunggu je >.<
ReplyDeleteWahh..syoknye.. sy pun tak jjejak kaki lagi ke sini.. :)
ReplyDeleteWahhh.. aku pun tak pernah jejak kaki kat situ lagi. Macam best je. :
ReplyDeletewaww bestnye...mmg syok klau dapat bjalan ni kn...huhu..
ReplyDeleteSeronok kan! Bestnyaaa!!!!! Bila lah dapat pergi lagi... Untung awak pergi masa tak berapa ramai sangat orang. Time kite pergi dulu ramai nau orang, nak tangkap gambar pun susah. Nak naik apa-apa ride pun sumpah kena beratur panjang lenguh kaki kaki. Hahahahaha... Naik roller coaster 2kali sampai muntah monggek. Tak dapat lupa... =.="
ReplyDeleteOkje lagilah tak pernah pergi TT...lagi sangat ketinggalan haha,....
ReplyDeleteMacam best je kan .....macam nak gi jugaklah.....sedap je Okje cakap ni hehe
Seronoknya :)
ReplyDeletewaaaa...tmpg rombongan adik ...syokla mcm tu ..huhu
ReplyDeleteitu bkn princes . tu mak laki tu .ahli shir dalm cter shrek 2 ..huhu
rasanya la ..
dalam cerita die kecik je ..tak besa mcm tu ..hohoho :)
seronoknyaaa..teruja niesa tgk gmb2..boleh la masukkan dlm wishlist tmpt nk g nih..hehe..
ReplyDeletewah. seronok nya.
ReplyDelete