Monday, 25 August 2014

Trip To Terengganu : Pulau Perhentian Part II

Assalamualaikum

Yes, kita bertemu lagi dalam episod pelancongan Teena Tna & rakan-rakannya ke Pulau Perhentian, Terengganu! Ok, siapa yang belum baca cerita Part I aku sila baca dulu ye agar anda tidak ketinggalan dalam episod Part II ini. Ihiks!


Uh, aku tak tak tahan tengok langit biru dia. Rasa macam semua benda kat sini sangat indah. Inilah pemandangan yang akan kita lihat sepanjang menaiki bot. Untuk hari ke-2, aktiviti utama kitorang ialah snorkelling. Lepas breakfast kitorang dah ready nak tunggu bot datang amik, perasaan dia excited jugaklahh. First time tuu.

From left : Ain, Sherr, Mimi, Teena Tna yang comel (lol), Zati
Untuk pakej yang aku amik, kitorang akan ber-snorkelling di 4 points. Ada coral point, fish point, turtle point dan shark point. Ada kawan aku dia tak puas hati tau, sebab dia tengok masa first day tu ada iklan snorkelling untuk 6 points berharga RM35. "Ala takpela harini kita buat 6 points, esok buat lagi 4 points". Hmm, so bila dah betul-betul turun kat 4 points ni kitorang pandang dia sambil tergelak. "ini baru 4 points dah termengah-mengah, nak buat lagi 6 points?" HAHAHA. Semua tergelak.

Masa mula-mula turun, kaki aku jejak tanah lagi kira okla. Dah start masuk tengah laut sikit, ikan-ikan semakin banyak & batu karang cantik-cantik. Pastu baru aku perasan, wehhh kaki aku tak jejak apa-apa!! Kawan-kawan aku yang lain rilek jer, aku lak gelabah lebih sebab tak reti berenang oii. Tapi lama-lama baru ok sikit. Rasa macam badan dah stabil, aku try masukkan kepala dalam laut. Subhanallah....itu jer mampu aku cakap dalam hati. Sangaatt lawa, dan sangat dalam. 

Kat dalam air tu kan tak boleh nak bercakap. So bila aku menyelam ke bawah, aku rasa macam sorang-sorang jer, sunyi, rasa macam ada kehidupan lain yang kita tak nampak (dah memang dia dalam laut, memangle tak nampak). Pastu aku terbayang citer titanic karam kat laut, kapal terbang yang terhempas kat laut laa. Cecepat aku naikkan kepala carik mana kawan-kawan aku. Hehehe.

Nak dijadikan cerita, kitorang sekarang memang ada betul-betul kat tengah laut. Makin lama kawan-kawan aku sume dah berenang menuju ke bot. Aku cuba berenang jugak (walaupun tak reti) beria-beria dengan tangannya kenkonon cuba nak kayuh tapi aku rasa macam tak gerak memana pun, statik kat situ jer. Diorang gelak-gelak sambil cakap "comel ah kau Teena!" Hmm -___-

I is panik sambil menjerit "wehh, tunggu aku!!" "weh, tolonngg aku". Haha kelakar pun ada. Takut pun ada sebab tinggal aku sorang jer kat laut, yang lain sume dah naik bot. Tiba-tiba terasa kaki tersentuh something. Kat laut yang dalam macamtu, sorang-sorang, scary okayy. Manalah tahu ikan besar-besar nak makan ke kan. Tapi aku rasa batu je kot, tak pun batu karang. Yang penting aku geli & dah gelabah habis. Tapi pastu bot tu datang ke aku. Fuhhh, lega giler. 

Biru laut dia. Sangat jernih. Selesai snorkelling di 4 points, kitorang balik, makan dan zzzz. Penat tapi seronok!

Petangnya pula kami ke Long Beach untuk melihat matahari terbenam. Memandangkam chalet kami terletak di Coral Beach, terpaksalah kami berjungle trekking untuk ke sana. Perjalanan dalam 10-15 minit. Waktu malam memang gelap kalau kau nak lalu situ, kitorang follow mat saleh waktu balek tu, bahaya kot nak jalan sendiri.

So, aku pun tunggu lah, masalahnya bayang-bayang matahari pun tak nampak. Tiba-tiba aku teringat! Semalam masa aku mandi kat Coral Beach ada sunset! So, means kat Long Beach ni matahari terbit, bukan tenggelam! Hahaha, hentam jelaaa. Lagi satu kalau kau nak mandi laut, kat Long Beach ni sesuai. Kalau mandi kat Coral Beach banyak batu karang, susah nak pijak bawah nanti.

Keesokannya, kami bertolak keluar dari  pulau itu. Seronok sangat dapat holiday dengan kawan-kawan. Ditambah pula dengan keindahan alam di pulau ini , sejuk mata memandang.

Sebelum meninggalkan pulau, haruslah bergambar dulu...Selamat tinggal Pulau Perhentian. Bilalah agaknya kita dapat bertemu lagi ye...

Masa kat jeti kuala besut, kawan aku dah tunggu. Kitorang classmate sejak di kisas dan di universiti. Nik bawak kitorang singgah rumah dia di Pasir Putih, Kelantan. Pastu dia bagi makan buah mata kucing yang terletak di kebun belakang rumah dia. Besar-besar wehh mata kucing kat situ.

Nik tengah petikkan buah mata kucing untuk kitorang. Lepastu kitorang singgah pulak rumah kawan Ain. Kira ni beraya kat kelantan jugaklaaa. Pukul 8.30 malam bas kitorang bergerak balik melaka. Haaa, tak sabar nak balik rumahku syurgaku. Sakit satu badan oiii...tapi best!

Bai bai Pulau Perhentian. Siapa yang belum pergi, sila pergi cecepat! Keindahan pulau ini sering mengingatkan aku kebesaran Allah. Terasa kerdil bila lihat keindahan alam ciptaanNya di sini.





P/S- hari pertama aku ke pulau ini merupakan tarikh keputusan kemasukan degree akan keluar. Serius tak tenang tau aku nak mandi laut. 

19 comments:

  1. Assalamualaikum teena, akak teringin nak ke sini. Tapi kena tunggu Adam besar sikit. kesian pula kalau pergi tak bawa dia. heeee rindu nak snorkelling. akak pun tak reti berenang, harapkan abg pegang je masa snorkelling kat Krabi tahun lepas. hehehehe tak sabar nak pergi sini, abang suka laut ~~~

    ReplyDelete
  2. Holiday yg menarik ! Hahaha part berenang tu yg lawak uh . Dayah pun x pandai berenang.. Huhuhuhuuuu

    ReplyDelete
  3. Bestnyee kak Teena berjalan2 ke Terengganu. Wuuu~ ^_^ org takleh berenang pun leh ber-snorkelling eh?

    ReplyDelete
  4. Snorkellingggg. Ya Allah knpe best sangat ni. hehee
    Cantiknya lautttt.

    ReplyDelete
  5. bestnya jalan2.. cantik pemandangan kat situ..

    ReplyDelete
  6. gambar langit biru tu cantik dan tenang,..

    ReplyDelete
  7. Hanya dengar cerita dalam akhbar dan TV saja, belum pernah ke Perhentian lagi....

    ReplyDelete
  8. macam best je...belum sampai kemana-mana pulau...sebab takde geng yg satu kepala...

    ReplyDelete
  9. bestnya.. rindu nak pegi sana lagi :)

    ReplyDelete
  10. Ya Allah buah buahan nya.. subur sangat ha.

    ReplyDelete
  11. Perhentian je tak lepas2 nak pergi lagi. haish.

    ReplyDelete
  12. teringin gak nak pegi.. belum pernah sampai.. hubby je yang dah ke sana.. sure kenap pegi nanti ni.. u all nampak happy sungguh kat laut tu..

    ReplyDelete
  13. dulu pernah pegi.

    skang simpan hajat bawak isteri pegi skali.

    insya allah :)

    ReplyDelete
  14. Subhanallah cantiknya dan menarik tempat ni.. Best juga melihat kebesaran Allah ni ^^
    Sedikit sebanyak membuatkan kita terfikir, tidak diciptakan semua ini sia-sia.

    ReplyDelete
  15. Mmg best g sne..dapat tgok penyu berenang n bertelur lg..

    ReplyDelete