Monday, 28 September 2015

Trip To Korea : Hanbok & Namsan Tower

Assalamualaikum
Anyeong Haseyo !!!

Ada yang bertanya, kitorang guna travel agent ke kat sana. Jawapannya adalah TIDAK. Semuanya kitorang buat sendiri. From A to Z. Dari flight ticket, booking hotel, transport, itinerary, semua buat sendiri. Even kat sana pun kitorang takde kawan-kawan yang study sana. Memang 100% survival sendiri kat negara orang.

Lepas check up hotel pukul 3 petang, kitorang rehat sekejap, then baru mulakan perjalanan. Haaa, sementara nak tunggu check up tu, Sal tertinggal phone dia. Tengah seronok jalan-jalan, baru perasan phone dia takde. Dah lah phone aku rosak, phone sal hilang, phone azwa pulak bateri tinggal 10% jer waktu tu. Dugaan betul lah waktu ni. Cari punya cari rupa-rupanya phone sal tertinggal kat luggage kat hotel. Tanya kat receptionist, diorang ada simpankan. Fuuuhhh. Kat Korea ni kalau ada barang hilang insyaAllah dapat jumpa balik. Tu yang bestnya kat sini.

Okay, sila bersiap sedia kerana entri kali ni banyak gambar. Enjoysss =)

Destinasi pertama kami adalah : Myeondong Tourist Information Centre

Kalau gerak dari hotel kami, naik subway dari Dongdaemun History & Culture Park Station. Kat sana pun ada Dongdaemun Station jugak. Jangan confuse eh, nanti kena jalan jauh macam kitorang masa mula-mula sampai dulu. Dari sana ambil Line 2 menuju ke Euljirol (il) ga Station, keluar ke Exit 5

Tadaa! Kita dah sampai. Kat sini terdapat banyak pamplet & brochure berkaitan tempat-tempat menarik yang ada di Korea. Kalau nak online pun ada disediakan komputer secara percuma. 

Sebelum sampai ke sini aku dah study pasal Korea. Map kat South Korea kira dah boleh hafal, tapi tahu kat dalam map jelaa. Dah sampai sini ada jugak tersesat. Normal lah sampai tempat orang kalau tersesat, ye dokkk. Sebenarnya kitorang pergi kat Tourist Centre sebab nak pakai Hanbok! Yang paling penting ia adalah FREE OF CHARGE!!!

<3<3<3 Anyeong Haseyo <3<3<3


Lebih kurang macam studio, kita boleh pilih hanbok yang kita nak. Aku pakai hanbok untuk 'young lady'. Azwa pulak pakai hanbok untuk 'queen'. Tak kisah lah untuk siapa, tapi hanbok dia lawa-lawa. Kat sana ada front camera, boleh pilih background yang kita nak. Then gambar tu hantar ke emel kita. Photoshoot session selama 10 minit. Tapi masa kitorang sampai takde orang. So boleh lah bergambar sakan, sampai tersadong-sadong CikSal sebab hanbok dia labuh :)

This is the camera ! Hanbok photo in the making !

 Sekarang jom kita ke Namsan Tower pulak.


Berbekalkan map yang kami amik kat tourist centre, sampailah kami ke Namsan Tower. Kalau naik subway, ambil Line 4, Myeondong Station, Exit 3. Boleh jalan kaki atau pun naik cable car untuk sampai ke puncak. Kitorang naik cable car jer. Tak larat nak berjalan dah. Nak ke cable car pun terpaksa mendaki bukit yang macam kat atas ni.

Ni cable car nya. Masa kitorang sampai dalam pukul 7 malam. Memang lawa lah pemandangan malam dari atas ni. Angin dia kuat giler, dan sejuk. 

Yeayyy, kita dah sampai ke Namsan Tower !!!

Teruja tengok banyak padlock kat sini. Apa dia tulis sepatah pun aku tak paham.


Kat sini lah pasangan kekasih 'kunci' cinta diorang. Aku? mampu tengok jer. Tak kuasa nak kunci-kunci ni. Ada baiknya padlock tu aku buat kunci pintu ke, letak kat luggage ke...

Inilah dia geng travel aku sepanjang 10 hari kitorang kat Korea. Sal & Azwa. Semua gambar ni dari kamera diorang. Ingat lagi phone aku yang rosak? Sob sob...

 Di sebalik sebuah gambar, macam-macam gaya ada. Angin kuat giler, macam nak tercabut tudung aku.

 Yup, beg pun perlu bergambar jugak. Hahaha.

Sal nak feeling autumn katanya. Walaupun kami pergi waktu summer, tapi ada daun-daun yang sudah kuning. Boleh lah merasa autumn sikit-sikit.


Basically, first day trip kami berjalan seperti yang dirancang. Tak sangka boleh sampai jugak kat Korea. Walaupun aku langsung tak kenal kpop, tak tengok running man, tak layan drama korea, artis mana pun tak kenal, cakap korea pun tak reti. Tapi bila sampai di sini, memang best lah. Tempat-tempat kat sini memang lawa-lawa, orang dia pun baik-baik dan cantik =) 

Nantikan next entry aku pasal travelogue ke Korea ya!

Anyeong Haseyo!

9 comments:

  1. untungg laa dapat pegi koreaa.. haha jeles T_T

    ReplyDelete
  2. comelnya gambar dengan hanbok tu..

    ReplyDelete
  3. Ohmaigad. Kita jeles. Hikhik. Thanks for the info teena

    ReplyDelete
  4. Ohmaigad. Kita jeles. Hikhik. Thanks for the info teena

    ReplyDelete
  5. Tak ramai orang ke masa kat Namsan Tower tu?

    ReplyDelete
  6. bestnya dah sampai korea singgah sini

    membaca sekejap jemput baca 5 hari sudah

    dari @theyanaonly

    ReplyDelete
  7. seronoknyaa dapat ke koreaa ! teringin nak ke sana! huhu .. :)

    ReplyDelete