Wednesday 6 May 2015

Trip to Pantai Morib

Assalamualaikum

Hai bertemu kembali :) Setelah sekian lama tak pergi bercuti, akhirnya dapat jugak masa nak bersuka ria. Yeay!!! Hahaha bercuti lah sangat. Sebenarnya aku ada kem. Sounds bored right? But wait! It doesn't a bored camp actually after you look all of these photosss. Ke manakah kita nak pergi ye kawan-kawan?

 So, i'll bring you to MORIB !!!

Kitorang ada teambuilding kat sini. Antara SMF & Sophys. Jangan tanya aku apa benda dua nih, tapi dia persatuan laaa. Kan kita nak bersuka ria, taknak citer pasal buku, pasal program, pasal persatuan, pasal kerja. Kita fokus part bersuka ria je eh? Hehe, ye aku kalau part berjalan, berjimba memang no 1.

Sekarang kitorang tengah naik rakit. Hand-made rakit tau, ikat guna tali rapiah & PVC jer. Tapi bukan aku yang ikat, kaum lelaki yang ikatkan. Kitorang yang perempuan belajar teknik nak terapung dalam air. Masalahnya teena, kau terapung ke? Badan sekeping macam biskut lemak boleh ke terapung? Tapi yang confirm, aku tak lemas. Tasik paras pinggang nak lemas acane  -'_- 

Oh, ni team aku. Team Choyyyy. Baru lepas berkayak. Dapat no 3. Kira hebat la. No 3 out of 3 groups. Gaya perlu ada beb (walaupun kalah). Konon dah cukup swag la ni eh. Choyyyy sangat !

Okay, kali ni kitorang juara. Dapat no 1 untuk 'target shooting'. Sebelum ni tak pernah main paintball, tapi selepas menembak menggunakan pistol paintball ni, WAJIB main. Akanku ajak rakan-rakan seperjuanganku untuk turut serta menembak.

Sebelah malamnya pula, ada night walk kat hutan paya bakau. Subhanallah, pemandangan malam tu sangat indah. Bulan penuh, bintang bekerlipan, bunyi cengkerik, dan kami berjalan kaki di dalam lumpur. Paras lutut. Jenuh nak mengangkat satu-satu kaki. Lagi sekali, aku tak pernah pun masuk dalam lumpur, yang ada selut tebal-tebal. Tapi sekali dah masuk, memang syokkkk. CHOYYY wehhh. 

GOOGLE IMAGE. Tak bawak kamera sebab takut kamera jatuh dalam lumpur. Tapi lumpur yang kitorang masuk tu lembikk. Sekali pijak, terus kaki terbenam ke bawah. Rumah aku bukan belakang bendang ke apa, bila dapat rasa pengalamam macam ni, rasa bersyukur sangat. Geliiii sebab tanah tu lembikk sangat. Tapi sangat worth. Yuppp, really WORTH ! Kotor dia jangan citer lah kan. Boleh la jadi askar wataniah yang ada calit-calit hitam kat pipi tu. Cuma aku tak main laa calit-calit ni, aku terus buat facial lumpur satu muka. Sonang! Terus hilang semua jerawat, jeragat, segala mak nenek kat muka. Ok tipu, pipi jer licin, jerawat tetap ada :(

Malam-malam karaoke nyanyi lagu RAYA lol



Go teena !!! Seronok dapat naik flying fox, jalan atas kayu & jambatan yang bergoyang-goyang. My first experience. Not bad lah. Again. Akanku pujuk rakan-rakan seperjuangan untuk buat aktiviti macam ni lagi. Part flying fox, aku naik berdua dengan sorang lagi kawan. Tak pasti sama ada nak cepatkan masa atau dia takut aku melayang sebab tak cukup berat. haha.


#teamCHOYYY *sambil laga bont**


Esok paginya kitorang 'mengisa' ketam. Spotted me at the most left side haa.

 Happy face =) Mulut tu tak boleh nganga besar lagi ke teena oiii !



Bila dah letak jaring dalam laut, semua binatang kami dapat tangkap. Belangkas pun jugak. Paling banyak ketam. Best3.

Pharmily Potrait <3 <3 <3

Terima kasih semua yang telah menjayakan program ni. Dapatlah 'lari' kejap dari buku-buku dan assignment. Walaupun waktu ni, family aku pergi holiday ke langkawi. Namun, tetapku gagahkan diri untuk join program ni. Sobsss. Tapi berbaloi  =)




Dan sebelum balik.......

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Kita makan dulu hasil tangkapan hari ini !!! Kalau beli kat pasar mahal wehhh !!!



Till then, now back to reality. Report tak siap lagi lalalala~~~~




Love,
Teena Tna

14 comments:

  1. Ini dekat kem Al-Azhar, ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, kat kem al azhar. pernah pergi sini jugak ke?

      Delete
  2. Best nya ramai2 buat teambuilding lagi la seronok...

    ReplyDelete
  3. wahhh....seronok nya..saya yang dah tua ni terasa rindu nak pegi camp macam ni..

    ReplyDelete
  4. bestnyer... aktiviti tang yg lasak2 tu akak tak minat... tp tang menjaring ketam tuh akak suke...
    belangkas tuh korang msk ke boh ke laut balik?

    ReplyDelete
  5. bestnya!lama gila tak p morib

    ReplyDelete
  6. wah, best bangat.. macam2 ada, makan2, aktiviti lasak, memang daebak lah..hihi

    ReplyDelete
  7. bestnya teena, nanti kita angkut azwa datang sini. biar dia main lumpur bising2

    ReplyDelete
  8. aih...lama dah tinggalkan dunia aktiviti lasak cam ni...bestnyee...

    ReplyDelete
  9. Bestnyer..dulu slalu buat aktiviti.mcm ni..enjoy angt kan..

    ReplyDelete
  10. Banyaknye aktvt Teena buat! Seronoknya~~

    ReplyDelete
  11. hahhahaa.. dekat la jugak rumah. Hahaha.. Kem Al-Azhar memang best. Part selut tu,, err...

    ReplyDelete
  12. wow nice dapat makan ketam..

    ReplyDelete
  13. owh.. macam ni rupany pantai morib tu..

    ReplyDelete