Friday, 14 June 2013

Tips Berjimat Cermat

Assalamualaikum
Salam 5 Syaaban

Alhamdulillah, hari ini duit biasiswa aku dah masuk. Yeah!!! Terima kasih kepada sponsor, Encik JPA. Biasanya duit scholar masuk 2 minggu selepas sesi pembelajaran, tapi kadang-kadang lambat masuk. Awal sem tu memang kena pandai berbelanja. So, nak share sikit tips yang aku guna time pocket kosong di universiti dulu. (Tips ini lebih ditujukan kepada golongan pelajar)

1. Rajin join program
Kenapa perlu join program? Sebab dapat makanan free!! setiap malam aku akan pergi mana-mana aktiviti yang dianjurkan oleh kelab-kelab malam. Hujung minggu pulak ada jer program di universiti. Kalau aktiviti tu berlangsung selama 3 hari 2 malam, so memang jimat lah minggu tu nampak sangat xde duit kan? Pendek kata di mana ada program, di situlah ada aku waktu takde duit lah.

2. Biar murah asalkan kenyang
Kalau bab makan memang penting bagi aku. Lunch & dinner memang tak boleh missed. Tapi apabila tiada duit takkan tak payah makan pulak, lapaq la perut cheq! so aku akan beli makanan yg murah tapi mengeyangkan macam nasi lemak, burger dan range harga maksimum RM 2. Nampak macam kedekut, tapi duit kat dalam akaun tinggal 5 ringgit jer, terpaksalah kawal nafsu makan.

3. Bijak menolak pelawaan member
Biasanya kalau hujung minggu, kitorang akan hangout rilekskan minda. Namun apa gunanya keluar jika duit nak naik bas pun perlu fikir 2,3 kali. Jadi pandai-pandailah bagitahu kat member tu yang korang tak boleh nak join. Tapi ramai kawan-kawan aku yg dapat sponsor JPA jugak, memang waktu tu semua 'kedekut' sangat.

4. Rajin ke library
Kenapa tiba-tiba nak ke library pulak? Sebab dah takde benda yang boleh dibuat since kau tak nak duit 'terbuang' macam tu jer di luar sana. Dan yang lebih penting lagi boleh pinjam buku di library, tak payah susah-susah nak beli buku yang harganya beratus-ratus. Pinjam jer di library. Ada satu buku tu, satu sem memang aku yang punya, setiap 2 minggu akan renew tarikh pinjaman. Jimat kan macam ni?

5. Bawa duit dalam kuatiti yang sedikit
Jangan bawa walllet bersama anda, hanya bawa duit yang paling anda rasakan perlu dibawa & minima. Paling kurang pun kalau nak bawak wallet, pasti hanya ada duit sikit jer dalam wallet tu. Ini untuk memastikan anda tidak berbelanja lebih dari keperluan yang diperlukan. Kalau nak elakkan shopping 'terlebih' boleh juga guna tip ni.

Okay, ini jer tips yang selalu aku guna dulu. Kalau korang ada tips yang lain boleh lah share dengan aku. Lagi satu, kalau dah dapat sponsor tu pandai-pandailah guna duit ye. Nasihat dari kawan aku "Ingat sikit, duit yang kau guna tu duit rakyat, so belajar betul-betul, jangan salah guna duit tu", takut kot dia cakap macam tu.

Gambar tak berkaitan dengan entri, hehe.

Terima kasih JPA !

20 comments:

  1. okk jugakkk tips mcm ni, tambah sikit lg hati2 kalau ada ayat diskaun hahahah.. jgn percaya sgt...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.

    Cara yang teena sebut kan tu semua boleh pakai..tapi ada baiknya kan, simpan dulu sedikit duit dalam akaun lain. Selepas tu, pandai2 lah berjimat dan uruskan duit yg ada.

    Lana rasa, ni ant cara yg elok..sbb bila kita belanja dulu, baru pk nak simpan, or nak berjimat cermat..mmg tak brapa menjadi.. Kalau boleh akaun lain tu pula, biar parents yg pegang/uruskannya.

    Kalau kita juga yg handle, alamatnya, habis jugak duit blanja,hehehe

    ReplyDelete
  3. akak pernah amalkan tips ni masa study dulu.. memang masa tu berat badan turun sebab kurang makan.. hehe..

    ReplyDelete
  4. tip bagus, zaza dulu time study boros..hukhuk, skg baru la tahu betapa perlunya berjimat cermat kan =)

    ReplyDelete
  5. nice tips sis !!!
    kami nak berjimat selalu buat sampul , bila dapat duit , terus bahagi siap-siap yg mana , untuk spend dan simpan ... ^^

    ReplyDelete
  6. Huhuhu... Teringat mas zaman belajar dulu, bulan pose nk jimat, buka puasa di masjid :-)

    ReplyDelete
  7. Tip bawak duit sikit dalam wallet tu Kak Azie amalkan sejak dulu lagi. So tak la ada kes TERbeli barang yang bukan penting dek kerana ada duit lebih dalam purse. Jimat tuu

    ReplyDelete
  8. HEHEHE... amat berguna tips nih utk bjimat crmat.. kalau masak sndiri un ok gax an... ehehhe xD tapi jaga gax kesihatan walaupun nak berjimat :))

    ReplyDelete
  9. terima kasih kongsi psal tips ni :D

    ReplyDelete
  10. suka dengan cara kamu tu. kena selalu join program, sebab dapat makan free.

    serious cakap akak emang risaukan adik akak yang kat kelantan nu. baru je masuk belajar. mcm mana la keadaan dia kan. kalau kat umah tu mengunyah je.. cam no la kalau terlari budget.

    kena bagitau tips ni kat dia lah..


    ReplyDelete
  11. seronokkan dpt JPA.. fuhhh
    tips yg berguna utk student :)

    ReplyDelete
  12. Tips nie buat wa senyum sorang2.. Hehe.. kreatif ada benarnya :)

    ReplyDelete
  13. haha. Ini fakta dan boleh di aplikasi dalam hidup ni.
    btw, panggil saya hajar :)

    ReplyDelete
  14. Selalu tak terperasan tina ada apdet..sbb tak ingat nama blog tina..
    cuma ingat nama tina jer.

    **tiba2 tingat watak rani mukerjhe dlm kuch kuch hota hai...tina, hehe..

    ReplyDelete
  15. betul jgk 2 :) tringat msa bljar dlu2..pnh bt cmni..tp yg no1 tu best..pndai je cri rzeki he3..

    ReplyDelete
  16. Nak dapat diskaun dan point dalam berbelanja???

    dah aktifkan ke belum funtion mykad anda yg ke-50 yg dh diiktiraf oleh JPN tu???

    kenpa tak aktifkan lg???

    hmmm,kan free je....tiada tarikh luput,keahlian seumur hidup...

    nak tak berjimat cermat???

    dah 100 ribu lbh org dah aktifkan...kalau anda blm lg...

    tkpe,saya blh bantu anda...cuma pm kepada saya sahaja...

    nti anda blh mendapat diskaun dan point antaranya di jakel,coolblog,cathway dan lain2 lagi...

    Mykad Smart Shopper

    www.mykad.aj.my

    untuk pertanyaan,blh pm di page

    https://www.facebook.com/AffiliteJunctionAgenJb

    ReplyDelete
  17. oo. banyak tips ni.
    terima kasih berkongsi.
    Sha juga tengah berjimat ni. =)

    ReplyDelete