Assalamualaikum
Minggu lepas aku ada presentation kat main campus, Pulau Pinang. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Akhirnya selesai jugak 'Projek Mega' kitorang. Tapi yang lebih seronok, lepas presentation tu, aku telah pergi ke sebuah lagi pulau.
So, destinasi kita pada kali ini adalah Pulau Pangkor !!!
Sebenarnya first plan aku nak backpack ngan adik aku kat Penang jer since dia tak pernah pergi kat kampus dan aku pun belum explore Penang sepenuhnya. Tiba-tiba mak cakap dia pun nak ikut sekali, tapi ke Pulau Pangkor. Memandangkan aku tak pernah menjejakkan kaki di situ, plan diteruskan. Jadi, lepas presentation famili terus datang ambil & bergerak ke Pangkor. Jumpa member pun hai-hai-bye-bye jer.
Sampai jer kat Pulau tu kitorang disambut oleh para penyewa kereta, teksi & hotel. Terasa macam berjalan di atas karpet merah seperti di ABPBH dan para peminat berebut-rebut nak salam dengan kau. Mana taknya, aku nak jalan pun diorang duk tahan suruh sewa kereta dia. Tapi kitorang naik teksi jer, esok tu baru sewa kereta. Pinkyyy nyerr teksi-teksi kat sana, dan bila aku turun baru perasan no plate dia adalah nama sorang member aku.
Diorang (my family) suka panggil aku 'budak Vietnam' sebab aku suka pakai topi bulat & spec hitam. Well, panas kot, kenalah pakai benda-benda ni untuk elakkan kulit kau jadi gelap. Sebenarnya kalau kat rumah pun memang aku guna topi tu masa nak jemur baju kat ampaian, atas alasan yang sama -_- Hmm, bajet diva sangat taknak kulit jadi gelap.
Amboi, budak vietnam ni duduk dah macam orang nak bersanding. Topi dia tak sah kalau tak pakai. Habis mak ngan akak kena sengetkan kepala sebab topi tu luas sangat. Hee
Sekarang kita berada di kilang sotong. Bukan sotong jer yang ada, ikan masin, ikan bilis, ikan kering, semuanya ada di sini. Dan kita boleh tengok proses diorang membuat makanan laut ini bermula dari menyiang, menjemur, hingga membungkus. Dan kalau nak bagi ole-ole kat kawan-kawan boleh lah shopping kat sini. Freshly prepared tau.
Me with the newly bride & groom :)
Di Pulau Pangkor juga ada sebuah pantai, Teluk Segadas. Ada 2 cara kalau korang nak ke sana sama ada naik bot atau jalan kaki. Untuk lebih adventure, kitorang ber'jungle trekking' sambil menghirup udara segar. Perjalanan 15 minit boleh dikatakan agak mencabar sebab jalan dia curam & berbukit-bukit. Kalau boleh dalam group tu kena ada orang lelaki, sebab kalau perempuan semua macam bahaya.
Masa jungle trekking tu semua sibuk cakap bila laa nak sampai ni. Tapi tapi tapi, bila nampak pantai ni, hilang semua penat yang dirasa. Subhanallah memang cantik. Pastu rasa macan pulau ni kitorang yang punya sebab takde orang pun. Sunyi. Senyap. Kalau pergi sorang-sorang rasa takut kot. Tapi kalau sefamili ke situ, memang meriah lah. Suara kitorang jer yang dengar.
Serius, otak yang berserabut sebelum ni sebab nak siapkan research project terus hilang. Penat berpraktikal yang masih belum habis, siap count down berapa lama lagi nak habis, terus jadi terlupa.
Sangat jernih air laut di sini hingga kita boleh nampak ikan-ikan di dalam air. Hijau mata memandang. Pasir dia pulak haluss, putih, bersih, suci macam tepung. Kalau nak snorkelling pun boleh, nak mandi-manda jer pun boleh. Tiba-tiba aku wondering, kenapa ada laut warna biru & ada yang warna hijau. Anyone can answer me ?
Sebelum balik harus shopping buat kali terakhir. Malam tu kitorang makan ikan bakar. And guess what I found? IKAN PEKASAM ! Tak perlu ikan bilis, tak perlu sotong kering. Membeli ikan pekasam ni sahaja sudah membuatkan aku rasa puas sangat-sangat. Awal-awal aku dah cakap kat mak, balik rumah nanti nak masak ikan pekasam untuk lunch.
Sebelum balik haruslah ada gambar satu famili. Sekali lagi, si budak vietnam dengan topinya. Pergilah melancong ke serata Malaysia sambil menimba pengalaman & ilmu baru serta melihat keindahan alam ciptaanNya. 2014 kan tahun melawat Malaysia. So after this, nak ke mana pulak eh?
Cara mudah nak ucap selamat tinggal. Hanya dengan 'peace' di tangan.
(Padahal penat aku berposing, adik aku saja tak nak amik muka aku)
AND
PRAY FOR MH 370
bestnyee dpt g jalan2.. pulau pangkor ade dlm wish list anis..hopefully dpt pegi satu hari nnt.. :)
ReplyDeleteAssalamualaikum teena si budak Vietnam. hahaha. comel je pakai topi besar tu. hehe bestnya, akak tak pernah jejak sini lagi. Subhanallah, cantiknya pantai, warna air dia sangat menenangkan diri. hehehee. selamat pagi, kita singgah sambil menabung sini ~~~
ReplyDeleteMabelesssss....... best ke Pulau Pangkor ye... awok last pegi ke sana bulan 1 haghi tu....... sesekali berjalan ni seghonokkkkkk...kene plak dnegan fmaili kita...
ReplyDeleteee jelousnye.. selalu p jalan2 kan.. huhu
ReplyDeletebestnya g bercuti..:)
ReplyDeleteKali akhir akak ke sini rasanye 4 tahun lepas..syok beli makanan laut kat sini....semuanye murah....:)
ReplyDeletesadisnya sya tak pernah smpai pulau pangkor . . teringin ~
ReplyDeleteBelum pernah ke Pulau Pangkor, walaupun isteri dan anak2 pernah pergi.
ReplyDeleteKelakar dengan gelaran 'budak Vietnam'. Teringat seorang anak bujang saya, dia digelar 'budak Jepun' sebab muka macam orang Jepun...
Tak sampai lagi Pulau Pangkor :(
ReplyDeletePulau pangkor. Selalu pergi sana sebab abang hajar kerja dekat Lumut. Dekat sangat kalau nak drop by sana. Suka dengan hidupan laut dia yang murah dan sedap! Yummy~
ReplyDeletewishlist ika ni pulau pangkor..heee..tp tak dan laa nak pergi bercuti...busy yang amat dgn practical...ad lg sebulan lg huhuhuhu
ReplyDeletesuka ika tengok gambar ikan yang banyak3 tu...geram!
seronoknye berjalan~ :)
ReplyDeleteTravelling....I Love It....
ReplyDeleteSinggah balik ke www.superbiologi.blogspot.com
hamboiii . bestnya ! :)
ReplyDeleteBest jugak Pulau Pangkor ye... KN belum pernah jejak lagi...
ReplyDeleteTerpesona tgk gambar kat tepi pantai tu.... indahnya ciptaan Mu ya Allah.. In shaa Allah ada rezki sampai kat sana.. :)
ReplyDeletewahhh...bestnya persekitaran..seronok n xsabar rasa nk jalan2 situ..tak pernah pergi lagi..tgk kelapa muda tu..aduh... tpikat... ^_^
ReplyDeleteehehe topi dia bukan main lagi yerrr...sy pun dh lama xpergi ke pulau pulau ni...entah bila entah kali terakhir pun tak ingat.bila tgk pic ni terus teringin nk pergi ..peluang je xde sbb selallu naik gunung hehehehe
ReplyDeleteAssalamualaikum dan salam singgah Jumaat dik...wahh...bestnya dapat pergi jalan2 di pulau pangkor...indahnya pemandangan tepi pantai tu...maha besar ciptaan Allah untuk kita menikmati dan menghayati keindahan dan kebesaranNya..
ReplyDeleteamboi topi tu, kemahen besarnya.. hehe..
ReplyDeletehari tu pegi pangkor memang excited giler tp tup2 hujan la pulak dr petang sampai ke malam..
so, kurang la aktiviti jenjalan.. hehe
arhhhh. bestnyeeeeeeee.
ReplyDeleteWah seronoknya. Buat saya teringat kenangan saya semasa di Pangkor.
ReplyDeletecun seluau *ungu bunga*..HAHAHA. air jernih tu yg best tiruk dedalam. btw,ada la siket rupa vietnam :P
ReplyDeletemakin cantik pulau pangkor ni. air pun jernih. last saya pergi sini masa 5 tahun :p lama gilaa. selalu singgah pegi lumut je beli snek makanan laut, tu pun sbb lumut dkt dgn kampung xD
ReplyDeletehaha.. seriuosly pakai topi time jemur baju ?? hehe.. waa nampak happy je smua ..<3
ReplyDeleteWah bestnya. Tiey xpernah lagi sampai kat sane :)
ReplyDeletesyioknya pegi jalan jalan tepi pantai =D ada ole ole untuk saya tak? =P haha
ReplyDeleteuiii, seronoknya kak oii, haha.. btw al-fatihah buat mh370 :(
ReplyDeletewah wah wahhh bestnyaaa. Berjalan lagiii? eheehehehehe.
ReplyDeleteNak ikut lah lain kali ekeke~
Wah bestnya . Tringin nak ke sana :D
ReplyDeleteawesome!! never been to pulau pangkor yet, harap dapat ke sana 1 hari nnt ;)
ReplyDeleteudia.. sakannya dia berjalan.. macam best je..
ReplyDeletemenabung sini..
Tak pernah lagi ke Pulau Pangkor, tapi tengok gambar macam best je..
ReplyDeleteI baru Pulau Pangkor, pulau memang indah.
ReplyDeleteSalam. Hee teringin hendak ke Pulau Pangkor lagi.
ReplyDeleteJom singgah ke blog saya...http://www.suemilie.blogspot.com/2015/06/pulau-pangkor-2.html?m=1
ReplyDelete