Friday 23 August 2013

Renungan sejenak

Assalamualaikum...

Cuba bayangkan...
Kita ada anak kecil - umur 3 tahun.
Satu hari, kita tengah masak di dapur.
Si anak ternampak pisau. Merengek-rengek dia menangis, nakkan pisau utk dijadi mainan.
Agak-agak kita bagi!? Tentu lah tidak, kan.
Adakah ini tandanya kita tidak sayang akan anak?
Bahkan, kerana sayanglah kita enggan berikan.
Walaupun pada mata anak pisau itu 'menyeronokkan',
tapi kita lebih tahu... pisau itu berbahaya untuk anak kita.
Kita lebih tahu...
Anak tidak tahu...

Begitu juga kita dengan Allah.
Kita 'merengek' hendakkan sesuatu tetapi Allah tidak izinkan.
Adakah Allah tidak sayang akan kita?
Bahkan, kerana sayanglah kemahuan kita tidak dituruti.
Malah diganti pula dengan yang lebih baik,
kerana perkara yang kita mahukan itu mungkin kelihatan baik pada pandangan kita...
Tapi tidak baik pada pengetahuan Allah.
Allah lebih tahu...
Kita tidak tahu...

Dan...







JAZAKALLAH KHAIR

#copypasta a post from facebook#

18 comments:

  1. doakan untuk saudara kita di sana, semoga mereka dilindungi oleh Allah.. betul tu, hanya Allah je yang tahu apa yang terbaik untuk kita..

    ReplyDelete
  2. berdoa banyak2 semoga pergolakan di mesir cepat reda... tak sanggup tgk mereka sesama islam bergaduh berperang berbunuhan kerana nk memilih pemimpn... sanggup mereka bunuh sedara sesama islam kerana nk pilih pemimpin.... mintak2 kite di jauhkan dr jd mcm mereka... terlalu taksub sampai mereka dh lupe segala2nya

    ReplyDelete
  3. tersentak kejap baca post nie...ye,Allah maha mengetahui sesuatu:)

    ReplyDelete
  4. betol 2..skong sgt2..Allah lebih tahu segala2nya..positif dan bersangka baik la dengan Allah..pnduduk islam Mesir, Syria dan Palestin..sbarlah wahai saudara2ku..Allah pasti bersamamu..Al-fatihah bt para syuhada..

    ReplyDelete
  5. ada benarnya di sini, namun Allah lebih mengetahuiNya... kita doakan sahaja saudara kita di sana..

    ReplyDelete
  6. mendalam kata2 tersebut...Dia yang mengatur segalanya...doakan yang terbaik untuk saudara seagama..

    ReplyDelete
  7. Allah beri apa yang kita perlu. bukan apa yang kita suka..

    ReplyDelete
  8. Allah tahu apa yang terbaik.
    Moga Allah lindungi orang Islam di Mesir.

    ReplyDelete
  9. indahnya kata2 di atas
    mari kita sama2 doakan buat mereka di sana

    ReplyDelete
  10. I SUKA LAH ENTRY YANG NI.. NAK LIKE 100000 KALI TAPI TAK BOLEH :)! TERSEDAR DARI LAMUNAN. THANKS

    ReplyDelete
  11. Surah al-Baqarah ayat 216 : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".

    ReplyDelete
  12. allah yg th..kita jgn buruk sangka

    ReplyDelete
  13. perkongsian yg sgt bgus....lets pray for them..

    #trend ambil gambar makanan.. biasala tu.. kan :)
    jemput singgah baca entry terbaru..
    http://cartiecacloset.blogspot.com/2013/08/ambil-gambar-makanan-sebelum-makan.html

    ReplyDelete
  14. Nice. I love it to bits. So deep. :)

    ReplyDelete
  15. peringatan dan perumpamaan yg sangat bagus..lets pray for them :)

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum.

    Perumpamaan yang mudah..tapi selalunya kita susah nak relate hubungan kita dengan Allah.

    Bila melibatkan hubungan sesama manusia, kita faham, mcm cth ibu dan anak diatas. Tapi, bila nak relatekan dengan Allah, kita selalu terlupa..rasa DIA jauh..sedangkan DIA sentiasa ada..tunggu kita mencariNYA.

    ReplyDelete
  17. alhamdulillah suka entri ni...tersentuh baca setiap bait kata2,tu teena

    ReplyDelete