Thursday, 6 February 2014

Melawat Melaka Bandaraya Bersejarah

Assalamualaikum...

Aku suka jalan-jalan kat area Banda Hilir, Melaka. Walaupun orang Melaka, tapi bila dah ada kat sana, bajet macam aku dari negeri jauh-jauh yang datang ke Melaka untuk melihat tinggalan sejarah di negeri itu. Bangga jugak bila tengok ramai mat saleh dan juga para pelancong yang sangat teruja melihat bandar Melaka ini.

Kota A'Famosa

Aku ingat lagi dulu lepas UPSR, cikgu buat lawatan ke Kota A'Famosa. Masa tu excited giler kot dapat jalan dengan kawan-kawan dengan berpakaian sekolah. Rasa macam pelancong sangat bila naik bas sama-sama pastu jalan ramai-ramai berpimpinan tangan, comel jer. Budak sekarang apa barang kalau setakat ke A'Famosa ni. Diorang lagi advance, pergi USS (adik aku le tuu).

Inilah Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di mana Tunku Abdul Rahman telah mengumumkan tarikh kemerdekaan negara kita. Masih tersergam indah bangunan ini. Dulu masa belajar sejarah tak semangat sangat, tapi bila tengok depan mata rasa semangat sikit. Nasib baik sejarah dapat A. Hehe. (takde kena mengena pun).

 Bangunanan Stadhuys

Kat depan bangunan ni ada warung cendol. Kalau jalan tengah-tengah panas macam ni memang sedap makan cendol. Dan masa aku nak tunggu cendol tu sampai, aku nampak penyanyi Hazama kat sebelah meja kitorang. Alaa, yang nyanyi lagu 'penglipur lara' tuu. Tapi gua malas la nak bergambar dengan dia sebab dia bukan kenal gua pun. haha
Baik aku amik gambar dengan bangunan stadhuys ni, lebih cool. LOL.

Sungai Melaka



Masa ni pulak jalan-jalan kat tepi Sungai Melaka. Dulu dah pernah naik bot kat situ. Kalau nak naik, aku prefer naik waktu malam sebab suasana dia meriah dengan lampu yang berwarna-warni. Kat tepi sungai ini jugak ada satu kedai mee rojak & sate. Kitorang panggil kedai Mee Rojak Kampung Jawa. Memang popular tempat tu. Tapi waiting hour dia agak lama, aku tunggu hampir satu jam sebelum nak dapat makanan yang diorder. Tapi memang berbaloi tunggu lama-lama sebab sate dia sangat superb!

Nampak tak, ada khemah-khemah kat tepi sungai tu? itulah kedai mee rojak yang aku cerita tadi. Kalau korang tengok betul-betul, ada lagi orang tengah berdiri nak tunggu giliran mereka.

Heee :)

Sekarang kita berada di kawasan Kampung Jawa, Melaka. Kalau ada zip, beg, kasut korang yang rosak, bolehlah repair kat sini. Dulu kalau ada beg sekolah yang rosak mesti hantar repair kat sini, selagi boleh pakai selagi tu takkan beli beg baru. Sampai beg tu betul-betul rosak baru tukar yang lain :(  Lagi satu kalau nak beli periuk belanga pun boleh singgah di sini. Tetiba baru perasan periuk kat kedai ni bertingket-tingket ek.

Ini wilayah Kampung Jawa yo !

Sebenarnya aku tengah jalan kaki nak cari kereta. Kat kawasan ni susah nak cari parking. Tapi disebabkan nak makan mee rojak tu, sanggup jalan kaki jauh-jauh (sambil melihat pemandangan Sungai Melaka). Barulah feel pelancong sikit jalan kaki kat situ.

Jonker Street
Jonker Street ni merupakan satu pekan cina yang berasaskan Baba & Nyonya. Tak kira la bangunan, barang-barangan, kedai-kedai, semuanya berkonsepkan Baba & Nyonya. Aku jumpa banyak juga kedai yang menjual barangan antik.


Antara barangan yang dijual di sini. (except that girl, it's not for sale yeah !)

Di sebalik ribuan orang...aku lettew...

Kalau rasa malas nak jalan kaki, boleh sewa basikal. 


Dah jalan jauh-jauh haruslah beli buah tangan kan. Aku telah berjaya membeli satu beg anyaman yang berharga RM 10. Sekarang beg ni dah jadi beg kerja aku. Semangat anak Melaka tuu. Lagi satu korang kalau datang Melaka wajib naik beca, sunat pun boleh kot. Heee. Sebab tambang dia 20 hingget. Dalam cerita P. Ramlee, aku tengok diorang kena bayar 5 sen jer. Berbeza giler zaman dulu dan sekarang.

Motif pakai T-shirt korea? Padahal ada kat Melaka. Well, sekarang musim panas la der, malas nak pakai tebal-tebal.
Okay, jumpa lagi di lain hari. Jomlah datang Melaka :)


P/S- sebenarnya aku pergi lain-lain hari, sebab tu kejap baju merah pastu baju biru pastu tshirt putih pastu baju merah balik. Eh, aku pun dah pening. Aishh tak kuasa den nak tukar-tukar baju ni.

34 comments:

  1. wahhh. org melaka jd pelancong huhu. cx pon org melaka. awk duduk mane? blh jmpe :) hihi cx pon even org melaka, blm lg habis tawaf satu melaka ni. huhu org melaka mmg cenggini kan? lalalala

    ReplyDelete
  2. wah jalan jalan di bandr melaka... pasti seronok kan...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum teena, sheila belum betul2 discovery Melaka.. sekadar jalan2 kat tepi tu je. muahahhaha perghh USS best gila game dia. rasa nak repeat lagi, tapi tiket mahal. Tak mampu rasanya T__________T

    ReplyDelete
  4. Melaka lah my next agenda melancong tahun ni..yeeaayyy!!...teruja sangat tak sabar nak gi ni..

    ReplyDelete
  5. amboi...berjalan sakan tau! hahaha...tukar-tukar baju dah gaya mcm filem hindustan..hikhik :D

    ReplyDelete
  6. bestnyerr..jalan2 kat melaka .. sy g melaka hari tu..pun jalan2 xsempat nak g semua..byk sgt..hehe..nk jln pun da xlarat...y pasti semua best..=)

    ReplyDelete
  7. Cik mah pun suka sngt kat melaka...xjemu g bnyk kali pun...nk g lg!!!!

    ReplyDelete
  8. Abak dah pernah..hihihi..sronok..mmg rasa sejarah...heeh

    ReplyDelete
  9. Melaka. Last aku pergi 7 tahun yang lepas.

    ReplyDelete
  10. gmbr yg last tu mcm x ramai orgramai jer kann., ehhHEe

    ReplyDelete
  11. tiqi prnah g skali je melaka..2 pon lps upsr,lawatan sambil belajar..tringin nk g melaka lg..bandaraya dia bersih & kemas,suka sgt..nk g makan cendol la..tp tina blanja..haha

    ReplyDelete
  12. Anak ketiga saya belajar di Melaka (UTeM), kadang2 bila balik tersasul cakap seperti orang Melaka...

    ReplyDelete
  13. Wah bagusnya.... Ingin bisa pergi kunjungi Bandar Malaka.....:D

    ReplyDelete
  14. Wahhh jadi pelancong pulak.. anda dari negeri mana ni??

    ReplyDelete
  15. takyah gi melaka dah,,,baca diary ni dah cukup,,,full package,,heheh

    ReplyDelete
  16. Teena, ingat teena shooting citer industan tukar2 baju tu...ahahaha ;-) lama akak tak terjah melaka ni....

    ReplyDelete
  17. Kakak nampak boot kuning Phua Chu Kanglah Teena:)
    Kat Melaka memang banyak barang anyaman kan. Macam kat Sabah/S'wak.

    ReplyDelete
  18. Salam...pergi Melaka mmg x penah jemu wlaupun dah banyak kali, sama gak ngan penang...dulu2 penah naik beca sbb teringin tp malu siot...haha

    ReplyDelete
  19. Suka pegi melaka. Parents pun suka bawa jalan2 dekat melaka sebab byk tempat menarik. ^^

    ReplyDelete
  20. Hr tu pegi melaka tp x sempat pegi tempat nie... makam Hang Tuah je... :(

    ReplyDelete
  21. nice blog with greatfull story

    ReplyDelete
  22. dah lama tk pegi A' Famosa :D masih sama mcm dulu. hehe

    ReplyDelete
  23. Malam tadi hantar anak yg studi di UteM ke stesen bas. Kali tereakhir saya ke Melaka tahun lepas....

    ReplyDelete
  24. I used to teach in a school at Bukit Katil 20 years ago. Forgot the name of the school already. But the school was near JPN Melaka. Almost everyday, police came to the school and took a group of students away... and most of them form 2 students... :D

    ReplyDelete
  25. Kecur liur tengok cendol ekekeke.
    Hihihi bestnyaaaaaaaaaaaaaaaa never been there before xD

    ReplyDelete
  26. last time datang melaka, byk gak tempat menarik yg x sempat pergi.

    ReplyDelete
  27. best sangat2 g melaka.. tapi yang tak bestnya,, phylo tak sempat nak pekena cendol tuhh... dah dua kali terlepas peluang.. TT

    ReplyDelete
  28. Bestnya. Akan ke Melaka bulan June ni. Buat research, terjumpa blog ni :)
    Thanks for sharing about this trip.

    ReplyDelete
  29. Cantiknya beg tu! Menyesal pulak tu beli beg macam tu masa kat Melaka haritu.

    ReplyDelete
  30. Syoknyer jalan2 di Melaka. Thanks for sharing..
    Untuk di sharekan tips menurunkan berat badan

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum Tuan/Puan

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Bersama saya kirimkan paket tour Padang dan Bukittinggi dengan harga yang sangat berpatutan pada Tuan/Puan, sila lihat pada attachment saya ini.


    Wassalam

    Riko Adryansyah
    Marketing

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

    ReplyDelete