Wednesday 3 July 2013

10 Fakta di Zaman Sekolah Rendah

Assalamualaikum
Salam 24 Syaaban

Apa khabar kawan-kawan semua? Sihat tak? Nampaknya kita sorang je kat sini tak sihat.
Tiba-tiba idea nak tulis pasal cerita zaman budak-budak (zaman tok tonggek) datang menerjah. Nie semua cerita betul tau!! bukan rekaan semata-mata. Okay, let's start the facts now!

1. Merupakan seorang pengawas sejak darjah 3 hingga darjah 6. Boring kot asyik pakai baju warna biru jer.

2. Pada satu hari tu (time darjah 3) selepas PJK kami suma salinlah baju pakai uniform sekolah semula, ok dah siap salin, time tu kitorang pengawas perempuan kena pakai baju kemeja & skirt. Lepas kelas PJK tu subjek BM kot tak ingat sangat. Dan aku telah dipanggil oleh cikgu untuk jawab jawapan tulis kat papan hitam. Tapi bila aku ke depan suma TERGELAK, "eee ada ekor lah" Aik kenapa korang ni? Rupa-rupanya skirt yg aku pakai tu lupa nak zip kt belakang, baju kemeja aku pulak terkeluar dr celah zip..errrr, MALU gila!!! Rasa macam nak tukar kelas time tu jugak, tp lepas tu aku wat dekkk jelaa.

3. Pernah join pertandingan BORIA. Ala yang macam kat penang tu, joget anak boria gitu, ada dalam 3 tahun kot aku jadi penari boria. Memang best, tapi itu kali terakhir aku menari, dah besar2 ni nak masuk menari memang tak lahh. But it was a great experience!

4. Suka dirotan terutamanya time kelas bahasa arab. ustaz akan tanya semua orang apa maksud perkataan dalam bahasa arab, kalau tak dapat jawab kena rotan kt tangan. Aku sengaja jer buat-buat tak tahu apa maksud perkataan tuh sebab nak kena rotan. Macam best pulak kena rotan ni. Haha. Apakah yang terjadi padaku waktu tu, gila jer?

5. Pernah membuatkan seorang mamat ni jadi marah sangat. Ala, time tu aku main kejar-kejar dalam kelas, terlanggar la budak nie, tapi dia punya marah kemain. Tarik tudung aku ke belakang sampai nk tercekik & tercabut tudung aku tu, habis rambut aku ternampak. Lepas tu aku menangis. Haha, zaman budak-budak.

6. Ada seorang best friend yg sangat rapat. Tapi masa darjah 5 kitorang gaduh, dah tak jadi BFF dah. Masa tu gaduh mulut kot kat dalam kelas, ada 2 geng, satu sokong dia satu lagi sokong aku. Budak perempuan jela yang bising, yang kelakarnya budak laki pulak macam jadi penonton jer. Tak tau nak sokong yang mana. Tapi sedih jugak lah sebab lepas tu kitorang dah tak rapat dah.

7. Pernah jatuh basikal semasa nak pergi ke sekolah. Aku dengan akak pergi sama2 naik basikal, then aku ajak dia lepaskan tangan, tapi kaki terus berkayuh, konon expert la bawak basikal nie. Tapi lepastu jatuh dalam LONGKANG! Nasib baik longkang tu ada rumput jer..tu aku jatuh sebelah kiri jalan, sebelah kanan ada gaung, baik tak terjatuh sebelah kanan, kalau tak tak tahulah apa yang terjadi..alhamdulillah. Tapi balik jer rumah, habis satu badan ada lebam2 kesan jatuh basikal.

8. Pernah PONTENG kelas. Kononnya pergi sekolah pakai uniform bagai, tapi sebenarnya tak pergi pun (ni kes ponteng sekolah petang@sekolah agama). Aku dengan beberapa member lain, ada la dalam 10 orang pergi ke pasaraya. Yang kelakarnya semua pakai baju sekolah, tapi lepastu bertukar baju biasa. Kecik2 lagi dah pandai ponteng tapi sekali tu jer kitorang buat. Lepas tu, dah taubat jadi budak baik.

9. Pernah jadi GURU MUDA (masa darjah 6) Semua ni sebab markah matematik aku adalah paling tinggi dalam kelas. Budak paling pandai dalam kelas pun tak dapat markah macam aku. Serius memang tak percaya! Sejak tu cikgu akan suruh kawan2 aku tulis jawapan kat papan hitam & aku diberi PENGHORMATAN untuk menanda jawapan mereka kt papan hitam tu, dan benda ni berlaku setiap kali kelas matematik dengan cikgu tu. setiap pagi diorang akan check@tiru jawapan kat buku aku tu. Konon-konon aku ni sentiasa betul jer jawapan aku..haha, perasan fofular la sekejap aku time tu.

10. Suka sangat jadi budak-budak. Sebab tak yah fikir banyak perkara, datang sekolah pun main- main, seronok dapat jumpa kawan2. Kalau orang dewasa pening nak fikir pasal tu, pasal ni. Aku tahu tujuan aku datang sekolah pun masa darjah 5. Ada cikgu bagitahu yang datang sekolah ni sebab kita nak BELAJAR. Ohhh baru aku tahu  kena belajar rupanya. Hahahaha, soo innocent time tu. dah darjah 5 baru aku tahu kenapa perlu ke sekolah.

Sebenarnya banyak lagi kisah ketika di sekolah, tapi nanti uolls boring pulak nak baca cerita aku yg $#%@!. Uolls pun mesti ada kenangan zaman skolah rendah kan. Mesti lagi best kan??? Cer citer ckit.

43 comments:

  1. Assalamualaikum teena, wahhh ingat juga kenangan zaman kecil ye. comelnya! sheila pun ada banyak kisah zaman sekolah rendah, tapi lagi panjang jela kot dari teena. hihiihiii.

    ReplyDelete
  2. best baca cerita teena.. hihi.. nakal juga ya ponteng kelas dulu ya? kecil-kecil teena dah berbakat jadi cikgu matematik, hebat tu..
    akak dulu budak skema masa sekolah pagi, teringat cikgu matematik tu memang garang, siapa tak dapat jawab sifir matematik kena denda, alhamdulillah akak tak pernah kena denda sebab selalu dapat jawab.. cuma akak teringat masa darjah 2 atau 3 tu kenal pergi sekolah agama pada waktu petang, akak tak nak pergi sebab nak tengok cerita gaban dan satria baja hitam..

    ReplyDelete
  3. Hahaha, yg keluar ekor tu! xD

    Perempuan gaduh mmg susah nak baik. Lelaki tak gaduh, tapi kalau dah gaduh, lagi teruk!

    Kenangan tu semua indah-indah :D

    ReplyDelete
  4. uishhh suka kena rotan...
    kiranya sakit-sakit sedap lah tu ek hahahahaha..

    ala kita nakal pun tak ler teruk mana sangat kan....
    nakal ni lah yg jadi kenangan terindah skarang ni...
    buat kita senyum sensorang bila teringat....

    akak pun nakal gak zaman skolah dulu...
    sib baik tak turun kat anak2 anak...
    kalo dak nangis kot akak hahahahahahaha...

    ReplyDelete
  5. Best kan kalau terkenang balik memori masa sekolah rendah dulu..akak dulu pun pengawas jugak..tapi pengawas perpustakaan..banyak sebenarnya kenangan yang ada masa sekolah rendah..nk story kat sini sampai esok pun tak habis.. hehehe.. Btw thanks teena entri nie membuatkan akak terkenang balik zaman kecik2 akak..hehehe ;p

    ReplyDelete
  6. hahahaiii kenangan zaman skola mmg best la teena..mmg sampai tua,dah beranak pinak pun kenangan time skola tu tetap terngiang-ngiang..best sgt..

    ReplyDelete
  7. yumida masa kecik nakal sangat
    malam yumida n d geng kita solat jemaah..bila balik gi curik buah jambu org kpg nyer..hadoi

    jemput join jom teka..klo free:

    http://umikasum.blogspot.com/2013/07/jom-teka-destinasi-ini.html

    ReplyDelete
  8. hehehhehxD saya sllu kena rotan kat tgn masa drjh 6 sbb cikgu bm.. satu salah, satu kali kena rotan.. uwaaaa~

    ReplyDelete
  9. isk-isk..cik akak pon kira cam adik nie juga.,..yang poteng tu..memang tak pernah lagi..hahaha

    ReplyDelete
  10. kalau nk dicerita kang xtertulis plak ka.setiap org melalui zaman kanak2 dgn pelbagai cerita

    ReplyDelete
  11. HAHAHA...ko memang kalkor le. darjah 5 baru tau yg datangsekolah kena belajar. memang akak rasa gelihati sangat baca kisah ko ni. tak senyum dah. terus ketawa dik oi..

    ReplyDelete
  12. <--- banyak jugak kenangan nakal2 budak laki2. takmo cerita, nanti maluuu...

    ReplyDelete
  13. Salam kenal..sya folo blog ni..jika sdi singgah blog sya ya..

    Sya dulu ahli koperasi..klu ada abg2 senior yg ensem2 nk dtg membeli,berebut2 kami kedepan nak menjual brg2..huhu :D

    ReplyDelete
  14. heheheh zmn sekolah lah zmn paling indah bile dh tua2 gini... kalu nk di ingat2 kenangan mmg beribu dik oi

    ReplyDelete
  15. Tersenyum bila baca entri nie! Rindunya zaman sekolah rendah! :) Sekolah rendah lagi dah berani ponteng? Mesti otai nie. Hahaha! Arol dulu darjah 4 sampai 6 jadi pengawas perpustakaan. Pakai baju pink! :D Lagi satu masa darjah 6, selalu kena rotan dengan cikgu Matematik sebab Arol tak teror sangat bab mengira. Pernah sekali, cikgu tue tampar muka Arol dengan buku tulis. Terkejut dan tergamam! Kahkah! :D

    ReplyDelete
  16. 3 fakta mengenai aku wktu zaman sekolah.
    1.aku pon pernah jd pngawas dr drjah 3-6.
    2.aku pernah jatoh basikal.
    4.aku tak suke dirotan. ^..^

    ReplyDelete
  17. tiba2 teringat zaman masa sekolah dulu... senyum simpul dibuatnya..

    ReplyDelete
  18. hahaha lol..nakal je bila bca =) mcm2 ragam kita ni bila sek ren..mmg suka time 2..ape pn no 2 n 6 tu best..hahaha..

    ReplyDelete
  19. wah... best tak masuk boria??hehehe

    ReplyDelete
  20. best tu, pengalaman berharga dlm hidupkan !

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum, salam ziarah. Singgah kali pertama dan follow. Sudilah ke blog Tetamu Istimewa dan follow.

    ReplyDelete
  22. bab naik beskal sambil lepas tangan tu saya pun pernah buat...hihihhh...best jugak tapi bahaya. Nasib baik awak tak jatuh ke gaung kan..huhuh..

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum..teena :)

    dasat la teena masa sekolah dulu..suka kena rotan kat tgn eh...haha

    ReplyDelete
  24. sweetnya

    no 7 yang adik alami, berlaku jua pada sis.. masa tu darjah 4 seriusss sakit.. gigi depan patah

    ReplyDelete
  25. manisnya jadi kanak2....manisnya jadi budak sekolah..

    ReplyDelete
  26. banyak kenangan sekolah rendah, plg x lh lupa blk tusyen kene kejar anjing naik basikal ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita pun pernah kena kejar anjing ... pehh banyak kali woooo :3

      Delete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. adoiii ,, apesal semua yang awk cerita ni comel sgt? hakhak, tapi agak kelakar lahhh pasal baju tekelu0 ikut zip skirt tu ,, naaseb bek tyme dak2 kecik ,, kalau dah besar ?? pehh ya ALLAH ,malu gila kot :3

    ReplyDelete
  29. kalau nak cerita jadi sebuah nocel nnti, tapi masa kecik kecik adaalah zaman terindah

    ReplyDelete
  30. rindunya zaman sekolah rendah.. macam2 pengalaman suka duka ada..

    ReplyDelete
  31. Memang best bila diingat balikkan teena...Tapi OKje dah lama sangat meninggalkan zaman budak budak hehe

    ReplyDelete
  32. hahaha..
    itulah kenangan yg takkan dilupakan..
    seronok kan kalau mengimbas zaman muda2..

    ReplyDelete
  33. saya setuju fakta yg ke sepuluh tu.. wktu zaman bdak2x dlu tkde pn knangan apa2x pn.. sama jek mcm bdak2x lain kot.

    ReplyDelete
  34. Naik basikal lepas tangan y tak tahan tu.. saya punya math teruk..siyesly, xpernah pon saya siapkan pape homework y berkaitan dengan Math or Add Math. dari sekolah rendah membawa ke sekolah menengah. Tapi bila masuk kolej, score pulak.. mungkin berkat sebab selalu bagi cikgu rotan dan denda kot..ahaha. :P

    ReplyDelete
  35. rindu zaman skolah rendah..hehe
    paling suka subjek sains bila exam dpt markah tinggi mesti cikgu bagi hadiah. heee

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum.

    Teena, memang agak gila2 la bila bab suka kena rotan tu,hahaha. Akak sekali je pernah kena rotan, masa darjah 4 kot. Satu kelas kena rotan, masa tu ada subjek Kajian Tempatan.

    Cikgu yg mengajor tu lelaki.

    Dia bagi soalan dlm kelas, kitaorg kena jwb. Dia tnya sorg2, tapi, takda sorg pun ant kitaorg yg yakin jawapan yg kitaorg bagi tu betul. Dia tnya, anda yakin tak dgn jwpn? kitaorg diam je. Pastu dia suruh angkat tpk tgn, pa lagi, zasssss! Sorg2 kena libas dgn rotan,huuuu (T___T) sakit..

    dah habis semua kena libas, dia bagitau, jwpn kitaorg betul sbnrnya. Tapi dia rotan sbb kitaorg tak tnjukkn keyakinan. Dari situlah akk bljr pentingnya yakin,hehe.

    ReplyDelete
  37. hahaha....gelak guling guling bace citer no 2 tuh...de ekor erk

    ReplyDelete
  38. Bestnya boleh recall balik semasa sekolah rendah. sy punya memori time zaman tu macam 5 percent je ingat :/

    ReplyDelete
  39. bila teringat balik kenangan zaman sekolah dlu, mesti terasa nak balik semula ke zaman tu.

    ReplyDelete
  40. bestnyaa..akk ingt2 lupa dah kisah sekolah dulu..hehehe

    ReplyDelete
  41. Saya pengawas masa darjah 6 saja! haha.. tapi yang best rasanya dapat berdiri depan perhimpunan lepas tu cakap, suruh murid2 sume angkat tangan, turun tangan, tuu. hahaha.. same la kita. kalau bawah basikal mesti nak lepas tangan dulu.

    ReplyDelete