Thursday, 4 February 2016

Ola Bola

Assalamualaikum

Satu malam aku tak lelap tidur angkara si nyamuk! Cis, tak cukup hisap darah kat kaki, kat tangan pun nak hisap jugak. Tak cukup lagi jerawat kat muka, nyamuk pun nak buat 'jerawat' kat muka aku! Dah lah sekarang ni tengah panas, bilik aku malam tadi panas lah jugak. Tapi disebabkan banyak nyamuk terpaksa pakai selimut walaupun sangat tidak selesa. Last-last 'ah lantak kau lah nyamuk nak buat apa kat aku, aku dah immune dengan gigitan kau HAHAHA!'

Ok perenggan pertama merupakan ketidakpuasan hati aku yang tak dapat tidur nyenyak satu malam yang langsung tiada kena- mengena dengan cerita aku nak cerita ni.

Cerita dia keesokan hari nya tu. Nak tengok filem OLA BOLA. Aku kalau cerita melayu memang jaranggggg sangattttt tengok kat wayang. Tapi filem ola bola bagi aku ada satu 'tarikan' dia yang menyebabkan aku perlu tengok kat wayang. Even sampai sekarang ni pun, masih terasa lagi dia punya 'feel'. Rasa bangga. Rasa sayang kat Malaysia.


Serius, cerita ola bila sangat SUPERB! Kalau kau warganegara Malaysia, aku sarankan pergilah tengok cerita ni. Dia punya feel, terus menusuk ke dalam. Sangat. Rasa 'wowww' sangat. Lebih-lebih lagi masa scene bila pasukan Malaysia berada dalam helikopter, mereka menyanyikan lagu "Inilah Barisan Kita". Aku yang kat dalam wayang tu pun terasa macam nak pergi berperang waktu tu jugak.


Okay, aku tak nak cerita detail sangat. Pergi tengok filem ini di pawagam berhampiran anda. Insya Allah tak rugi. Bak kata Luqman Hafidz aka Ali :

"Kita menang sama-sama, kita kalah pun sama-sama"

5 comments:

  1. itulah meluap2 hati nk tgk cite nih... pembuatnya pun dulu buat cite the jourey msti best....

    ReplyDelete
  2. ramai jugak kawan ckp cerita nih best , tp belum ada kesempatan lagi nak menonton . huhu

    ReplyDelete
  3. cerita dai tekankan semangat setiakawan, usaha tangga kejayaan dan jangan mengalah sebelum usaha

    ReplyDelete