Friday, 5 June 2015

Bercinta Selepas Nikah

Assalamualaikum

Ok, hari ni aku ada satu cerita. Tak tau kenapa, tapi aku jenis yang kalau dah guna satu barang tu, memang akan guna sebetul-betulnya. Tak kisahlah barang tu dah rosak sikit pun, selagi boleh guna, memang aku akan guna hingga ke akhir riwayat dia. Ala, orang cakap macam ada 'sentimental value' lah.

Contoh, purse aku. Dah lama kot aku guna purse tu. Sejak zaman aku habis SPM sampai laa ni dah habis diploma, dah masuk degree pun masih guna purse yang sama. Seingat aku, tu duit gaji pertama aku beli masa kerja part time lepas SPM. Nak kata dah uzur purse ni, takdelah sangat. Cuma kadang-kadang susah jugak aku nak carik duit syiling kat dalam tu, entah ceruk mana dia terselit. Hehe. Macam aku cakap, selagi boleh guna, aku akan guna sepenuhnya weh.

Then, aritu masa pergi teambuilding kat Morib. Jurulatih tu sorang jer cakap 'ni lepas ni dah boleh beli kasut baru'. Tak sangka dia perasan kasut yang aku pakai dah terkoyak sikit. Tapi memang aku sengaja bawak kasut tu. Nanti kalau bawak kasut baru, pastu buat aktiviti lasak, kotor. Dah alang-alang nak rosak, meh aku rosakkan betul-betul time tu. Pastu aku tengok takdelah koyak mana. Aku sanggup amik risiko pakai kasut tu masa naik Broga pulak. Alhamdulillah, the shoes can survived with me =)

Baru-baru ni kawan aku asyik bising suruh aku beli botol air baru. Botol tu memang dah berkali-kali aku TER-jatuhkan. Mula-mula tali dia tercabut, pastu penutup tersobek sikit, sekarang aku kena pegang betul-betul, sikit lagi senang je nak tertumpah. Aku cakap kat kawan tu, tunggu next sem lah beli baru. Sayang kot, sejak sem 1 aku dah guna botol tu, tiba-tiba nak guna yang baru. Banyak kenangan aku dengan botol tu. Sekarang kawan aku dah belikan satu botol air khas untuk aku. Tapi sem tak habis lagi, tunggu next sem, baru aku guna.

Nak kata kedekut tu, entahlah. Boleh jer kalau nak beli baru ganti yang lama. But the value is different with the old one. Barang-barang tu semua dah banyak berjasa kat aku. Ke hulu, ke hilir aku guna diorang. Banyak jasa diorang kat aku. Tak kisah lah orang nak cakap apa, tapi memang aku sayang barang-barang aku. 

Ye aku tahu cerita aku ni langsung takde kena-mengena dengan tajuk entri. Ceruk mana lah pulak kan  kaitan purse, kasut, botol air dengan nikah. Nak buat hantaran ke? Takkkkk.


Ni dua tiga hari ni aku selalulah TER-tengok cerita kat astro oasis 'Bercinta Selepas Nikah'. Ada satu pengisian dari salah seorang panel, aku tak ingat siapa. Dia ada tanya pada pasangan suami isteri yang dah 80 tahun, tapi masih kekal bersama sampai ke usia emas ini. 

Soalan dia : Apa rahsia perkahwinan pakcik makcik tetap utuh hingga sekarang? Sebab sekarang banyak kes cerai-berai.

Jawapan mereka : Pada zaman kami dahulu, kalau ada barang yang rosak, kami baiki. Bukan buang. Kalau dalam perkahwinan kami ada masalah, kami baiki mana yang boleh kami betulkan kat diri masing-masing.

Terus aku teringat zaman kita sekarang, sikit-sikit nak beli baru, yang lama jual. Contoh, gajet-gajet yang kita guna sekarang. Phone rosak sikit. Terus beli baru. Padahal boleh repair lagi. Tapi kos repair lagi mahal dari beli yang baru. Memang patut kena beli baru pun. Kekeke. 

But there's always exceptions in some cases.

Dalam aku tulis entri panjang-panjang ni aku sebenarnya just nak tekankan yang tulisan yang warna biru (soalan & jawapan) tu jer.

Jawapan simple, tapi deep der !







Love,
Teena Tna

19 comments:

  1. suka sangat ngn tulisan kaler biru tu...

    ReplyDelete
  2. Betul.. komunikasi 2 hala penting antara pasangan bagi menceriakan lagi keadaan alam rumahtangga.. normallah gaduh tu tapi how to solve it tu yang penting..
    Part guna barang selagi boleh tu.. bukan sebab kedekut tapi buat apa nak buang andai ianya masih boleh berjasa kecuali kalau ianya mengganggu rutin harian.. ha.. memang patutlah tukar baru..

    ReplyDelete
  3. A good mesaage. Dan bagus sangat cara tu Teena. At least tak membazir. Btw, ingat nak hantar kad jemputan. hehe. Gurau2 ^_^

    ReplyDelete
  4. aku rasa aku pun ada perangai camni. entah kenapa aku lagi suka pakai barang yang memang dah lama aku pakai sebab biasanya barang yg lama aku pakai ni la yg aku rasa selesa dan aku still happy bila dapat pakai lagi....member2 aku, org sekeliling pun kadang2 suka suruh aku tukar kasut baru sebab nampak dah buruk.

    Tapi aku still rasa best pakai kasut aku tu...Bila ada perangai camni org nampak mcm kedekut tapi sebenarnya diorang x faham yg aku malas nak membazir dan aku kalau dah suka pakai satu benda tu memang tunggu end of its useful life la baru aku ganti baru...

    nice entry btw :)

    ReplyDelete
  5. terkesan jgk baca post ni! yup, mmg rasa syg kalau nak bepisaj dgn barang yg dh banyak bejasa, lg lg botol air tu kan. saya pun sama, botol air tulah yg saya genggam erat masa tejatuh haritu. dia calar sikit dan saya pun calar. sama sama calar, nak peluk botol air huhu :'(

    nice from you, keep sharing ok? :)

    ReplyDelete
  6. terkesan jgk baca post ni! yup, mmg rasa syg kalau nak bepisaj dgn barang yg dh banyak bejasa, lg lg botol air tu kan. saya pun sama, botol air tulah yg saya genggam erat masa tejatuh haritu. dia calar sikit dan saya pun calar. sama sama calar, nak peluk botol air huhu :'(

    nice from you, keep sharing ok? :)

    ReplyDelete
  7. deep jugaklah post ni. sebab hazy memang suka pakai barang baru. hahaha.
    tapi ada certain benda yang memang guna sebab ada sentimental value. contoh: pensel tekan yang guna masa jawab SPM. tu kira macam pembakar semangat lah tu. hazy guna sampailah pensel tu hilang. huhuhu.

    ReplyDelete
  8. "Tapi kos repair lagi mahal dari beli yang baru."

    tu paling deep Sya rase. hoho

    ReplyDelete
  9. deep. thanks for sharing =D

    ReplyDelete
  10. pada akak, tepuk sebelah tangan takkan berbunyi...kalau dua2 pihak memang dah komited, InshaAllah it can work through high and low of marriage. Tapi kalo satu pihak je, memang susah la nak dikekalkan...

    ReplyDelete
  11. hahaha. apa niii tinaa. baru semangat baca tajuk ingatkan nak cerita pasal apa hahaha

    ReplyDelete
  12. hah..mmg deep. tq. ni sikit2 gaduh..nk putus..apehal. tampan kang abru tau

    ReplyDelete
  13. dalam hubungan mmg kene tolak ansur, maaf memaafi, sentiasa perbaiki diri...insyAllah kekal selamanya!

    singgah blogwalking! salam perkenalan!

    ReplyDelete
  14. sgt2 bermakna entri ni.. bukan mudah nak membina rumah tangga tp kena byk sabar. seeloknya bercinta lepas nikah ni lg sweet. Happy birthday teena ! walaupun dh lewat, eeheee

    ReplyDelete
  15. fuh, tajuk suspen betul.. hahaha..
    kita geng... sayang nak tukar baru. kecuali kalau barang tu dah teruk dan menyusahkan balik kalau tak tukar....

    ReplyDelete
  16. deep betul yg tulisan biru tu...(insaf sendiri)

    ReplyDelete
  17. Jom Singgah Blog Saya

    Koleksi Resepi emak
    http://koleksiresepiemak.blogspot.com/

    Info Muzik Terbaru
    http://muzikmp3terbaru.blogspot.com/

    Info Filem Terkini
    http://filemhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete