Monday, 20 April 2015

Nak Berkongsi Cerita Sikit Boleh Tak?

Assalamualaikum

Hai, ada orang masih ingat aku lagi? Ada yang merindui aku takkk? Hahaha sebulan lebih kot aku tak update. Dulu kemain konon berazam nak buat at least 5 entri sebulan. Sekarang, entri ke mana, aku pun ke mana entah. Sorrylah, kittew sibuk angat menjalani dunia realiti, hingga terlupa dunia fantasi yang kelihatan soo sweettt.

Sebenarnya hidup aku dalam masa 2-3 minggu ni sangat busy. Of course busy dengan study. Setiap hari ada jer benda nak kena settlekan. Pergi kelas 8.30 pagi, balik 6.30 petang. Esoknya mesti ada exam, tutorial, lab report nak kena submit. Hampir setiap malam tidur tak lena. Weekend pulak ada event nak kena urus. Itu tak cukup, ini tak dapat kelulusan, pergi balik kolej nak mintak confirmation. Staff tu pun dah cam muka aku asyik datang jerr budak ni.

Ada satu hari ni aku kena submit lab report petangnya, tapi satu apaaa pun tak siap lagi. Selalu macam ni tau, last minute baru nak siapkan kerja. So pergilah aku ke lab comp (makmal komputer) tengah hari tu. Ada senior ni dia takde kerja, suka kacau orang kat situ. Sampai ke tempat aku :

Senior : Wah, rajinnya! Tengah buat apa tu?
Me : Tengah siapkan lab report...
Senior & Me : Borak....borak....borak.....
Senior : Lab report ni kena hantar bila?
Me : Petang ni...
Senior : Ya Allah, pemalasnya !!!
Me : -_- ouchhh. hahahaha, eleh tadi puji orang rajin, sekarang pemalas pulak. Puihhh !!

Dialog yang last sekali tu aku cakap dalam hati jer. Pastu dia terus blah. Setiap hari macam ni lah hidup aku ---> serabut.

Bukan itu sahaja, ada jugak benda yang unexpected telah berlaku. Ada yang baik, ada yang kurang baik, ada yang alhamdulillah, yang kelakar sampai nak tergelak sorang-sorang waktu mandi pun ada =) Stress pun ada jugak bila otak rasa tak tersusun. Sampai bila nak jemur baju kat ampaian dan tengok almari takde hanger nak sangkut baju, rasa nak nangessss. Kau dah kenapa pasal hanger tak cukup pun nak stress kan.

Tapi yang bestnya, dalam sibuk-sibuk ni aku rasa dekat sangat dengan Dia. Dalam sibuk-sibuk pun sempat solat kat masjid (yang ada aircond dan carpet yang empuk!). Bila rasa stress, terus mengadu kat Dia, cerita kat Dia, share kat Dia, nangis kat Dia. Pukul 3-4 pagi bangun, stay up sebab ada exam esoknya, sempat tahajud & buat solat sunat. Entah, tak tahu nak describe macam mana perasaan tu, tapi rasa tenang & kurang sikit bebanan. Alhamdulillah. Thank You Allah :)

Post pharmaceutics' lab and was preparing for biostastics' test at the evening

Salam 1 Rejab. Selamat berpuasa bagi yang berpuasa hari ni =)



Love,
Teena Tna

8 comments:

  1. seronoknye sibuk zaman belajar ni... cherish the moment dik...sibuk zaman kerja lagi pening...mcm x de kesudahan... huhuhu...

    ReplyDelete
  2. biasalah student. kekadang rasa down down down . good luck teena :D

    ReplyDelete
  3. Sama lah kita Teena. Busy betul baru2 ni. Dan sekarang dah bulan rejab dah, pejam celik, pejam celik, lagi berapa hari ni ramadhan dah~

    ReplyDelete
  4. sama la.. lepas keje ni, mmg serabut habis.. tak de orng yg jadi tempat luahan perasaan, melainkan Dia.. :)

    ReplyDelete
  5. amik kos apa? boleh share?

    ReplyDelete
  6. macam tu lah dik, dulu akak masa student mcm ni la, class, exams, events, tp masa dah kerja ni laaagi xde masa! Enjoy ur student life first! :) and good luck :)

    ReplyDelete
  7. Kan2...hahaha..part hanger tu best..biasalah kan...slalu mcm tu..

    ReplyDelete