Wednesday, 22 May 2013

Tips untuk tidur awal

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik, dah sebulan cuti, syok pulak lepak kat rumah nie. Memandangkan hanya tinggal 1 minggu++ Tina akan memulakan 'kerja', kena la practice tidur awal, sebab dah biasa tidur  tengah-tengah malam. Jom siapa-siapa yang rasa susah nak tidur tu bolehlah cuba cara-cara ini :
1. Bed time story
Sebelum tidur cuba baca buku-buku cerita yang anda tidak suka atau pun yang boleh membuatkan kita mudah mengantuk. Kalau anda suka baca novel, jangan baca novel sebelum tidur kerana anda akan rasa seperti tidak ingin melepaskan novel tersebut hehehe. Kalau anda seorang pelajar, rasanya boleh baca buku sejarah kot. Macam Tina suka baca buku-buku yang dibeli dari Bad Big Wolf, memang senang rasa mengantuk. Tapi yang paling penting baca surah Al Mulk sebelum tidur ye.

2. Lakukan aktiviti lasak di siang hari
Aktiviti lasak yang Tina maksudkan ni bukanlah seperti flying fox atau pun jungle trekking, cukuplah sekadar anda rajinkan diri dengan mengemas rumah seperti mop lantai, bersihkan halaman rumah, lap habuk2, berbasikal, bermain bola. Kalau anda buat dengan bersungguh-sungguh memang terasa penatnya. Badan pun sihat, rumah pun kemas, nak tidur malam pun senang.

3. Dengar lagu-lagu 'slow'
Tina tak tahu apa nama jenis lagu ni, tapi anda boleh dengar lagu-lagu yang bernada rendah. Muzik seperti ini dapat mengurangkan 'alertness' kita terhadap persekitaran. Jadi anda hanya fokus untuk tidur dan zzz. Kadang-kadang Tina dengar alunan bacaan al Quran, rasa dapat tidur dalam keadaan yang lebih tenang.

4. Jam loceng/pesan orang lain tolong kejutkan
Ini memang perkara wajib bagi Tina sebelum tidur, al maklumlah 'senang' sangat nak bangun pagi kan. Biasanya selepas subuh, mesti akan sambung tidur, tapi lepas ni kenalah berjaga sebab nak pergi kerja. Dulu kat kampus, satu bilik Tina jenis yang 'senang' bangun tidur, memang hari-hari kitorang adalah orang terakhir yang akan menaiki bas. Kadang-kadang tertinggal bas, ponteng kelas terus hehehe. 

5. Dalam keadaan berwudhu'
Berdasarkan hadis; dari Barra’ Bin ‘Azib bahawasanya Rasulullah bersabda: “Apabila kamu hendak ke tempat tidur, maka berwuduklah seperti wuduk kamu untuk menghadiri solat…” (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).
Kita akan berasa lebih segar selepas berwudhu', nak tidur pun rasa lebih nyenyak.

6. Jangan tidur selepas menonton cerita seram
Jadi cara untuk menanganinya adalah berjaga sepanjang malam sebab takut nak tidur. Haha, tips yang salah. Tina memang takut tengok cerita-cerita hantu, so memang tak kan tengoklah atau baca kisah seram sebelum tidur. Lainlah kalau yang memang berani tengok tu, senang lah.

Okey, ini jer yang dapat Tina kongsikan, tips nie bolehlah dipraktikkan bagi sesiapa yang rasa susah nak tidur macam Tina. Harap-harap kali ni dapat tidur & bangun awal, tak nak lah pergi kerja dalam keadaan kelam kabut dan tertinggal bas macam dulu tu.



Jangan lupa baca doa sebelum tidur ye..!!

48 comments:

  1. hehe.. ada tips kurangkan tido tak? asyik nak tido je ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, nanti Teena carikan tips utk kurangkan tido ea..

      Delete
  2. mmg beul pun.. semua tips ni hihihihihi....

    ReplyDelete
  3. gud tips ni..tp kalo sy bc nvel mkin segar mata nih..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu waktu tidur Teena memang x kan pegang novel

      Delete
  4. waaa.. gud tips dear! heee.. yg senaman tu betul tau.. klu siang hari kita byk aktiviti.. mls senang benar nk tido tau.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Sebab badan dah penat, so malam tu kena byk rest..

      Delete
  5. Yang penting, jangan terlalu ketagih berFB lepas Isyak. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu dah semestinya sbb Teena memang jarang bukak FB :)

      Delete
    2. Mr. Wong mengingatkan orang lain dan juga kepada diri sendiri, kan Wong kan?

      Semalam saya officially Facebook Free! Yay..

      Delete
  6. singgah sini bg air :D ha3..tips no6 tu best, cter hantu fav sy, tp lpas tgok lena je tido..amalkan la..he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air tu tawau laa :) .memang x kan tgok punye, even iklan jer pun dah tukar channel lain.

      Delete
  7. kalau nak tau. ari2 ayu xada mslh nak tido lena

    ari2 balik niaga terus berdengkur.hahaaha. penat

    by day way thanks for tips

    ReplyDelete
  8. ha...baca buku yg tak best tu. sure mata kuyu kuyu..

    kompom zzzzz

    ReplyDelete
  9. Brilliant. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  10. Ada lagi! Pasang bunyi hujan waktu nak tidur... Pastu rasa macam hujannnn je.. dan tidur nyenyak sepanjang malam :)

    ReplyDelete
  11. hahaha...tips utk ank2 jer ni kannn...tp, ank2 CiM ni boys, lasak plak tu, tido mlm mmg mudah, time buat homework mmg dh ngantuk pown. paling lewat tido pd hari sekolah pukul 11mlm

    ReplyDelete
  12. Nak tidur awal atau setiap perkara yang kita nak buat bermula dari niat. Contohnya macam saya, pasangkan niat nak tidur awal sebab esok nak bangun awal, jadi secara automatiknya bila otak sudah set semua perkara itu, segalanya berjalan lancar.

    Jangan lupa sebelum tidur mengucap (just in case Allah cabut nyawa kita ketika tidur), baca ayat Qursi dan AlFatihah.

    ReplyDelete
  13. good info..salam kenalan dr zila..(",)

    ReplyDelete
  14. kalau lakukan aktiviti lasak d siang hari memang mudah nak tdo waktu mlm. :D

    ReplyDelete
  15. oooo, tak suka tgk citer hantu ye...saya pulak penggemar citer2 seram...baru mlm tadi layan citer hantu Rumah Kentang...heheh...

    ReplyDelete
  16. Sangat berguna... selalu jgak dgar lagu sblum tdur..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..kadang2 smpai pagi lagu tu terpasang mcm tu jer

      Delete
  17. Saya baca novel pun boleh tertidur taw. Walaupun novel best. Haha~ Macam mana tu? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mybe mata Aida senang nk tidur, x mcm Teena..

      Delete
  18. KAK BUI JENIS YG ADA MASA,SUSAH TIDUR ADA MASA SENANG JER TIDUR..TENGOK KEADAAN..^_^

    ReplyDelete
  19. aah..amat2 lah dilarang keras bila tengok citer seram pastu nk tdo
    amatlah payahnye
    masih trauma dgn sound effect seram..huhuhu

    ReplyDelete
  20. Assalammualaikum.

    Alhamdulillah..lana bab tidur memang takda masalah sangat. Asal ada bantal, elok je landing,hehehe. Kdg2 takyah bantal pun, tup tup terus lelap,huhu

    Kalau susah pun, sebab kepanasan, slagi rasa tak sejuk bdn, berguling2 dibuatnya. Yg ni mmg tak leh buat pa, mlainkan kena mandi, bru leh tidur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..
      Teena skang susah nk tidur, tp x pernah pulak mandi kalau x bole tidur, idea yg bernas nie.

      Delete
  21. knah kalau baca novel sampai pagi le xtido..mata makin sihat..bukan makin kuyu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. same la ngn Teena, sbb tu x baca novel sebelum tido.

      Delete
  22. Kalau ada blog payah hendak tidur awal. :-)

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum. seriously, kalau dah balik rumah. waktu tidur tia macam tak stabil. hehe. apa tak kalau hadap blog aje :D

    ReplyDelete
  24. Ada orang jenis senang tido. Letak kepala je terus lelap. Ada orang kena paksa diri pulak.

    ReplyDelete
  25. heheh.. alhamdulillah still leh tido dgn senang.. :) baca surah al mulk, al dukhan :) insyaAllah :DD *x pun baca buku sej or bio..zzzzzzz*

    ReplyDelete
  26. Nice tips tinaa. Hehee. Lebih kurang je kite ni time blaja. Hehe, tp anis xde la smpi tgal bas. Hihii. Anyway, kee it up okayy! :D

    ReplyDelete
  27. satu lgi tips. duk depan laptop dalam gelap. for sure mata terkebil2 nak tidur...hehe. *pengalaman sendiri*

    ReplyDelete
  28. akak pun kadang2 susah nak tidur juga.. thanks di atas tips berguna ni.. :D

    ReplyDelete
  29. Sy pn jenis cam teena. Susah nk tido n "senang" teramat sgt nk bgun pg2. Ehehe. Thanx for the tips Miss Teena

    ReplyDelete
  30. nice tips :) saya selalu tido banyak lepas tu tido lewat..time siang asyik ngantokk je.. bila malam nak berjaga pulak..

    ReplyDelete
  31. bgus tip utk sya yg susah nak tido neh...ada unsur islamic..i like :) http://sihatrampingtk.blogspot.com/2014/02/perubahan-pertama.html

    ReplyDelete
  32. terima kasih kerana sudi berkongsi :)

    ReplyDelete