Saturday 31 December 2022

2022

Assalamualaikum

Err hai. Hai blog. Awkward jap. Ada lagi ke orang tulis blog ni hehe.

Last post aku 2018. Sekarang 2022. Hari terakhir 2022. Banyak benda besar yang berlaku sepanjang 4 tahun ni ya. Sementara anak aku tengah tidur, aku point out jelah ye. (Wah dah anak rupanya aku ni!)

Feb 2019 - Masuk kerja KKM (kontrak)

Jun 2019 - Bertunang

Jun 2020 - Berkahwin

Feb 2021 - Pregnant

Nov 2021 - Bersalin. Mom of 1.

Jun 2022 - Interview KKM for permanent post

Aug 2022 - Passed the interview. Alhamdulillah

Oct 2022 - Posting to Kelantan

So, now i'm living my new life in Kelantan =)

Haha 4 tahun punya cerita tak tahu nak buat karangan macam mana. Amik kau terus summary je aku bagi hahaahaha. Setiap cerita ni penuh dengan drama ye. Yang pasti semua ni rezeki dari Allah. Kalau apa yang kita harap tu tak menjadi, itu pun rezeki jugak. Rezeki yang kita tak nampak apa yang Allah nak tunjukkan kat kita. 

Alamak aku macam blur. Tak tahu nak cerita macam mana. Ok lah tunggu 5-10 tahun lagi kot nanti aku update lagi. HAHAHAHAHAHA.

Love you blog!!! My diary!!!



Monday 31 December 2018

2018

Assalamualaikum

Hee, alamak!! Aku dah lupa lah macam mana nak tulis blog! Aaaaa rindunyaaa blog ni!

Aku ada banyakkk benda nak cerita. Tapi tak tahu macam mana nak cerita satu-satu. Disebabkan hari ini hari terakhir tahun 2018, aku nak kupas lah sedikit apa yang aku dapat sepanjang tahun ini. Lebih kurang macam muhasabah diri dan peringatan untuk meniti hari-hari yang mendatang. 
Photo from google
2018 bagi aku lebih stabil (emotionally). Sebab 2017 dah lalu banyak pancaroba. So tahun ni bila berdepan dengan sedikit cabaran dan dugaan, rasa lebih kuat nak berhadapan dengan situasi tu. Alhamdulillah, i'm survived!!!

Banyak benda di luar kemampuan aku yang berlaku pada tahun 2018. Unexpected sangat. Tak pernah terlintas di fikiran aku pun. Tapi Alhamdulillah aku mampu jugak harungi semuanya. Aku seorang yang adventurous (kottt haha). So, bila benda yang unexpected tu datang, aku cuba jugak, walaupun rasa macam tak mampu, tak layak, tak terbayang pun. And the feeling after you've passed all those 'unexpected thingy' is a bless! Pengalaman yang sangat berharga!

2018 jugak banyak mengajar aku untuk REDHA dengan apa yang berlaku. Bila kau redha, ikhlas tu akan datang sekali. Bak kata Lisa Surihani dalam Ombak Rindu: Redha itu Ikhlas, Pasrah itu Menyerah. Bila kau ikhlas, terasa lapang nya dada. Hilang semua kepayahan, keserabutan dalam kepala. Contoh lah situasi ikhlas ni adalah bila kita telah memaafkan seseorang itu, dan kita mampu berhadapan dengan dia tanpa rasa sedikit pun perasaan negatif. Subhanallah, bersyukur sangat sebab Allah dah buang jauh-jauh benda-benda negatif dari aku. 

Bila kita terima sesuatu dengan hati terbuka dan ikhlas, senang untuk kita nak melangkah ke hadapan dengan penuh yakin. Pebenda lah aku merepek ni. Alaaaa, faham-faham lah eh. Aku rasa kalau aku baca lagi sekali blog ni 5-6 tahun nanti, aku pun dah lupa kot apa yang aku cuba nak sampaikan HAHA!

Ok untuk tidak nampak entri ini begitu bosan, aku share lah sikit gambar-gambar nak recap apa yang berlaku dalam hidup aku tahun 2018 ni...Terima kasih kepada instagram kerana menjadi diari hidup aku.

January 2018
  • Trip to Bandung, Indonesia.
Wishlist nak ambil gambar kat buaian berlatarbelakangkan pokok hijau, DONE!
  • First time hiking dengan mak. Mak yang beria-ria ajak aku hiking kali ni.


March 2018
  • Picnic / mandi sungai dengan my Batchmate, RX13 kat Sungai Pisang


Rindu giler zaman study! Waktu final year class tak banyak, dapat jimba sama-sama
 Bestnyaaaa dapat mandi waterfall. 

  • First time try Wall Climbing

#almostthere
Zoom in sikitttt. Yeahhh. Sis berjaya climb sampai ke puncak!!

#imdying
#teamadventurous #11bintang #aladahrinduuu

April 2018
  • First time main Frisbee. Terus dapat Johan!!


Walaupun aku tak berapa nak menyumbang sangat waktu game ni, tapi suka kot dapat johan!!
 Bangga ok sebab aku yang buat flyers 'RX13 FLY HIGH'
#sissupportRX13

  • First time pergi Batu Caves

Waktu ni tangga belum colorful lagi. Mampu screenshot kat ig je LOL.

  • Jadi committee program buat kali terakhir =')

 Gegeh tiap malam practice joget untuk performance dinner kitorang! 
 #RX13
 With Abu! Pengarah program!

July 2018
  • Berjaya habis kan School of Pharmacy! Wohooo!!



  • My very last trip with the gang: Trip to Pahang

 Taman Negara Pahang =)
Gunung Senyum, Pahang =)

August 2018 (the most chaotic month ever)
  • My first time ever attending and has presentation in a conference

Aaaaa. Waktu ni hidup aku kelam-kabut gila. Tapi disebabkan dah terbiasa hidup kelam-kabut, ok lah, boleh adapt. Hari sabtu nak present kat putrajaya, hari jumaat maghrib, baru nak print poster. ingatkan kena present hari ahad, rupanya sabtu pukul 1pm. And pukul 10am sampai tu baru tahu nak kena present dalam 3 jam lagi. Dengan tak prepare nak cakap apa lagi. Dah 1pm, due to tak cukup masa, kena present ahad pulak. Sebelum. Semasa. Selepas. kejadian ni sangat tunggang-langgang hidup aku.

#networking
  • Attending an interview

Inilah penyebab utama hidupku kelam-kabut. Ish dilemma sungguh aku waktu ni...


September 2018
  • Got a job 

Yang paling kelakar, boleh pulak aku pass interview tu. Pukul 10 nak interview, pukul 8 baru nak prepare script 'tell me about yourself" and baru nak study sikit-sikit jobscope aku tu.  Nak decide pergi interview tak susah mana. Nak terima offer bila dah pass interview tu. fuhhhhh dilemma gilerrrr!


December 2018

Ni je lah kot achievement aku untuk 2018.  






Ada cerita di sebalik 3 gambar terakhir ni. Nanti lah, kalau aku rajin, aku share hehe. 

Till then, good bye 2018. Thank you for the memories and lessons in 2018.

Happy new year 2019!!