Assalamualaikum w.b.t.
OMG! Lama giler aku tak bukak blog ni. Lama gila aku dah tak blogwalking. Sebab sekarang aku rasa macam dah malas teramat. Ya ampun, kalau alasan sibuk tu aku rasa boleh diterima kot. Tapi kalau dah malas tu macam kesian kat blog kite. Disebabkan tuan dia yang malas nak update, dia sorang-sorang jer. Cian dia. Aloloo.
Okay, sebenarnya aku pun tak tahu nak tulis apa. Tapi sebab tak nak bagi nampak blog ni terabai aku rasa nak update jugak. Awkward pun ada sebab dah lama tak menulis ni. (takde la lama sangat, baru berapa hari jer since my last entry) Jadinya, kita berborak jela jomm.
Tiba-tiba aku rasa macam seronok pulak nak menaip. Sebab guna laptop adik aku kot. Yang baru dibeli tak sampai seminggu pun. Dan sebab aku dapat taip guna keyboard. Almaklumlah, laptop aku keyboard dia dah rosak, nak taip pun aku guna keyboard on-screen jer, leceh nak klik satu-satu huruf. Cuba korang bayangkan macam mana aku update blog aku selama ni dengan menggunakan screen keyboard tu.
Pastu laptop dia guna windows 8, touch screen pulak tu (maaflah aku memang ketinggalan zaman bab IT). Macam pelik jer lappy, ada keyboard, tapi touch screen. Kalau Ipad tu memang kena touch pun, sebab dah biasa.
******
Baru perasan tajuk entri ni ada nama aku. lol. Sebenarnya kan aku jelous tengok kawan-kawan aku ada nama banyak-banyak. Aku ada satu jer, Norfatina. (haa, baru tahu ler tu nama kite) Contoh : Amelia Qaisara Nabila, Daniel Adam Iskandar. Ini random name jer aku guna. Fyi, dulu masa sekolah aku dengan member ada satu projek, tapi rahsia la, taknak bagitahu. And suddenly the name 'Daniel Adam Iskandar' was created. In fact, mamat ni sebenarnya tak wujud pun. Tahun lepas kot, aku ada program anak yatim dan nama adik angkat yang aku jaga tu Adam Iskandar. Serius, aku macam terkejut & terkenang pasal projek zaman sekolah dulu. Nasib baik dia budak-budak tau.
Haa, berbalik pasal nama tu, dari sekolah rendah sampai ke menengah kawan-kawan aku asyik panggil panggilan yang sama jer - 1#Tina. Sampai kan cikgu sejarah aku cakap nama aku macam bibik-bibik. Tapi takpe sebab cikgu tu suka aku :) Pastu bila masuk kisas (f4-f5) budak dorm aku panggil aku 2#Tenet. Aku pun pelik entah ceruk mana diorang dapat nama ni. Pastu bila orang cakap :
ini memang program dengan anak yatim, pergi zoo taiping. tapi adam iskandar takde dalam gambar. rasa macam dah hilang jer gambar dengan dia :( |
Ishh, lembaplah tenet (internet) nih!!
Tenet slow laaa.
Aku pulak sensitif bila orang cakap tenet lembap, tenet slow. haha. Then, masa aku praktikal aritu member panggil aku 3#KakTon. Ini lawak. Sebab perangai aku macam kakton-kakton kot. Tapi aku rasa biasa jer. Kalau kat rumah pulak, aku suka pakai topi yang aku pakai pergi pangkor & langkawi aritu. Kalau nak kemas rumah ke, nak lap tingkap, nak jemur baju ke aku selalu guna topi ni. Dah akak ngan adik aku panggil aku 4#Budak Vietnam pulakk. Sampai everytime aku pakai diorang ejek-ejek.
Alahaii, budak vietnam ni, dia dah start daaa. (sambil gelakkan aku)
Teena, amikkan topi vietnam tu. (topi pun dah ada nama)
....sekarang aku ada nama baru 5#Teena Comal. Ok yang ni sebab aku yang gelarkan diri aku sendiri. Adik aku dia memang gelar diri dia 'Izzati Bijaksana'. Kadang-kadang Izzati Bijaksanasinisitu. Itu dia yang gelar sendiri laa. Aku pun nak jugak. So the name is 'Teena Comel'. But, aku tertypo masa whatsapp dengan dia, aku tertulis 'Teena Comal'. Apalagi habis kena bahan satu rumah. But nice jugak nama comal, so dah terbiasa.
ini haa topi vietnam yang aku suka pakai |
******
Hmm, lagi nak borak pasal apa lagi eh? *kepala pandang syiling, mata tertutup, dahi berkerut* Haaa, kain ela yang aku beli kat jakel aritu, takde orang nak jahit sebab tukang jahit tu sakit kaki. Gigih mak amik aku masa lunch call kat hospital dulu. Pastu rasa macam dah lambat, takut nak masuk kerja, nanti kena marah. So aku call Abu (partner time praktikal) suruh dia punch kan card aku masa balik nanti. Sebab dia selalu call aku jugak suruh punch card dia. Adik-adik sila jangan tiru perangai akak kau ni ehh.
Mungkin sebab aku tak masuk kerja petang tu Allah balas baju raya tu takde orang nak jahit. Dah la kain ela tu sekaligus untuk mak, aku & adik punya. Konon nak boria lah, last-last terbiar macam tu jer. Tak beraya la nampaknyaa.
*******
Cakap pasal praktikal kat hospital, dah dua bulan praktikal tu berakhir. Selepas hampir 10 bulan aku menelaah kat farmasi hospital tu, finally habis jugak *menangis*. Dan juga bermaksud tamat sudah pengajian Diploma Farmasi aku selama 3 tahun. Alhamdulillah. Dulu mula-mula masuk muka innocent, rehat 5 minit jer. Dah akhir-akhir praktikal malas dia kemain lagi. Siap ada 'Geng Kedai Lembap' lagi tu.
Sebab kedai makan yang kitorang lepak kat belakang hospital, lembap giler servis dia. Waiting hour dia 30 minit kot. Daripada takut, asyik tengok jam, nak masuk kerja takut kena marah. Dah tak rasa apa-apa. Rasa lagi seronok sebab lambat, dapat rehat lama-lama, dapat makan, dapat bergosip. Lagi sekali, tolong jangan ikut perangai akak ni ye adik-adik sekalian. Sebab tu aku ada buat tips seronok bekerja. Sebab aku rasa teruk nau perangai dah ni. T_T
********
Sampai sini sahajalah sesi borak-borak bersama KakTon@Teena Comal pada hari ni. Macam seronok la dapat tulis benda yang entah apa-apa. takde point pun sebenarnya. Tapi seronok bagi aku sorang jela, korang yang baca mesti boring giler kan? Sorry buang masa korang jer baca benda alah yang aku tulis ni, dah tutup, pergi sambung buat kerja yang terbengkalai tadi.
Teena oh Teena.. Hahaha. :)
ReplyDeleteYe saya, teena di sini :)
DeleteHaha..boleh tahan come back post ni Teena. Tapi topi tu memang beli kat Vietnam ke?
ReplyDeleteSekarang mesti tempahan baju kurung dah tutup untuk raya kan? Baru ingat nak jual kain pasang ciffon.. adeh..terlepas la nampak gayanya.
Macam best je praktikal korang! haha.. internship student kat ofis kitorang, kitorang lanyak sehabis boleh. Siap suruh present proposal depan HOD tu..hahaha. Tapi yup, masa rehat kitorang bagi kelonggaran..kesian katakan.. :P
Sambung kerja balik..kerja ape eh? oh, tido..kbai..zZZZzzzz
Haha, topi tu bukan beli kat vietnam. Tapi maybe bila saya pakai topi tu nampak macam buruh kasar vietnam. Yela buat kerja2 rumah pun sibuk sangat nak pakai topi ni. Baju raya tu saya beli yg dah siap punya jer kot, kalau bro ada jual baju yg dah siap, meh pos kat rumah. Haha.kitorang pun ada presentation kat hospital, tapi HOD takde, so org kedua selepas HOD tu yg observe. Nasib baik ok tau. Tapi masa last2 praktikal, memang dah takde disiplin langsung. Kbai, g sambung zzZZz
DeleteBaju dah siap ek? Menarik jugak tu.. Nanti nak kena tanya supplier..hehe. Untungla boleh sambung tido.. Sini dah masuk waktu kerja daa...
Deleteamboi pnjg btul bercerita...hee..tp klu kte pulak kan, kte lg prefer nama yg pndek, snang nk pggil..hee
ReplyDeleteHee, sebab ada keyboard yg best, tak perasan boleh jadi panjang pulak. Saya suka nama yang pelik2,sebab rare.
DeleteDh abis dip..bila konvonyer cik Teena?? Ekekekekek
ReplyDeletebtw...nama Teena simple , pendek n sng nak ingt compare nama syira nie ha....panjang berjela2...
Konvo insyaAllah bulan 11. Haha, masa mula2 dulu tak tau nak panggil apa. Sekarang dah biasa nak panggil Syira :)
Deletei ask people to call me by my nick name. Otherwise, macam2 version nama i jadinya... my nick name lagi senang nak sebut dari my real name.... hahahha...
ReplyDeleteOh, apa nama sis? Nick name saya memang nama saya, so takde panggilan yg boleh dipanggil lagi.huhu
Deleteso skrg apa aktiviti dik? bile mule keje ke dh mule keje?
ReplyDeletebiasalah tu seronok ada kwn2 seangkatan... yg gile2...
InsyaAllah kalau ada rezeki sy further degree, ni tengah tunggu panggilan. Jauh lagi perjalanan kak. Kawan-kawan seangkatan yang gila2 memang seronok kak, nak buat benda jahat ada geng! Hahaha
Deletehaha. topi vietnam.. comel aje
ReplyDeleteKakton kakton.. haha kelakar la -.-"
ReplyDeletenama kite lagi lah pendek. TASHIRA. cikgu pj kitorang selalu kata nama kite ni macam nama org jepun -.- erhhhh
ReplyDeletelepas ni sambung degree plak la dia.. good luck!
ReplyDeletehttp://strawberrysgurls.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award.html
ReplyDeletestyle gak panggil Kak Ton tu..hihi..
ReplyDeleteTahniah jugak sbb dh abes Dip :)
sama le..ada masa adehhh berchinta nak bukak blog..tapi bila dah bukak tak reti tututp hehe
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteTeena, akak rsa nama2 glamor (pleaseelah,hahaha) teena lagi ok kot. Takda la teruk2 bunyinya. Akak kat sekolah dulu, form 2, kitaorg satu kelas buat nama berasakan tumbuhan/herba. Tak pasal2 dpt nama 'karupelay' taktau nak ejanya mcmna. Tu daun kari..tapi bila sebut karupelay tu laju2, aihh, pelik ah,hahaha
Masa form 5 lagi best, nama berasakan haiwan plak.. kenapa la zaman sekolah ak mcmni,hahaha, akk dpt panggilan ayam. Ok lagi kot, ada tu dapat tenuk, siamang..ish3..
Laa..udoh habis ke praktikalnya. Rasa masa mula kenal teena, teena baru jugak la start prktikal..kejapnya.
Awat pelik nau nama tu kak? saya pun tak reti nak sebut.
Deletemasa saya start praktikal pun, blog ni masih baru lagi. Saya ada tulis pun experience masa mula2 praktikal kat sini. Kira kalau nak mengimbau kenangan lama, saya boleh baca entri dulu2. itu yang best ada blog ni ! i loike! haha
Teena topi vietnam itu rare betul ahahaha dulu kat sekolah kawan-kawan ejek syira pah pau, aku tk paham motip panggil pau. ahahaha
ReplyDeletehaippp...jgn malas2 kang kene babab kang heheheeheh
ReplyDeletealhamdulilah...tahniah...so pasni leh laa cari keje...ke nak sambung belajar lagi nieh?
Hahaha. Dah lame sgt, tu yg jadi malas. Plan saya nak sambung. Tengah tunggu tawaran lagi ni.
ReplyDeleterasa macam kena beli lappy baru jugak lah baru rajin nak update blog. thihi.. hai teena. ;)
ReplyDeleteHai awak :)
Deletetakde maknanya kalau ada lappy baru rajin nak update. Kalau dah malas tu memang tak boleh nak buat apa lagi dah. Haha
mcm menarik je projek tu??? ahahahaha XD
ReplyDeleteI wonder what project was that :3
macam2 betul nama org bagi kan3 XDD
tapi camana lah update blog tanpa keyboard? owhh no.. no way.. tak suka touch2 je.. susah... kalau lukis lain XD
best ke window 8 dgn touch screen? sbb Misaki mmg takleh nak masuk dengan touch2 laptop nih and kureng suka window 8 since nak kena hover baru leh nampak balik background desktop.. ahahaha
Hahaha. Itu projek memang terbaik punya! Masa dia lepas waktu lunch hari jumaat. Kan balik sekolah kul 12 pm. Org duduk asrama, waktu cmni haruslah digunakan dgn sebaiknya seperti projek 'ini'.
DeleteSusah giler nak taip guna keyboard on-screen tu. baik da ade lappy ni. Nice la sebab boleh touch, cepat sikit kerja, nak guna mouse agak lambat. Windows 8 aku rasa nampak lebih elegant & modern kot. Belum habis discover lagi. And tak tau nak komen apa sebab aku bukan orang IT. Hehe
hurmmm.... I wonder.. what project was that bwahahaha... secret ehh.... :3
Deleteahaha XD
ya ka? tak minat nak touch2 sangat nih.. :D rasa pakai mouse selesa or just tiuch pad dekat lappy XD hehe
tapi tak slesa pakai windoes 8.. dah try rasa nak hempuk laptop ahaha XDD
takpe2 cer discover lagi :D hehe (bukan org IT gak tapi suka main try2 sampai laptop rosak) ahaha
nowadays, mmg susah nak konsisten hapdet blog haa T__T
ReplyDeletekarangan spm yang penuh dengan celoteh, hehe. angkat baru satu lah kak uiii, jenis apple tu, kikikiki
ReplyDeleteBestnya jenjalan dengan anak yatim. Program apa tu? Nak join jugak! Hihi
ReplyDeleteSalam Teena. Lama tak jenguk. maaf busy exam. Bestnya pergi jalan2.
ReplyDeleteBtw, nak minta Teena punye full name and alamat rumah boleh? By tomorrow or the day after. Sebab lepas tu nak balik msia dah. Nak hantar card from russia to my fav readers :)
my email: ct.hajar91@yahoo.com
Rupanya ini blog Kak Ton... Kikiki :) zumal pernah dapat gelaran pelik jugak 'ketupat' entah mana terinspirasi pun tak tahu ^_^
ReplyDeleteseronok tengok muda2 dah jadi blogger yang bijak..best2...keep it up ya!! akk dah follow :)
ReplyDeleteif sufi follow me at http://ailzab.blogspot.com..tq