Friday, 26 December 2014

Hari Konvo Saya

Assalamualaikum w.b.t.

Sekarang kita akan masuk ke sebuah mesin masa. Sila bersedia dan pakai tali pinggang keselamatan masing-masing. Are u ready? Nak buat apa naik mesin masa ni? Iolls nak bawak uolls semua kembali pada tarikh 7/12/2014. Sebab iolss baru jer konvo ihiks!

Eleh feeling macam nak nikah lettew gantung baju kat tingkap ni. Hahaha, kasi kite chance sikit laa. Sejujurnya perasaan masa mula-mula nak masuk U dulu sangat-sangat tak sama dengan perasaan sekarang. Masing-masing ade cerita dia sendiri. Begitu juga aku. 

Hmm, nak dipendekkan cerita secara rasminya aku dah berjaya menamatkan pengajian Diploma Farmasi di UiTM Pulau Pinang selama 3 tahun. Dan sekarang masih dalam pengajian Bachelor in Pharmacy di UiTM Puncak Alam. Alhamdulillah dapat kos yang sama. 


Alhamdulillah mak dengan ayah pun dapat merasa pakai jubah ni. Alah sebenarnya kat rumah dah berlambak jubah kat almari mak, ayah pun sama jugak. Setiap kali pergi masjid mesti pakai jubah lain-lain. Kalau seminggu tu, memang 7 jubahlah jugak pakai. Masa hari nak kutip jubah konvo aritu, excited kot, terharu pun ada jugak.. Yelah dah belajar penat-penat, at least ada hari konvo ni, rasa macam hari 'meraikan' kita. Ya Allah terima kasih mak terima kasih ayah yang menyokong apa jua yang aku lakukan. Yang sentiasa berada di belakang bagi semangat, doa, dan nasihat dekat aku. Ini hari mereka sebenarnya. *terharu*

Tak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak menolong, tak kisah lah tolong siapkan assignment ke, tolong ajar aku ke, terima kasih korang! Amboi masing-masing seronok sangat nampaknya.


Haa ni semua bakal Pharmacist. Dulu sama belajar kat Penang, sekarang jumpa lagi kat Puncak Alam. 

Amboi hampa suma, riang sungguh noh. Semua senyum sampai ke telinga. 

Geng study group. Cik Mah pandang manee tuu...Tak cukup korum sebenarnya :(

my family <3 <3 <3


Le siblings. Ini namanya satu keluarga berkonvo tahu. Pastu semua duk tukar profie picture kat fesbuk. Aku jugak dah bertahun-tahun istiqamah dengan gambar yang sama. Setakat ni 4 tahun tak bertukar, masih gambar yang sama. Tunggu kahwin la baru tukar profile picture boleh tak? =P

Oklah cukuplah bergambar tu teenaaa. Nanti konvo degree boleh lagi nak posing style lain pulak. Sebenarnya kite takut tak sempat or tak dapat attend konvo degree nanti (insyaAllah do pray for me in my studies now). Sebab tu kite kalau boleh nak penuhkan memori kamera dengan gambar konvo jer. hehe.

Kita tak tahu apa yang bakal kita lalui di masa hadapan. Tapi kita kena yakin Allah dah tetapkan apa yang terbaik untuk kita. Mungkin masa itu hikmahnya belum kita jumpa, namun percayalah, lama-kelamaan anda sendiri akan 'nampak' hikmah' itu. Pada masa itu baru anda rasa bersyukur kenapa Allah campakkan kita untuk berada di situasi itu. Tak perlu persoalkan, Dia Maha Mengetahui. Pasrah itu menyerah, REDHA ITU IKHLAS. (Eh, ombak rindu?)

#KakTonComel   =)




toodles,
Teena Tna

18 comments:

  1. tahniah!
    nt konvo utk degree plak..
    =)

    ReplyDelete
  2. Tahniah Teena! untie pun tak sabar nak tunggu hari Konvo anak-anak untie tahun depan. Satu dalam negara dan satu lagi luar negara.

    ReplyDelete
  3. Tahniah di atas kejayaan..

    psstt: Puncak Alam.. eeemm.. tak jauh dari rumah akak.. ;)

    ReplyDelete
  4. Tahniah. Good luck for your future dear :)
    Jemput singgah : Banjir Malaysia Masuk 9GAG??!

    ReplyDelete
  5. Tahniah Teena, kerjaya farmasis kerjaya mulia , membantu orang sakit....

    ReplyDelete
  6. dah up entry konvo tuu takleh jadi ni. haha. malasnyaaa nk update sibuk study acah2 jeww haha

    ReplyDelete
  7. err, pergi masjid pakai jubah konvo ker ? huhuhu,, by the way ,, tahniah,, selamat maju jaya di masa akan datang , :D

    ReplyDelete
  8. Assalam teena..lama x jenguk sini..bz sngt kot..huuu.
    tahniah!! da kobo..kejayaan awk pencetus inspirasi kepada adik2 yg lain..cayokk :)

    ReplyDelete
  9. wahhhh congrats sis!! hehehehe abang sara haritu pun baru je habis diploma kat uitam pulau pinang, course civil engineering. now di uitm shah alam. degree pulaa. hehehehe btw, blogwalking sini akak :D do follow back. hehehe

    http://sarahhijabista.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. Ohhhh.... diploma pun ada topi jugak yer TT.....Apa pun tahniah! Selain menggembirakan diri sendiri kita juga dpt menggembirakan ibu ayah ....
    Senang ke susah tu belajar Farmasi

    ReplyDelete