Assalamualaikum
Haa kali ni aku nak sambung cerita pasal trip ke Penang itu hari. Sebenarnya aku dah aim awal-awal mana tempat yang perlu pergi. Kalau sebelum ni aku dah pernah pergi tempat tu, kali ni tak perlu rasanya nak datang situ lagi. Nak jimat masa kononnya. KECUALI tempat makan-makan. Yang ni ceq pergi berapa kali pun ceq takkan bosan, malah ceq lagi gembira.
1. Char Koew Teow Sungai Dua
Siapa yang datang Penang tapi tak singgah makan char koew teow (CKT) memang rugi lah. Bagi aku CKT kat Penang sangat special, kau makan kat tempat lain pun rasa dia tak sama. Sini tempat paling famous kat Sungai Dua. Kalau hang tak tau mana tempat ni, hang tanya orang sana. Gerenti dorang tahu punya.
2. King Burger, De Pauh Garden
Kat sini selalu orang makan western food. Tapi aku lebih berminat dengan burger dia. Boleh share 4-5 orang. Sama macam kat char koew teow sungai dua, sini pun orang tak henti-henti datang ke sini. Kena amik turn dulu sebab meja sentiasa penuh.
3. Pasembuq, Padang Kota
Pasembuq ni lebih kurang macam rojak jugak, cuma isi dia lain sikit. Yang ni ayah aku paling suka. Kitorang tolong makan jer.
4. Jeruk Madu Pak Ali
Ni adalah benda yang wajib dibeli dari penang-melaka waktu zaman belajar dulu. Kira macam buah tangan laa. Akak ngan ayah aku memang hantu jeruk. Kadang-kadang ada sedara yang awal-awal pesan suruh belikan.
dah macam bola pun ada. comeell...
Basically, ini antara makanan yang aku suka dan tahu. Rasanya ada lagi tempat makanan yang lagi best kat Penang, cuma aku yang tak habis explore lagi. Ni bulan Disember pakat mai datang Penang. Ada Pesta Penang!
tetiba rasa lapar datang sini. hahahah :P
ReplyDeletetetiba rasa lapar datang sini. hahahah :P
ReplyDeleteBelum pernah sampai ke Penang.. Huhihi
ReplyDeletemai terjah tgk mknn...hihihi...
ReplyDeletejeruk tu kwn buat desert ms knduri kwin dia kt keyel.yg tu abes dl.pkl 12 letak pkl 2 dh abes.org dok kerumun ambik jeruk ja
bagus betul owner kedai char kuey teow tu ,, "telur ayam di basuh" ,, nampak sangat ada sesetengah peniaga yang langsung tak meniitikberatkan kebersihan .. cuma 1 dan 2 sahaja tak try, yang lain semua dah try masa pergi penang dulu ,, :D
ReplyDeleteOkey..dah siap save dah..ni wajib g..hehe
ReplyDeleteperkh semua tu sgt memikat hati... melelh ayaq liur
ReplyDeletebolehlah dijadikan panduan bila saya ke penang nnt... stakat ni mmg tak pernah jejak ke sana.
ReplyDeleteYang paling fave tu lah, char kuew teow.. memang kene aim tempat siap2 kalau pergi sana ni.. hihi :)
ReplyDeleteSiyes sedap giler CKT situ. Kawan ana la cakap. Ana tak sampai sane lagi. Huhu
ReplyDeleteMasa pergi Penang 2 tahun sudah jenuh cari Char Kuew Teow Penang ....sampai sudah tak jumpa TT....Tak pe, lepas ni kalau pergi Penang lagi okje akan pastikan pergi tempat yg TT cadangkan tu
ReplyDelete