Assalamualaikum
Di suatu malam yang hening, ketika family dinner, mak aku tiba-tiba menyatakan hasratnya,
"Tina, lepas ni kalau nak pergi hiking ajak mak tau"
Hampir nak terkeluar makanan dalam mulut bila dengar mak cakap macam tu. Rupa-rupanya ada kawan-kawan mak pun minat hiking juga. So, bila anaknya pun bagitahu nak pergi hiking gunung ini, bukit itu, dia pun terasa lah nak join juga.
Dia punya excited nak pergi hiking tu, semua attire yang mak aku pakai, freshly shopped hari sebelumnya. Daripada t-shirt merah, seluar, dan kasut semuanya baru beli ok!
Bukit Batu Putih terletak di dalam Hutan Rekreasi, Tanjung Tuan. Berdekatan dengan Port Dickson. Kami bergerak dari Melaka lalu jalan lama je. Lorong nak masuk hutan ni ada kem tentera. Drive depan sikit, ada hotel (tapi tak ingat apa nama hotel haha) lepastu dah sampai!
Dari pintu hadapan hutan ini, kena melalui jalan tar dahulu. Ada lah dalam 20 minit jalan kaki. Then, kita akan nampak rumah api. Sebelum rumah api tu akan ada laluan di sebelah kanan, ada papan kat atas ni. Haa, ini baru lah starting trek Bukit Batu Putih ni. Takde kena bayar permit ke apa. Semua tanggungjawab sendiri ye.
Alamak! Gambar blur. Trek kat sini tak ekstreme mana pun, easy je, jangan risau untuk beginner ok boleh je. Sebab tu aku berani nak bawa pergi sini. Lepasni rasanya boleh kot bawak mak naik Gunung Angsi pulak hehe.
Waktu nak naik puncak tu kena panajt sikit lah, panjat batu pun ada juga. Lepastu kita sampai dah.
Tadaaaa, dah sampai dahhh !!!!
Puncak Batu Putih ni cantik! Berbaloi lah hiking sikit. Walaupun easy & sekejap je.
Sebenarnya topi yang aku pakai ni terjatuh dek kerana ditiup sang angin. Takpelah aku dah redha dah. Tengah syok makan nasi lemak, tiba-tiba ada sorang brader ni datang dan bagi topi tu. Sempat cakap terima kasih, pastu dia pergi & turun dari puncak tu.
Mak kittew tengah makan nasi lemak hihi
Waktu ni excited nak hiking sebab tak sabar nak rasmikan beg & botol air ni. Dapat waktu larian kat Jakel KL. So, lepasni kalau pergi hiking, wajib bawak beg & botol ni sama-sama.
Kat bawah bukit ni ada bot lalu-lalang bawak pelancong sekitar PD jalan-jalan & mandi-manda kat pantai.
Terjumpa semut besar
Dah keluar dari trek Bukit Batu Putih, kami singgah di Rumah Api Tanjung Tuan.
Okay, till then!!!
waaaa bestnya dik, ada minat yg sama.... mula2 tgk gambar tu tak gaya mcm anak beranak tp mcm adik beradik
ReplyDeletecantik betul pemandangan dr atas tuh
Cantik.. macam dekat korea dah tengok
ReplyDeletebanyak tengok org share pasal tempat ni..
ReplyDeletenak tny, sesuai tak naik bukit ni jam 1400? ptg2 mcmtu
ReplyDelete