Assalamualaikum w.b.t.
Sebenarnya dah lama aku nak citer pasal trip ke Langkawi, tapi asyik lupe jer. Ini trip kitorang sekelas pada awal tahun lepas. Kira cerita ni dah basi, cuma aku nak abadikan kenangan tu dalam blog. Nasib baik aku simpan gambar-gambar ni, bolehlah buat kenangan nanti. Ni trip sekelas sebelum kitorang praktikal. Yelah dah semester akhir kan, haruslah berholiday sesame. Barulah geng!
My favourite photo. We (the whole class) decided to go for a holiday before the end of semester and our destination is Langkawi Island !
So, perjalanan kami bermula di dalam feri di Jeti Kuala Perlis. Excited jer muka diorang nak berholiday. Seriously, bangga gila dengan korang semua. Berdasarkan pengalaman beraktiviti bersama lain-lain persatuan, jarang antara mereka yang menepati masa. Tapi korang, telah buktikan yang student pharmacy sangat punctual!
Kalau korang nak tahu, beg aku yang paling besar. Dah ready awal-awal nanti nak isi barang shopping. Plus, mak aku pesan periuk grill ikan, tu yang besau tu. Kalau pergi sini, tapi tak beli apa-apa rugi wooo. Ada sorang classmate aku siap tumpang beg aku lagi, tapi dengan syarat kau angkat beg aku. Haha, thanks Azam!
Selepas urus tiket jeti, jumpa pak cik bas, settle duit segala bagai, kami pergi ke kilang minyak gamat. Sebenarnya ini adalah program persatuan farmasi, yang sebenarnya 'alasan' nak tengok pembuatan minyak gamat 'digunakan' bagi mendapat sedikit peruntukan dari pihak universiti. So kami ke sini ambil gambar sikit sebagai laporan, shopping sikit, then terus blah.
Kat Cable Car kita boleh jalan lama sikit. Ye, aku sorang jer yang 'ada' dalam gambar ni, sebab banyak kamera nak ambil gambar kami.
Bergambar kejap. Yang baju merah tu memang giler kamera tau.
Aku tak ingat siapa, tapi ada sorang member aku ni sandal dia ter-rosak. Kat atas ni jugak dia nak rosak kan, nasib baik ada member-member lain yang supportive tolong betulkan jap. Pastu turun bawah, terus beli baru.
Inilah bilik aku ! Sebelah tu bilik budak laki.
Petang tu kitowang jalan-jalan jap. With Iwa Cik Nina. Rindulah kat kau Iwa.
Pada sebelah malam pula kitorang ada makan-makan BBQ. Sementara nak menunggu kami sekelas main 'truth or dare', then ada sesi tukar-tukar hadiah. Rasa holiday kat sini merapatkan ukhwah kami sekelas. Rasa rapat sangat.
Pada malam tu jugak geng budak laki mainkan lagu. Diorang bawak gitar, tapi aku tak reti main. Tengok lah tu even pegang gitar pun tak betul.
Keesokan harinya adalah aktiviti di laut. Kami round-round area pulau.
Naik paddle boat di Tasik Dayang Bunting. Time ni lawak sebab hampir 8 bot yang kitorang naik buat 1 barisan kat tengah-tengah tasik tu macam gambar kat atas ni. Ada jugak antara kami yang terkandas setelah memasuki kawasan mandi kanak-kanak. Kecoh kot masa tu. Macam kanak-kanak ribena pun ada.
Topi itu penting ye. Geng baju coklat except yang kuning tu. Ala Cik Sal ni spoil laaa, pakai la baju coklat jugak.
Ahh, mata silau without my spec! gaya macam kena ikat tangan kat dinding.
Sebelum naik banana boat. Lagi sekali topi memainkan peranan penting ye.
Jap, aku yang mana satu eh? Ahh, tak ingat dah tapi best gilerr especially time dia terbalikkan kitowang ke laut. Lepastu ada member naik Parasailing. Tapi aku tak naik pun.
Pagi itu kami ada sukaneka di tepi pantai. Mat salih yang makan dari sini macam tengah tengok tv pulak bila kami main betul-betul depan tempat diorang makan.
Rasanya ni tengah lukis gelanggang bola tampar. Dengan baju tidurnya. Dengan tak mandi lagi time ni. Seluar tu aku beli kat pasar malam tepi pantai sebab semua seluar basah masa mandi laut. Tapi dah buang sebab dia dah koyak masa aku pergi Pangkor aritu.
Sesi memanaskan badan. Bersedia untuk bersukan. Aku lead untuk sesi senamrobik. Macam lawak jer.
Lepas check out, masa untuk shopping! Penat giler time ni sampat tak larat nak jalan dah.
Overall, best giler-giler holiday ini. Semua aktiviti yang dirancang berjalan mengikut racangan. Terima kasih Qiqi selaku pengarah projek. Walaupun penat beberapa minggu sebelum nak ke Langkawi, dengan test yang berlambak sebelum itu. Tapi bila dah sampai sini, segala kepenatan rasa hilang. Thanks to all ! Percutian yang sangat seronok! Ahh rindunyerr !
Kelas A, Farmasi Part 4, kecoh gila terutamanya dalam dewan kuliah & kelas. Itu yang membuatkan kelas kita lebih meriah.
ceria nyer...kite tak pernah sampai lagi kat langkawi..
ReplyDeletennt dah ada family sdiri, blh p lg skali..feel holiday ms bujang dgn berkeluarga sgt2 berbeza..tp yg penting kite enjoy!!!!
ReplyDeleteDah lama juga (dah 2 tahun lebih) tak ke Langkawi...
ReplyDeleteHavoc gila!
ReplyDeletelamanya x pi langkawi... last tahun 2002 kot...
ReplyDeletemeriah nyer....bunda pun tak pernah lagi sampai ke Pulau Langkawi....
ReplyDeleteperghhhh perghhhh seronok ni seronok!!
ReplyDeleteSeronoknya dapat jenjalan dengan kengkawan satu kelas. Happy betul dia :)
ReplyDeletejeles tahap sesak nafas dah ni.. insyaAllah, lpas kiteowang habis part 6.. kiteowang pun planning nk wat cenggini.. heee
ReplyDeletewah bestnya ,, dulu time pergi Langkawi ,, tak sempat pergi pantai pun ,, apatah lagi Island Hopping tu ,, T.T hope one day dapat pergi sana lagi ,, :D
ReplyDeleteWah bestnya.. smua tmpat ni Abak pnah pgi..lawatan dgn rakan seklas..
ReplyDeleteramainyer.. saya dulu masa pi langkawi dengan member sekuliah, yg jadi pi last2 tinggl 4 orang je.. hehehe. tapi best jugak..
ReplyDeleteuih! tungnyaaa hehe, best!
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteSeronok dapat bercuti dgn classmate. Nanti tgk balik gmbr2 ni lepas 4,5 tahun, mahu hati jadi sayu,hehe
bestnya kak Langkawi. ee last pergi masa 2009. hahaha lama dah tak pergi vacation. hmph TT__TT
ReplyDeletelangkawi memang best kalo pergi ramai- ramai..hehehe
ReplyDeletebestnya pergi langkawi ngan kengkawan. ramai-ramai lak tu. jeles kita :3
ReplyDeleteBenda yang paling best, shopping coklat. huhuhu
ReplyDeletemmg best pi langkawi...rasa nak pi lagi jer..hehe
ReplyDelete