Friday, 30 December 2016

Gunung Berembun, Negeri Sembilan

Assalamualaikum

2.37 am

Eh, kita berjumpa lagi!
Sebenarnya aku tengah study ni. Tapi rasa macam mood blogging dah datang lah. Plus, hari ni aku berjaya menjawab 3-4 soalan pharmacokinetics (Alhamdulillah, best lah pulak tajuk ni). So, why not i reward myself to blog right?

Ceritanya pada 28/11/2016 aku dan kawan-kawan batch aku (Rx13) pergi hiking kat Gunung Berembun.  Yayyy, bestnyaaa dapat hiking! So kitorang gerak 2 kereta. 1 dari Melaka, 1 dari KL. Disebabkan waktu ni tengah midsem break, senang sikitlah, takyah risau pasal study walaupun kerja memang berlambak waktu cuti tu tapi...

Gunung Berembun ni terletak di Jelebu, Negeri Sembilan. Lebih tepat lagi di Pantai. Nama tempat tu Pantai ye, bukan pantai laut tu. Kalau lalu highway dari arah selatan exit kat Senawang, kalau dari arah KL exit LEKAS. Pastu ikut sign board ke Ampangan. Sebelum nak masuk ke kawasan gunung ni ada Y junction. Kalau nampak balai polis & sekolah, anda berada di trek yang betul, haha. Jalan nak ke sana pusing-pusing, pening sampai nak termuntah pun ada jugak. Aku dah risau badan tak sedap camna nak naik ni, tapi Alhamdulillah ok jeee. Bestttt!

Aziim, Syafif, Abid, Teena, Joi, Tirah, Piqah
Haa, ini la kawan-kawan hiking aku aritu #uitmpharmacyhikingteam. Apa entah hashtag kitorang lagi, macam-macam... Pukul 6.30 gerak dari Melaka. Padahal dorang yg dari KL dah sampai dah pun, kena tunggu kitorang dulu, sorry weh, sebab Pak Imam baca suranh panjang eh subuh haritu? Alasan boleh diterima lol.

Kitorang start naik pukul 9 pagi. Masa ni hari Isnin, so tak ramai orang pun. Ok sebenarnya kitorang 7 orang je yang ada waktu ni. Takde orang lain lagi. Tapi ada member ni dia pernah naik gunung berembun, so dia lah yang jadi ranger kitorang.

Aku rate 3.5/5 tahap kesusahan nak mendaki gunung ni. Sebab 2 jam pertama dia landai je, takde nak panjat-panjat, ekstrem-ekstrem ni. Bukan takde, cuma belum tiba lagi. Waktu ni aku memang menikmati sepuas-puasnya udara segar, sejuk, bunyi air sungai, nyaman dan tenang je rasa.

Setiap kali nampak sungai mesti nak berhenti. Itu yang sampai pukul 6 petang baru sambai bawah. Bayangkan dari pukul 9 pagi sampai 6 petang. Pishang gak laaa. Tapi seronok. Puasss. Sebab naik Bukit Tabur sebelum ni 45 minit je.

Rx 13 Fly High !!!


OMG Azim, kau posing ape wehhh. (yang baju biru gelap, belakang tu) 

Checkpoint ke-berapa tak ingat dah

Haaa, ada gua tau dalam Gunung Berembun ni. Gua Kambing. Siap ada wifi lagi tuuu. Jangan main-main, gunung ni advance ok. Dekat kawasan gua ni ada (kind of) air tadahan. Stok air kitorang semua waktu ni dah habis. So, amik air kat situ tadah masuk dalam botol. Minum macam tu je. Sejuk giler, sampai berlaku proses 'condensation' kat botol kitorang. Sejuk dan bersih dan sedap tekak dapat minum air sejuk free. hehe

Lepas je Gua Kambing, trek semua curam-curam. Masa ni dah start lemau. Azim kaki cramp. Drama jer suruh kitorang naik dulu, dia nak tunggu kat situ. Tirah pulak cakap tiba-tiba dia tak rasa apa-apa kat tangan dia. Takde deria rasa. Masa ni aku cuak sikit, sebab aku tak tahu apa-apa, tak tahu urut, nak sapu apa pun clueless. Baik piqah pandai, dia lah jadi paramedik untuk Tirah. hehe mekasih Piqah :)

 Pukul 2 petang baru sampai puncak. Fuhh!


Puncak gunung ni takde view apa pun. View muka Syafif pun tak nampak (lol). Cuma ada kawasan luas je. Tapi dia punya puas bila dah sampai puncak, rasa satu kejayaan. Yup, kejayaan.

Ya, sebuah kejayaan!

 Sebelum Tirah hilang deria rasa dia. Heheheheh

 Bersama paramedik kita: Cik Piqah

Kawasan hiker bermalam (kot). Siap ada tempat memasak, toilet buatan, khemah semua. Rupanya kawasan kitorang lalu ni tempat larangan. Ni kawasan hiker otai je. Mana lah kami tahu, takde orang pun kat sini yang bagitau, dah balik tu ada terjumpa sorang ranger, dia yang bagitahu.

Haa, ni selepas setengah jam kitorang carik jalan tapi tak jumpa. Yang ni pun agak bahaya jugak sebab kena jalan atas pokok tumbang tu. Tapi waktu nak balik, aku ingat lagi, kitorang tak naik atas pokok tu. Kitorang redah je sungai sebab dah gelap. Serius risau jugak. Waktu nak panjat tangga tu Syafif hulur tangan dia suruh kitorang pijak tangan dia panjat naik ke tangga tu. Aku tak sampai hati nak pijak tangan dia huhu, so aku menapak dari sungai tu je. Joi pulak waktu ni, cover tirah. Sebab tangan dengan kaki dia dah menggigil. Wehhh, thank you korang. Aku terharu sikit lah. Tapi aku senyap je, malas nak tunjuk rasa terharu tu hahaha.




Antara flora dan fauna yang sempat di-snap

Lepas je turun kaki gunung tu pukul 6, kitorang solat, berhenti & bersiap kat masjid. Pastu pi carik makanan. Lapauuu gilaaa masa ni. 

Ni semua muka-muka kepenatan. Mata pun dah layu. Tapi muka aku tu teruk nau wefie camni huh

 Rx 13 Flyyyyyyyy Highhhhhhhh !!!!!!

Okay, jumpa lagi di gunung seterusnya...





#uitmpharmacyhikingteam #curamcenuram #barainess #gunungberembun2811 #finalexam #eh 

4 comments:

  1. Replies
    1. Sebab penat menghadap buku setiap hari. Kena menghadap flora pulak, baru rasa fresh haha.

      Delete
    2. bagus2... sambil tu msuk hutan cari pokok buat study pharmacognosy.. hehehe

      Delete
  2. Cikna yg duk dekat pun xtau kewujudan gunung berembun ni,huhuu...;-)

    ReplyDelete