Sunday, 13 December 2015

Busy Is An Experience Right?

Assalamualaikum w.b.t.

Yup, i know this blog has no reader(s) anymore. Been super busy lately. 

Study

Orang cakap zaman belajar kat universiti zaman paling seronok. Yup, betul sangat. I really enjoy my student life, my campus life. Tapi bila sampai satu tahap dia punya kerja yang sangat banyak buat i rasa macam sangat terseksa.

-TestSSS
-AssignmentSSS
-Lab reportSSS
-VideosSSS
-CBL/PBL presentationSSS
-ReportSSS
-QuizzeSSS

Kenapa ada banyak SSS? Cuba bayangkan satu subjek kena buat semua benda ni. Kalau ada 7 subjek cuba bayangkan? Serious, nak nangis hidup macam ni (even tengah tulis ni pun rasa sedih untuk diri sendiri). Lepas satu, satu lagi benda kena buat. Kadang-kadang i sendiri pun tak tahu apa yang i study. Esok nak exam, malam ni baru nak study. Ada pulak tu tak sempat study, (buat-buat) yakin jer masuk dewan exam, konon boleh jawab. Tak cukup tidur malam normal dah. 

Kelas pagi sampai petang. Itu pun tak sempat makan, nak solat pun kena bajet-bajet masa. Haritu tuan rumah sewa whatsapp, cakap bulan tu lambat bayar sewa. Lupaaa gilaaa. Kalau jemur baju pagi tu, nak angkat waktu tengah panas memang tak dapat lahh sebab sampai rumah dah malam, baju dah sejuk. Eh, citer pasal basuh baju pun nak bagitau orang ke Teena oi? 

Friends

Alhamdulillah, ada kawan-kawan yang gila-gila. Dapat kurangkan stress. Yang banyak tolong siapkan assignment sama-sama. Geng bergosip. Geng menantu pilihan lol. Selalu bagi semangat bila i rasa down walaupun diorang pun rasa apa yang i rasa. Bila kawan-kawan sebaya dengan adik i, rasa kurang sikit rindu kat adik (baca part family). 

Last 2 weeks, housemates i  Sal & Miza bertanding untuk jawatan Vice President untuk persatuan fakulti kitorang. And i don't know nak pilih siapa. Dua-dua kawan i. Truthfully, i hate  tak suka kena buat pilihan macam ni. Bila kena pilih antara dua. Dua-dua benda/orang yang kita suka (eh?) 

Selalunya weekend, i akan reward diri sendiri sebab dah berjaya habiskan satu minggu yang hectic. So, sebelum start minggu hectic seterusnya, i akan keluar tengok wayang dengan kawan-kawan. Itupun tengok midnight movie. Keluar pukul 10, habis jer cerita balik rumah tidur. Esok bangun sambung balik siapkan assignment. 

Family

Sejak zaman sekolah i memang belajar luar dari negeri tempat i tinggal. Zaman sekolah kat Klang, zaman diploma kat Penang, sekarang degree kat Puncak Alam. Tapi dalam banyak-banyak masa ni, rasanya semester ini i PALING banyak kali balik rumah. Sama ada jadi tour guide, cuti, atau sebab stressss hahaha. Ni pun ada kat rumah. Sebab tak larat nak duduk menghadap buku-buku dan environment belajar. I just need my home, my family.

Ada waktu yang tak sepatutnya i tak patut balik rumah sebab minggu tu exam bertimbun. Tapi i tahu kalau i tak balik pun, i takkan boleh study sebab stress sangat. Balik rumah tu, walaupun tak buat apa sangat (err, bawak lappy sebab still kena siap assignment haish) tapi sempat singgah shopping kat Sogo. Mak i belanja hihihi. Sogo ni bila masa jer dia tak sale kan. Mak i shopping sakan. i pun rasa kurang sikit stress bila dapat shopping hahaha.

Sekarang adik i belajar kat Sarawak. Sejak i balik Korea haritu tak jumpa dia lagi. Yaa i miss her. Tak sangka i akan rasa rindu yang macam ni kat adik i, Ati. Bila jumpa rasa biasa jer, bila takde baru sedar yang i sayang gilerrr kat dia. Sebab tu bila ada kawan-kawan yang muda dari i, i anggap diorang macam my adik =)

Personal


Bila sampai mood drama, dia punya drama memang drama lah. Drama sorang-sorang pulak tu. Entah apa-apa lah. Kadang rasa happy, kadang sedih, kadang geram. Serious drama tau! Sekarang phone i rosak. Tak boleh on, habis gambar-gambar dalam tu tak tahu ada lagi ke tak T_T. Muka pun banyak jerawat T_T. Hormon pun dah tak betul T_T.

Kadang-kadang bila dah terlalu busy, i rasa macam pentingkan diri sendiri. Tak pedulikan orang lain. Rasa macam nak buat benda semua sorang-sorang. Maybe i need some space. Tapi ignorance dia dah boleh 90%. Serious malas giler nak sosialize dengan orang, nak involve apa-apa aktiviti semua lah.

Conclusion

Dah kenapa update blog pun nak kena tulis conclusion? Well, dah terbiasa buat report kena ada part conclusion, so here we go! Hmmm, i tulis kat sini bukan nak mengeluh, tak bersyukur dengan nikmat belajar yang Allah dah bagi. Cuma bila tulis kat sini, kurang sikit beban. Plus, esok-esok bila rasa bosan gilaa tak tahu nak buat apa and baca entri yang i tengah super busy ni mesti kelakar. 

Busy is an experience right? Thank You Allah =)



6 comments:

  1. Hope you will have to unwind :)

    ReplyDelete
  2. I miss that moment... bz ngan study, aktiviti persatuan, frens etc masa zaman uni. it seems stress, but seriously, that was stress yg seronok ;-) Nanti dah keje the responsibility is different, and the stress is different. InshaAllah, all this stress thingy will help u later to cope with even bigger stress in working world. Hang on dik... and stay strong :-) x lama dah pun...pejam celik, pejam celik...eh.... dah grad! at least that what i felt dulu... hehehhe...

    ReplyDelete
  3. hahaahaha. paham paham. zaman belajar memang zaman yg penuh bercelaru. hahahaha. rindu zaman belajar.

    ReplyDelete
  4. Hahaha goodluck in your studies..

    ReplyDelete
  5. Salam Teena! Busynyeeee! hehe. But its true. kalau tulis kat blog akan kurangkan beban sikit. Or kurangkan banyak. It help a lot!

    ReplyDelete