Monday, 24 June 2013

Ikhlaskan NIAT

Assalamualaikum
Salam nisfu Syaaban

Hello uollz!!! Mesti hari ni ramai yang berpuasa sempena nisfu syaaban kan termasuklah aku. Alhamdulillah. Dan dah lama jugak aku tak citer pasal praktikal aku kat farmasi. Hari ni rasanya Dia telah memakbulkan doa aku, berkat doa malam nisfu Syaaban. 

Hari ni adalah hari pertama aku berpuasa sejak aku menjalani praktikal di Hospital Melaka. Memandangkan aku sekarang bertugas di OPD (Outpatient Department), iaitu unit yg paling busy dalam dunia hiperbola sangat ni, aku dah jarang puasa sebab takut tak dapat bertahan sebelum waktu berbuka nanti. Ermm, teruk kan aku. Sebelum ni pernah jugak nk puasa tapi setengah jalan jer sebab *****. 

Minggu ni jugak aku ditugaskan semasa 'lunch hour', means aku dapat rehat pukul 2 pm. Dari pagi buat kerja sampai pukul 2 agak tough jugak la tapi ada rehat kul 10 am. Baru tengah hari, perut aku ni dah 'merengek', ni tak boleh jadi ni, kena kuatkan semangat!!! Tepat jam pukul 2 terus aku keluar, solat + munajat + doa jap. Then, around 2.45 pm, aku ingat nak relax2 kt pantri sementara ada 15 minit lagi. 

Tapi belum sempat aku nak masuk, bos, Mr. Joseph tanya aku ada kerja ke tak, aku cakap lah takde. (Takde bermaksud bukan takde kerja tapi takde komitmen lain) lepastu dia mintak aku tolong jadi kerani sementara sebab kerani yg sebenar pergi kursus. Aku no hal, cuma risau jugak sebab takut takde orang nak tolong assist akak yg kat kaunter ubat sebab minggu ni aku kena tolong dia. Lepastu Mr. Joseph suruh aku duduk kat kerusi yang sangat empuk, "you duduk sini, jaga telefon, kalau ada orang call you angkat", erk?? Itu jer ke kerja aku? Iyee itu jer yang perlu aku buat. Time tu rasa BERSYUKUR sangat. Allah dah makbulkan doa aku agar dipermudah segala urusan pada hari ini.

Selalunya aku akan hadap Loratadine 10 mg, Simvastatin 40 mg, Ezetimibe, Cardura, Warfarin, Trimetazidine & segala mak nenek nama ubat yang perlu dihafal. Tapi petang tadi hanya tengok dinding, baca lah apa2 surat yang ada kat atas meja tu, nk hilangkan kebosanan, tunggu orang call takde pulak. Kalau ada orang hantar surat untuk despatch, jaga lah surat tu, jadi kerani lah katakan. Waaah! Heaven giler, terima kasih ya Allah, Kau telah makbulkan doa hambaMu ini. 

Sebenarnya dari malam tadi aku dah semangat nak ber'nisfu Syaaban', lepas qiam & sahur terus berjaga. Nak pergi kerja pun pagi tadi dengan penuh semangat keikhlasan nak tolong merawat pesakit di hospital. Insya Allah kalau kita buat sesuatu kerja dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan, Allah akan permudahkan segala urusan kita. Sekali kita mengingatiNya, Allah akan lebih mengingati hambaNya. 

Kepada yang berpuasa hari ni aku ucapkan selamat berbuka. Semoga Dia menerima segala amalan yang kita lakukan pada hari ini. Cerita ni aku kasi tau bukan sebab nak menunjuk, tapi sebagai pengajaran untuk kita bersama. Semoga kita diberkati di bulan Rejab, Syaaban & dipertemukan dengan Ramadhan Karim...aminnn

Salam nisfu Syaaban

18 comments:

  1. selamat berpuasa sis
    x lama lg bulan ramadhan..semangat
    aah ikhlaskan niat dlm buat tugasan apapun
    moga sentiasa diberkati olehNya

    ReplyDelete
  2. Selamat berpuasa tina.. :)

    ReplyDelete
  3. niat yg baik ada kebarangkalian yang besar untuk dimakbulkan

    ReplyDelete
  4. bagusnya ... niat yang baik nak pegi ofis tadi telah spoil dengan sikap orang suka mendesak untuk menjadi macam orang sebelum ni ..

    sedihnyaaa ... nak habis pract ...
    ada tips tak ? nak bagi masa pract ni sangat menyeronokkan ??? huhu

    ReplyDelete
  5. insyaAllah. Bila niat ikhlas, insyaAllah dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  6. niat pun dah dapat pahala.. belum buat lagi.. lagi besar kalau buat

    ReplyDelete
  7. wahhh kite satu kos. tp sy dip loma je. maybe keja as penolong.. :)

    ReplyDelete
  8. betul tu dik, kalau niat kita ikhlas, InsyaAllah dipermudahkan segalanya...

    ReplyDelete
  9. Amin :) alhamdulillah, jika niat kita baik, pasti dpermudahkn Allah..

    ReplyDelete
  10. semoga u dpt mengharungi cabran berpuasa dlm keletihan n mengantuk dgn jayanya di hospital. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  11. Selamat berpuasa kepada yang berpuasa :)

    ReplyDelete
  12. arini puasa tak dik? tiap keje mmg ada cabaran nyer masing2 kan, tpaksa redha menghadapi tp mana tau lama2 jd mudah kn

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Teena.

    Alhamdulillah.. dapat lalui puasa dgn baik..

    Memang betul, bila kita pasangkan niat yg baik, insyaAllah, Allah sentiasa lorongkan jalan untuk kita.

    ReplyDelete
  14. hai Teena. baru dapat jenguk blog teena hari ni. maafkan saya...hehehe.
    semoga Allah sentias permudahkan urusan kita

    ReplyDelete
  15. selamat bermanja dgn ubat2an ye..

    ReplyDelete
  16. Salam nisfu sya'ban balik.. :)

    ReplyDelete
  17. InsyaALLAH niat yg baik pasti akan de gnjrn yg lbih nikmat menanti

    ReplyDelete