Assalamualaikum
Hai. Ada sesiapa kenal aku lagi ke? Rasanya dah lama sangat tak update blog. Aku pun lupa yang aku ada blog rupanya. Alhamdulillah walaupun busy study (as usual) tapi aku mampu menselang-selikan dengan akiviti-aktiviti yang menarik bersama famili & kawan-kawan. Busy, busy jugak. Tapi kita kena jugak bahagikan masa untuk diri sendiri supaya level stress tu tak semakin meninggi. Ye dokkk...
Err, kenapa aku rasa ayat aku semua macam tengah tulis karangan sekolah menengah! Janggalnya nak tulis blog! Bencilah! Nak tutup blog lah macam ni!
Cuti mid sem haritu aku sempat pergi ke Sarawak. Sambil tengok adik aku yang study kat unimas tu, dapat lah kitorang jalan-jalan kat sana. Of course tak dapat nak cover satu Sarawak. Dapat round area Kuching je pun dah cukup seronok. Next time, kita try cover lain-lain tempat lagi eh.
Seingat aku, kitorang pergi sana waktu bulan April. Sekarang dah Jun. 2 bulan punya cerita entah ingat lagi ke tak ingat ni. Macam biasa, kalau pergi bercuti dengan family aku adalah captain! Mana-mana tempat yang nak pergi aku yang decide hahaha. Adik aku yang kat Sarawak tu pulak carik kereta sewa kat sana. Dia jugak jadi tour guide kat Sarawak. Mana makanan yang sedap semua, dia jugak yang recommend kat kitorang. Kira dia jadi assistance aku la kot. (gila kuasa nak jugak jadi captain hahaha)
Taman Budaya Sarawak
Seingat aku, kitorang pergi sana waktu bulan April. Sekarang dah Jun. 2 bulan punya cerita entah ingat lagi ke tak ingat ni. Macam biasa, kalau pergi bercuti dengan family aku adalah captain! Mana-mana tempat yang nak pergi aku yang decide hahaha. Adik aku yang kat Sarawak tu pulak carik kereta sewa kat sana. Dia jugak jadi tour guide kat Sarawak. Mana makanan yang sedap semua, dia jugak yang recommend kat kitorang. Kira dia jadi assistance aku la kot. (gila kuasa nak jugak jadi captain hahaha)
Taman Budaya Sarawak
Sampai je Kuching Airport, ambil kereta sewa, ambil adik aku, kitorang pergi Taman Budaya Sarawak. Tempat ni WAJIB pergi kalau datang Kuching. Sebab di sini ada semua tarian tradisional, rumah tradisional, baju tradisional, makanan tradisional dari semua etnik. Haaa, cakap jer apa jenis tradisional kau nak, semua ada! Bila masuk, kita akan dapat passport macam ni. Nanti kat setiap rumah kau datang. sila dapatkan cop. Tiket untuk dewasa RM 60.
Kalau bagitau kita pelajar sekolah/universiti boleh dapat harga lagi murah. Jangan risau, diorang pun boleh nego kasi harga murah punya. Yang penting bawak dan tunjuk kad pelajar. Pastu kan adik aku mintak tumpang simpan kad dia dalam handbag aku. Balik dari Sarawak, dah sampai rumah kat Melaka ni ha baru perasan kad dia still ada dengan aku. Tak dapat balik rumah, kad jer yang dapat balik pun jadi lah yee. Tak pasal-pasal kena pos laju kat Sarawak kad dia.
Tips: Make sure segala jenis gajet korang ada INTERNET. Jarak antara satu tempat ke tempat yang lain lebih kurang 1 jam lebih dan TAKDA signboard, kena guna GPS. Signboard kalau ada pun dah nak sampai baru dia letak.
Main entrance: Family photo!
Tak sure apa nama jambatan ni tapi rasa excited jalan atas ni. Rupanya kat dalam laaagi banyak jambatan macam ni. Serious memang terasa dia punya tradisional bila datang sini. Nampak diorang masih jaga & pelihara budaya kat sana.
Sekarang kita berada di Rumah Bidayuh
Setiap etnik ada pakaian & tarian tradisional sendiri. Masa kami sampai kat rumah ni, takde pengunjung lain, hanya keluarga kami jer. Tapi mereka tetap sambut kami dengan tarian diorang. Terasa segan lah pulak hehe.
Antara rumah favourite aku: Rumah Orang Ulu!
Rumah dia tingiiii
Zoom in sikittt. Tiang dia pun punyaaa lah tinggi! Part nak panjat kayu kat atas tu seram sikit.
Dekat Rumah Orang Ulu wajib ada lukisan ni! Cantik kan!
Ayah excited nak buat sape !
Mak excited main sape !
Rumah Orang Ulu!
Tak ingat apa namaaa T_T, selalaunya dibuat sebagai perhiasan.
Pakcik ni lah yang buat perhiasan. Dia cakap kalau musim perayaan boleh dapat sampai 40K. Pastu dia ada citer jugak ada foreigner ni nak beli, pakcik tu TERcakap 100 Dolar. Terus foreigner tu hulur 100 dolar, padahal sebenarnya dia nak cakap 100 Ringgit jer. Rezeki lah kan.
Gambar pakcik ni aku saje kecikkan. Sebab...malu...Dulu kecik-kecik aku wondering kenapa 'seluar' dorang macamtu? Serious sampai harini still lagi wondering. Tapi dah memang budaya dorang macam tu. Masa aku kat sini pun nampak ramai pakai macam ni. Errr, malu ittew...hihi
Aku rasa banyak-banyak rumah, rumah Melanau paling besau. Bila naik kat tingkat atas sekali dan tengok pemandangan luar, bestnyaaaa. Nanti bangun je tidur, pergi kat tingkap dan dapat lihat gunung-ganang yang menghijau, burung berkicauan, udara yang segar. Seronoknyaaa...
Etnik melanau ada tarian Alu-alu. Seronok aku main kayu ni. Mula-mula takut jugak kaki tersepit, tapi dorang buat slow-slow, so kita boleh catch up. Yang kelakarnya, punyalah excited aku joget, masa nak balik baru tahu tarian ni dorang buat kalau ada kematian. Tarian ni untuk menggembirakan saudara yang sedang kesedihan. Hmm, tapi rentak dis serious best!
Ni dari dalam rumah. Kalau nak mengendap senangggg je ni hahaha!
Yeayyy, Rumah Melayu pun ada!
Dalam rumah melayu. kasi chance sikit lah, mak ayah duduk kat pelamin.
Anak-anak pulak duk termenung atas tangga.
Tangga dia pun tinggi.
Kalau nak datang raya dengan pakai baju kurung, kalau tersadung uishh sakit tu kalau jatuhhh!
Kitorang beli tabung buluh ni. Haritu, kat kampus kitorang kena berlakon. Ada scene hari raya. Aku guna tabung ni jadi LEMANG. Senang citer! Mana nak carik lemang sekarang ni oiii!
Kat taman budaya ni jugak ada show. Ada pukul 12 tengah hari & 4 petang. Semua tarian dari setiap etnik ada. Kalau datang sini jangan balik selagi tak tengok show ni ok!
Us =)
Enjoying the show
Sekian sampai di sini sahaja cerita Sarawak kamek. Kalau aku rajin, nanti aku update lah entri lain, kalau tak, kita tengok sampai bilaaa laaa aku nak kepam kat blog ni. Sekejap je kan dah masuk Jun, minggu depan dah puasa. Dan aku ada final exam. Sebelum & selepas raya pulak tu examnya! Apa-apa pun, wish me luck ok.
Love,
Teena Tna
dh makin mcm2 ada yek, akak pnh pegi dulu 10thn lps tp umah2nya ttp masih sama...
ReplyDeletetakde ke umah mana yek yg bhg atas kt siling tuh ada tengkorak2
depa kata tengkorak tu di simpan sebagai tanda kepahlawanan... tengkorak betul tuh
saya memang rancang nak ke sarawak tapi masih belum berkesempatan =)
ReplyDelete