Thursday, 25 September 2014

Adaptation Mode

Assalamualaikum...

Ya Allah, rindunya dekat blog ni! Dah lama rasanya tak membebel, berborak, bercerita macam 'Kak Ton' kat sini. On my previous entry, i've said that i'll further my studies kan? Alhamdulillah aku ditawarkan untuk sambung belajar dalam program Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) di UITM Puncak Alam

Kalau korang masih ingat, dulu kan aku ada share cerita-cerita pasal praktikal kat farmasi hospital, masa tu aku masih diploma lagi. Dan masa tu takut sangat kalau tak dapat nak sambung degree farmasi ni, hanya mampu berdoa & bertawakal jer. So bila hari result kemasukan degree keluar, aku ada kat Pulau Perhentian nak bercuti kononnya, padahal dalam hati takuuttt sangat. Kawan-kawan tanya,

"Teena, kau dah check result tak?"
"Teena, kau dapat tak? Si x,y,z dapat !!!"

Masa tu serius tak tenteram aku nak main kat laut. Pastu kawan aku checkkan result aku (tq Mira!!) dan aku berjaya. Syukur Alhamdulillah....menitis air mata. Tapi disebabkan aku pakai spec hitam, kawan-kawan aku tak nampak aku tengah nangis.

"Eh Teena, peluh kau menitiklah, habis sunblock kau pakai tadi dah cair."

"Itu air mata aku laaa  -_'-  "

"Oh okay, sorry, take your time. Btw, kau nangis pun muka kau comellah."

Haha, harapnya ayat yang last tu tak obvious sangat kot aku nak menipu. LOLOL. Sekarang dah 3 minggu aku bergelar pelajar semula setelah hampir setahun setengah tak perah otak untuk belajar. Masih dalam adaptation mode, sedang cuba untuk sesuaikan diri dengan environment baru, tempat baru, dan masih tercari-cari cara yang sesuai untuk belajar. Kalau dulu masa diploma subjek kira boleh tahan senanglah jugak, tapi bila dah degree ni banyak benda nak kena baca, pastu ada subjek yang aku sendiri tak tahu apa yang aku tak tahu. Terasa sangat loser. Tapi ok laa, ada jugak subjek yang dulu dah pernah belajar, dah pernah buat praktikal, so di sini ada pro & cons. 

Pasal tempat belajar? Bangunan-bangunan kat sini sangat lawa. Rasa macam aku berada di sebuah bandar yang sangat maju & moden. Cuma aku fobia dengan tangga-tangga kat sini - tangga kejayaan@tangga batu caves. Pastu nak naik library ada tangga lagi, dah sampai library pun ada tangga lagi! Selamat bilik aku tu kena naik lif, sampai bilik dah 'pancit'. Disebabkan kolej aku terletak di puncak, bila tidur malam-malam sangat best, sejuk, nyenyak, nyaman. Alih-alih bangun jer dah terang. Haha, sekarang awal sem boleh laa cakap dapat tidur nyenyak, esok-esok dah start busy tak tahulah sempat nak tidur ke tak. 

Jom tengok gambar(s) yang sempat aku snap.


Some of the buildings. Actually there are more buildings!

Tangga kejayaan. Yang aku fobia sangat tu. Fuhhh...

Kad rapidKL. Kalau malas nak naik tangga, bas rapid ada disediakan.

Setiap petang bumi palam akan bermandikan hujan

Pemandangan dari tingkap bilik. Kolej Angsana 1, tingkat 6.

Sunset. At 7.45 pm i guess.

My leisure spot after the class!!!!

Walaupun 'seronok' naik turun tangga, masih mampu untuk ber-jogging pada waktu petang. Credit to Dijah & Azwa. Tak lupa juga Cik Sal  =)

Because i love GREENS.

And of course i LOVE them too !!




P/S - Setiap hari aku berdoa supaya kami (aku & kawan-kawan sebatch) dapat sambung belajar dalam bidang farmasi. Alhamdulillah hampir 50% dapat bidang ini juga. Kalau kita nak berjaya, biarlah kita berjaya secara berjemaah juga, barulah best. 

Ya Allah, permudahkanlah urusanku. Wish me luck  =)



Love,
Teena Tna.

38 comments:

  1. Berlajar sungguh-sungguh ya! sampai berjaya menggenggam ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) tu! Untie pernah sampai ke UiTM Puncak Alam tu... Besar dan cantik tempatnya... moga ianya memberi ketenangan dan semangat untuk Teena berjaya mengejar cita-cita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah, terima kasih untie atas nasihat. semoga kami berjaya mengejar cita-cita. doakan kami untie. (tiba2 rasa rindu kat mak saya)

      Delete
  2. Tahniah... Nanti kalau dah dapat degree dan saya sakit nak minta nasihat ubat yg sesuai diambil dari Teena boleh kan..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, boleehh. tapi jauh lagi perjalanan saya. insyaAllah suatu hari nanti. doakan saya berjaya =)

      Delete
  3. seronok bergelar undergraduate student teena...seeze the moment to learn everything... nanti dah keje, x leh nak huha huha sgt dah... hehehehe...good luck dik!

    ReplyDelete
  4. tahniah sbb dpt sambung belajar.

    ReplyDelete
  5. Wish u GudLuck.. :) All the best ye :)

    ReplyDelete
  6. Tahniah dapat sambung belajar ! Fatin pun student uitm puncak alam jugak, buat degree kat situ :)

    ReplyDelete
  7. Goodluck! Ana pernah gi uitm puncak alam. Tempat baru kan? Best tempat dia. Nyaman je rasa. Ana ade kenal sorang student sane, dia bahagian pelancongan camtu la. ^_^ all the best kak!

    ReplyDelete
  8. ggod teena .. moga awak berjaya dgn kawan².. insyaallah.. yg penting jgn main² belajar...

    ReplyDelete
  9. Good luck kak Teena! Moga segala urusan dipermudahkan dan selamat hari raya.. :)

    ReplyDelete
  10. all the best pharmacist-to be! ^^

    ReplyDelete
  11. tahniah teena.. akhirnya tercapai juga. kazen nina pun kt puncak alam juga. cantikkan bangunan kt sana :)

    ReplyDelete
  12. Congratz Teena. Semoga sentiasa aktif dalam mendaki tangga UITM Puncak Alam tu. hehehe.

    ReplyDelete
  13. Wah tahniah dan good luck.. stdy leklok ye..

    ReplyDelete
  14. tahniah dapat sambung degree. tinggi betul tangga kejayaan :)

    ReplyDelete
  15. Woahhhh .. Panjangnya tangga . Mmg xleh pakai kasut bertumit, mau pañcit sparuh jln ..hahahaaa. Pakai kasut sport ja la g kelas .. Huhuhuu .. Salam aidil adha and good luck , semoga dipermudahkn sgla urusan .

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah.. tahniah teena.. all the best utk sem ini ye. :D

    ReplyDelete
  17. alhamdulillah...tahniah..

    #tgk tangga tu mcm jauh jer....hehe

    ReplyDelete
  18. Wahh lawanya kampus.. tangga tu mcm dasyat juga lah haha..
    Pergi library naik tangga tu yg bagus, kira usaha ke arah kejayaan tak ke gitu? xD

    p/s: Selamat Hari Raya Aidiladha~

    ReplyDelete
  19. cantiknyaaa palam! kita selalu baca student palam beborak kat twitter. akhirnya dapat tengok jugak persekitaran and tangga hikmat dia. hahahaa best best. salam ziarahh di pagi selasa hihi

    ReplyDelete
  20. Tahniah & all d best yunk, stilleto mmg kne lupakan bila tgk tangga cam gitu....^_^

    ReplyDelete
  21. tahniak dik... seronoknya tengok orang masuk belajar... rindu zaman kami doulu2. eh uitm mmg lawa2 kan kampus dia.

    ReplyDelete
  22. Good Luck...SEmoga Allah permudahkan laluan...:-)

    ReplyDelete
  23. Semoga berjaya dunia & akhirat dik..

    ReplyDelete
  24. Gud luck too dear..!! zaman akak abis dah nk belaja2 nih..malas ya ampun!!

    Salam perkenalan dr sy ;)

    ReplyDelete
  25. Bukan senang nak sambung dlm bidang farmasi even diploma amek farmasi. rezeki awk lah teena. hehe.

    good luckk taww! keep calm and success!

    scary gila tngok tangga batu caves tu.

    ReplyDelete
  26. Tahniah. Semoga terus success yer...
    Jauh kan Puncak Alam...akak setiap Ahad menapak ke Puncak Alam sebab ePJJ...
    Hehehe...tp view yg Teena amik ni semua cantik² (^^,)

    Singgah sambil isi tabung nuff HP Pavilion & SME Maybank!

    ReplyDelete
  27. Nice blog! Semoga success dalam apa jua yang dilakukan. Jemput singgah kunjung balas www.bondasihat.com :)

    ReplyDelete
  28. Memang selalu camtu , kalau ada result ke apa yang kita tak tahu lagi dan time tu kita tengah bercuti memang time tu laa ramai orang bertanya .

    Tangga tu sangat ohsem !

    ReplyDelete
  29. Good Luck dear..Bidang Farmasi best..Just enjoy!

    ReplyDelete
  30. hihihi, nama azwa featured dalam blog, kirim salam azwa nanti ya, nagn dijah sekali, tu dua kawan saya. kih3. good luck dlm study.

    ReplyDelete
  31. Moga berjaya TT..... ingat ...ingat....ada baca kisah praktikal kat lab tu tapi lupa siapakah orangnya....
    Macam best je tempat dia TT .....mesti bersemangat nak belajaq kan.....apatah lagi satu set semua hijo hehe

    ReplyDelete
  32. scaryyy betul tangga tu, selalu dengar dari kawan je. dah tengok gambar baru tahu betapa scarynya tangga tu. HAHHAH
    tak pernah pergi kampus Puncak Alam lagi , insyaAllah one day nak try usha kampus sana.

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum akak, berapa pointer akak untuk masuk degree farmasi? kalau cgpa 3.80 ada peluang lg tak?

    ReplyDelete