Assalamualaikum w.b.t.
Kat sini kami perlu pakai respirator. Penat kot leher aku pakai topeng, berat & rimas tapi seronok. I got another new experience on that day.
Hari ini aku nak tulis cerita 2 bulan lepas di mana aku telah ditempatkan di sterile lab, satu daripada attachment semasa praktikal hospital pharmacy. Di sini terdapat dua bahagian iaitu : Total Parenteral Nutrition (TPN) & Cytotoxic Drug Reconstitution (CDR).
Total Parenteral Nutrition (TPN)
Based on medical dictionary, TPN is a way of supplying all the nutritional needs of the body by bypassing the digestive system and dripping nutrient solution directly into a vein.
Meh aku terangkan dengan bahasa aku sendiri (kalau tak betul mohon tegur ye). PN (Parenteral Nutrition) diberikan jika seseorang pesakit itu tidak boleh mengambil nutrien (makanan) secara normal iaitu melalui mulut disebabkan sebab-sebab tertentu seperti malabsorption disorder, prolonged coma, preterm baby, etc. Jadi mereka akan diberi nutrien melalui saluran selain daripada mulut.
Jadi semua nutrien itu perlu disediakan di dalam bilik khas iaitu clean room. Di dalam bilik ini kami perlu mengamalkan aseptic technique dan perlu memakai pakaian khas. Ada 3 lapis semuanya, lapisan pertama seperti gambar aku kat atas, macam nak masuk dewan bedah kan. (ada gaya boleh jadi Doktor Teena tak?).
Bila dah masuk kat dalam ni, kena pakai jumpsuit, hair cover & kasut khas. Pertama kali aku buat TPN ni rasa excited giler. Sebab bukan semua orang dapat pengalaman macam ini. Sepanjang aku attach kat sini, 5 kali aku dapat masuk. Itu dikira bertuah sebab ada kawan aku dapat masuk sekali jer dan ada yang tak pernah masuk pun. Disebabkan tiada pelatih lain selain aku & Abu, jadi sebab itu kami dapat masuk banyak kali.
Haaa. Sakai giler Kak Asra. Inilah dia staff yang banyak mengajar aku sepanjang menyediakan PN. Basically, untuk menyediakan PN ini, teknik itu penting, tak kisah sama ada kau tahu buat atau tak, tapi kalau guna teknik yang betul, senang jer nak buat. Kak Asra buat laju giler & sangat cekap. Mula-mula aku buat, slow sangat, solution selalu tertumpah, syringe out tak cukup amount, patahkan ampuole tak betul. But once kita dah tahu teknik dia, semuanya mudah.
Gambar ni diambil di sebalik cermin. Haa baju biru ni lapisan ke-3. Waktu ini sudah pukul 3++ petang. Biasanya pukul 11 pagi kami dah masuk. Sekali masuk dah tak boleh nak keluar, so kena makan kenyang-kenyang, buang apa yang nak buang. Dah 4 jam lebih kitorag kat dalam ni, tu yang sakai terlebih. haha. Aku sangat lapar & nak terkucil. Tiba-tiba Kak Asra cakap kena buat eye drop. Nak tak nak kena buat jugaklah.
Lepas jer habis terus belari keluar masuk toilet. Dah sampai toilet baru perasan aku terpakai selipar khas untuk masuk ke bahagian bilik tu. Kalau diorang tahu habislah aku. Tak tahan punya pasal. Hahaha. Shhhh, jangan bagitahu sesape tau.
Cytotoxic Drug Reconstitution (CDR)
Based on medical dictionary, cytotoxic drug is any drug that has a toxic effect on cells; commonly used in chemotherapy to inhibit the proliferation of cancerous cells.
Jika seseorang menghidapi kanser, mereka perlu menjalani kemoterapi. Jadi ubat-ubat itu perlu disediakan berdasarkan kuantiti yang diperlukan pesakit itu. Disebabkan di CDR, ubat-ubat yang digunakan sangat berbahaya & toxic, aku masuk sekali jer. Itu pun sebab nak hantar logbook. Bahaya kot terutama bagi wanita yang belum berkahwin. Kat dalam ni aku lebih banyak melihat daripada menyediakan bahan-bahan.
Sumber : google |
Untuk CDR ni, aku tak tahu nak explain panjang jela sebab takut salah bagi info.
Therapeutic Drug Monitoring (TDM)
Ingat lagi tak entri yang aku update masa kat TDM? Aku ada cerita serba sedikit pasal apa aku buat kan, so kali ni aku nak tunjuk gambar jelaa.
Currently, I'm handling that machine (Viva E) to run a blood sample. Nampak complicated kan sampai asyik garu kepala, susah bebenar ke. Mula-mula jer macam blur, tapi bila dah bertanya & diajar cara menggunakannya baru aku tahu. Malu bertanya sesat jalan kan. *sila rujuk entri yang lalu*
1. Centrifuge - machine used to separate blood sample.
2. Blood sample - we just take the serum of blood (the clear one on upper part).
3. Me - handling the blood sample.
Aku suka attach kat TDM. Banyak benda baru aku belajar dari Miss Sharon & Mr Quak. Diorang pun sentiasa menjawab setiap persoalan yang aku lontarkan. Cuma part blood sample tu aku geli laah. Bukan takut cuma aku rasa bahaya, darah kan ada banyak bacteria. Dan perlu berhati-hati, kita tak tahu itu pesakit tu ada HIV ke kan.
Sebab inilah aku tak pilih medic, sebab geli tengok kotor, luka-luka. Walaupun ramai yang mempersoalkan why I chose pharmacy, tapi suka hati akulah nak pilih bidang apa, aku yang kena belajar, bukan diorang. Tetiba teringat kenangan lama pulak -_- haha, last2 kena jugak hadap blood sample ni, hmm, geliii.
So ini jer cerita aku untuk attachment kali ini. Sebenarnya aku pun dalam proses pembelajaran. Jika ada salah silap info, mohon diberi teguran. Banyak pengalaman yang aku peroleh sepanjang berada di unit ini. Semoga pengalaman ini dapat membantu di kemudian hari.
Moral of story :
- Jangan takut untuk pilih bidang yang kita nak, pedulikan apa orang nak cakap.
- Bertanya. Jangan sombong/malu. Dalam pembelajaran tak boleh malu-malu
- Pengalaman adalah guru yang terbaik. Gunakan peluang yang ada untuk menimba lebih banyak pengalaman & ilmu.
pergh~ dh macam baju hazmat dah ni, style2
ReplyDeleteadik saya pun ambik farmasi.. mesti keja dia camni jugak.. hehe..menarik ilmu pasal farmasi ni kan..
ReplyDeleteBestnya dapat pengalaman baruu.. :)
ReplyDeletePembelajaran hingga ke akhir hayat kan...Selagi nafas berdenyut, selagi itu kita akan sentiasa belajar sesuatu yg baru...
ReplyDeletekerja yang mencabar.. tak mungkin aku mampu buat.. hahaha
ReplyDeletepengalaman berharga tu..tahniah!!
ReplyDeletebest baca kisah bidang teena ni even mcm takutnya tngok pakai baju khas . heeee . . Besar tanggungjawab tu . And betul tu , knpa nk pertikaikan bidang apa yg kita nk ambil . Kalau tak da org yg ambil bidang ni , sapa yg nk buat keja ni .
ReplyDeletebestnyaaaaaaa! :DDD
ReplyDeletewahhhh. nice sharingg :D
ReplyDeleteyup..kisas..tp stpm..same2 dgn kak farhana n kak farida..patutla macam kenal je mase berselisih hari tu..rupenye ade jodoh..hehe..tp tkut nk tegur takut slh org..kte dlm aliran yg same :)
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteDik..kena buat eye drop before gi toilet kan.. eye drop tu macamana teena?
best jaa baca part.. suka hati aku nk pilih bidang apa, aku yg kena blajar, bukan diorg, hikk...
ReplyDeleteeee... bestnya!!! seronok kan. kaut pengalaman banyak-banyak k? :)
ReplyDeleteAGAK MENARIK BIDANG NI..DAN RSANYA ramai lg y tak tahu psl ni kan..
ReplyDeletelya tahu sikit2 pasal TDM level tu..coz kna slalu ambik darah utk TDM tu
hahah..pedulilah apa org nak ckp jnji kita buat tu betul n membahagiakan diri ^_^
ReplyDeletego chaiyyok teena!!
ReplyDeletesama field laa kita ye in medical...cuma teena in pharmacist kan? ika medicine :)
semoga terus gigih ya capai cita2...
Interesting, saya buat medik tapi memang walaupun orang kata medik dengan pharmacy ni banyak kaitan, tapi dari segi kerjaya nanti memang lain.
ReplyDeleteContoh semalam ada clinical training dekat radiological department. Memang doktor jarang kot ada tugas dekat tempat tu. Monitoring cancer patient semua biasanya pharmacist.
suka jugak dengan part tdm ngan tpn.. sbb ada banyak calculation..
ReplyDeleteHuhhhhhhhh!!!!!! susahnya...
ReplyDeleteJenuh nak mengingat semua tu teena untuk akak yg tak tau apa2 ni......
ReplyDeleteBaru sempat nk singgah sini.. farah tga final sem 3.. bulan depan strt sem 4.. sem 5 and sem 6 baru practical :)
ReplyDeleteP'cist yek...kt hosp mana? P'cist the allrounder ;)
ReplyDeletehushhh..cam susah je
ReplyDeletehushhh
ReplyDeleteassalamualaikum. saya pun student pharmacy. any tips to survive? haha
ReplyDeleteI’m having a small problem. I’m unable to subscribe to your rss feed for some reason. I’m using google reader by the way. buy stromectol online
ReplyDelete