Wednesday 28 June 2017

Bukit Saga, Ampang

Assalamualaikum

Hai, kita bersua lagi. Sepanjang semester ni aku memang kena masuk lab selalu. Sebab ada labwork untuk FYP. Weekend pun kena masuk juga ok. So, bila ada satu weekend tu aku free, cecepat aku carik geng nak ajak pi hiking. I need some fresh air! I wanna see the flora! I wanna see all green stuffs! Basically, aku nak back to nature, taknak tengok bangunan especially LAB hahaha.

So, plannya nak pergi Bukit Kutu. Tapi last minute baru tahu nak naik sana kena ada permit. Nak buat permit, dah terlambat pulak. So, ke Bukit Saga lah kita ya. Walaupun sedikit kecewa tak dapat naik Bukit Kutu, dapat Bukit Saga pun jadilah. Asalkan aku dapat masuk hutan tengok kehijauan alam.

Amboi senyum lebar ye Tina dapat masuk hutan. Bukit Saga ni terletak dekat Ampang, KL. Aku tak tahu sangat pasal Bukit Saga, first time dengar pun waktu aku tengah google nak hiking kat mana selepas trip Bukit Kutu tu kena cancel "___"

Pukul 7 pagi gerak dari Puncak Alam, dalam pukul 8.30 sampai kot. Aku pun tak ingat sangat sebab ni cerita bulan April (lol). Terima kasih kepada instagram kerana telah menyimpan memori aktiviti aku hehe. Nak cari tempat ni yang aku ingat trade mark dia kena cari rumah flat bukit saga. Kalau lalu kat area rumah flat, insyaAllah anda berada di jalan yang benaarrr. Dekat kaki bukit dia ada construction site, kena lalu situ dulu sebelum panjat naik. Parking kereta pulak, just park kereta kat tepi jalan macam gambar kat atas ni je. Jalan berbukit pulak tu. Risau aku kalau turun bukit nanti kereta dah takde, dah meluncur ke bawah jee haha.

Ni haa construction site dia. Bagi aku cantik tempat ni. Cantik untuk ber-photoshoot! Tak silap aku kalau naik dari Ampang ada trek A dan C. Antara dua trek ni, satu dia laluan pacak, satu lagi landai. Aku semestinya nak naik yang pacak. Sekali amik kau kaki bukit dia terus pacak habis! Semput aku weh. Asalnya naik ber-empat, tapi disebabkan aku semput, kitorang pecah jadi dua group. Azam dengan Tirah. Aziim dia tunggu aku dulu.

Laluan ni tak pacak sangat. Tu yang sempat posing. Aku siap boleh termuntah pulak kat laluan tu. Adui malu aku dengan Aziim haha. Dah lah aku yang paling semangat ajak diorang, tapi aku yang paling pancit pulak. Namun begitu, itu tidak pernah melunturkan semangat aku untuk sampai ke puncak ye. Aku teruskan jugak sikit-sikit. Naik kejap, rehat. Naik lagi, rehat. Kesian Aziim. Tirah dengan Azam pulak memang dah tak nampak bayang dorang.

Yessss! Finally kita sampai juga ke puncak. Aku rasa ada lah dalam 40 minit mendaki kot. Terus baring kau Tina! Sebenarnya aku ada ambil banyak gambar sekitar kat puncak & trek mendaki, tapi tak tahu lah mana semua gambar tu pergi. Yang ada gambar dari camera dorang ni. Tu pun banyak gambar posing je haha, Nasib lah dah ni je yang aku ada.

Ni dia si Aziim yang tolong tunggu aku nak naik. Pastu dah sampai atas ni aku pulak tolong dia amikkan gambar dia. Dia ni amik gambar kena angle yang betul, takboleh nampak 'gemuk', background kena cantik. Gambau kena tiptop! Hahaha aku layan kan jelah dia ye, orang dah temankan kita kat bawah tu. Oh ye, kat puncak ni jugak ada banyak buaian macam ni. Melambak. Boleh lah nak relax kan badan jap.

 Iya, boleh relax sangat ye.

Boleh tidur lagi ye.

Kaki tak jejak tanah (lol)!

Sampai kat atas ni aku pun call Tirah (ada line kat atas ni yayy). Rupa-rupanya Tirah dengan Azam dah sambung jalan. Dorang nak mandi kat air terjun pulak. Haaa, yang bestnya bukit saga, dia ada waterfall. Kena sambung lagi jalan dalm 50 minit. Setiap kali bertembung dengan orang yang dah sudah sampai ke waterfall tu mesti tanya: 

"lama lagi tak?"

Dengan muka penuh mengah, "ada lah dalam setengah jam lagi"

Jumpa lagi orang lain,

"lama lagi tak, nak sampai ke waterfall?"

"lama jugak", muka penat.

"Lagi berapa minit ye?"

"Dalam 10 minit boleh sampai dah"

Haaa, dengar 10 minit, terus happy. Dengar lagi bunyi air, double happy. Eeee, tak sabaunya nak mandi air terjun!

Terus bertafakur kat air terjun HAHAHA. Waktu ni Tirah dengan Azam dah puas mandi sementara nak tunggu kitorang sampai. Dah lah sebelum ni dorang tak rapat sangat kat kelas, sekali terus kena dating sama-sama kat waterfall. LOL. 

 Tirah & Tina

 Rx 13 fly highhh!!!

Kuasa ULTRAMANNN!!!

HAHAHA macam-macam lah. Pastu bila dah seronok mandi, aku baru teringat satu benda..... biarlah rahsia. 

Dah puas mandi semua tu, kitorang pun bergerak balik. And lagi sekali kitorang terpisah dua. Kali ni Aziim pulak pancit, takpelah aku tunggu dia pulak kali ni. Tirah dah call aku bagitau dia dah tunggu kitorang lama dah, asal tak turun-turun lagi. Tapi kitorang cool je, jalan mana yang termampu.

Kitorang sempat posing lagi tu hehe.


Turun dari bukit tu (nasib baik kereta aku tak meluncur ke bawah haha) kitorang solat kat masjid passtu terus carik makanan. Lapau gilaaaa. Muka-muka bahagia bila dah dapat isi perut. tapi aku lapau lagi masa ni. acana tu?

Alhamdulillah, rasa puas bila dapat jumpa alam dunia hijau ni, Lagi seronok dapat mandi waterfall. Lepas ni nak pergi mana pulak ye?

Saya akhiri entri saya pada hari ini dengan ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN =)

6 comments:

  1. fuh citer bulan april tu.. :D :D
    boleh tahan juga eh bukit sagaa ni.. menarik2..
    selamat hari raya juga..

    ReplyDelete
  2. aduhla, aku tgk pun dh terasa semput dik oi...
    tp kalau dh minat... ssh mcmne pun msti nk jgk merasa hiking tu kan...
    bt hilang stress

    ReplyDelete
  3. ni bila stress dgn study dapat pergi hiking camni mmg best!

    ReplyDelete
  4. http://beritamurnivip99.blogspot.com/2017/11/5-jenis-makanan-ini-bantu-melegakan.html
    http://beritamurnivip99.blogspot.com/2017/11/kenali-4-tanda-tanda-pada-wajah-orang.html
    http://beritamurnivip99.blogspot.com/2017/11/bom-bunuh-diri-meledak-di-masjid.html
    http://beritamurnivip99.blogspot.com/2017/11/gunung-agung-meletus-29-ribu-jiwa.html
    Tunggu Apa Lagi Guyss..
    Let's Join With Us At Dominovip.com ^^
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami :
    - BBM : D8809B07 / 2B8EC0D2
    - Skype : Vip_Domino
    - WHATSAPP : +62813-2938-6562
    - LINE : DOMINO1945.COM
    - No Hp : +855-8173-4523

    ReplyDelete
  5. Loved your content!

    We are PTT Outdoor are looking to collaborate with more bloggers that writes about the outdoors. :D

    Can i know how I can get in touch with the blog owner? Sbb tak dapat cari contact us page. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, thank you for dropping by! Any enquiries can email me at norfatina@gmail.com :)

      Delete