Monday, 27 June 2016

Terawih VS Study

Assalamualaikum

[22 Ramadhan 1437H]

Hai !

Sekarang aku patut study. 

Oh, kami sedang musim peperiksaan 2-3 minggu ni. 

Semalam ada paper, next hari khamis pulak. Pastu kita raya! 

Lepas raya sambung balik exam *cry a river*

Okay straight to the point. Aku takde mood nak study sekarang ni! T_T

Dia punya takde mood tu macam:

Kau takde benda nak buat melainkan study, konon-konon nak kemas rumah laa apa laa...

*Buka nota*

'Ah, tak kira! Aku nak jugak!'

*Ambil laptop*

'Aku nak jugak TAKNAK study!!!'



So, hai blog =)

Btw, sekarang kita dah sampai fasa ketiga Ramadhan. Dah masuk 10 malam terakhir. Sejujurnya, sebelum ni aku agak risau sebab final exam aku waktu bulan puasa. Setiap malam mesti rasa berbelah bahagi: nak pergi TERAWIH atau STUDY. Rasa macam boleh jadi masalah negara tau haha.

Tapi itu semua mainan perasaan aku je sebelum Ramadhan haritu. Ni bila dah start puasa, dah nak habis puasa pun, aku rasa relaks je. Daripada aku duk pening-pening nak pergi ke tak, baik aku pergi tenangkan fikiran pergi jugak TERAWIH :')

Buat kawan-kawan yang sedang menghadapi peperiksaan juga, mesti korang pun dilema jugak macam aku kan. InsyaAllah bila kita utamakan DIA, DIA akan permudahkan urusan kita. Bila aku fikir balik, apalah rasa 'sayang' nak luang masa 1 jam terawih. Masa inilah kita doa banyak-banyak boleh jawab exam esok hari, senang nak ingat apa yang dibaca...blablabla...

Takdelah kalau tak study 1 jam tu terus tak boleh jawab exam. In fact, kalau study pun belum tentu 1 jam yang kita guna tu boleh masuk. Tapi kan aku suka solat kat Masjid Puncak Alam. Sejak dari awal Ramadhan sampai dah penghujung Ramadhan bilangan jemaah masih ramai, parking masih penuh, tempat pun masih bersesak (tapi ada tempat juga).

Jom, kita sama-sama pecut, rebut peluang untuk bertemu malam Lailatul Qadar :) 

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam al-Qadr.
Dan tahukah kamu apakah malam al-qadr itu?
Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.
Pada malam itu turun para malaikat dan roh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan.
Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar" 

[Surah al-Qadr]




P/S : Masalahnya sekarang nak study ke tak nak study Teena oi?????? 



5 comments:

  1. Akak lg sadis..10 mlm terakhir uzur plk..huhu

    ReplyDelete
  2. Hazy duduk kat Puncak Alam, tapi ramadhan ni tak pergi lagi terawih kat masjid besar. Terawih kat surau dekat dengan rumah je. Tapi solat kat Masjid tu seronok (ada aircond). huhu

    ReplyDelete
  3. All the best dik... InsyaAllah, kita selesaikn urusan kita dgn Allah, Allah akan selesaikn urusan kita...

    ReplyDelete
  4. haii tina..hows ur study? xpe tina kalau xsmpt buat teraweh,ia nya sunat..lgpn menuntut ilmu ibadat yg sgt besar tuntutan dia..gud luck ea..

    ReplyDelete
  5. lps raya pun ada exam lg ek teena... tak berapa consentrate lah beraya dok pikir nk exam...
    apa pun all the best yek

    ReplyDelete