Wednesday 19 June 2013

Jerebu di Melaka

Assalamualaikum...


MELAKA - Akibat pembakaran hutan yang terjadi di Sumatera Tengah, Indonesia, negeri ini merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) paling tinggi iaitu dengan bacaan 123 berikutan jerebu yang melanda negara semalam.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar negeri, Abd. Hafiz Abd. Samad berkata, bacaan yang dicatatkan setakat pukul 11 pagi itu telah dikategorikan sebagai tidak sihat kerana telah melepasi bacaan IPU 100.
Menurutnya, catatan bacaan IPU 123 itu merupakan yang paling teruk berbanding bandar-bandar lain di negara ini yang bersempadan seperti Muar, Johor dan Port Dickson, Negeri Sembilan.
''Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri mendapati bahawa punca jerebu ini adalah disebabkan
 pembakaran terbuka yang berlaku di kawasan punca dan lebih 100 hotspot berjaya direkodkan di kawasan berkenaan," katanya ketika ditemui di hotel Casa del Rio di sini hari ini. - KOSMO!

Pagi tadi semasa hendak ke tempat kerja jerebu agak tebal dan berbau asap. Sampaikan dah berada dalam bangunan yg ber'aircond' pun, bau asap masih tidak hilang. Di jalan raya pula, jarak penglihatan agak terbatas. Jadi, kepada semua yang berada di kawasan jerebu, sila jaga kesihatan anda!

25 comments:

  1. huhuhu~ jerebu boleh buat kita sesak nafas.. >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun, kena pakai face musk, even kt dlm bgunan..

      Delete
  2. ada tgok gmbr2 kawan2 post..agak teruk..dh mmg slalunyer indon wt kte yg kne

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah,agak teruk jugak, nk bernafas pun susah, bau mcm asap, kalu hujan ok sikit kot..

      Delete
  3. wah , adakah ia akan menerjah ke kawasan KL ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 tak menerjah ke KL, kesian kt org KL..hehe

      Delete
  4. bahaya kot..bila de jerebu nie kenalah jaga kesihatan bebaik..

    ReplyDelete
  5. Salam~ Zam singgah dari Segmen Mia Liana Follow & Blogwalking :) Jemput singgah ke blog Zam ('',)

    ReplyDelete
  6. Haaaah.. Saya duduk dekat Muar... Memang tekak rasa sakit. Hidung pun macam ada problem.. nampak gaya nak melarikan diri ke utara la mcm ni. hehehe

    ReplyDelete
  7. jerebu kat selangor pun tahap bahaya jugak, harap adalah helikopter nak turunkan hujan di pelabuhan klg ni...

    ReplyDelete
  8. dah boleh mula pakai mask bila nak keluar rumah nampaknya

    ReplyDelete
  9. pakai mask dan banyak minum air k. Penang Hujan hari ni. Syukur alhamdulillah

    ReplyDelete
  10. kena pakai mask la ya.. banyakkan minum air kosong..

    ReplyDelete
  11. akak tak paham tul lah naper diaorang tu nk bakar2 hutan bagai, pastu negara kite yg dpt kesan nyer... eee geram betul tau, aritu masa akak ada kursus kt johor tgk jerebu dia teruk betul, kalah kl dik... aduh la

    ReplyDelete
  12. kena jurangkan aktiviti luar tu !

    ReplyDelete
  13. ish3..slalunya msti dri indonesia..yg pntg jga kshtan..byk mnum air

    ReplyDelete
  14. bykkan minum air putih
    kena pakai mask ni
    hope hujan segera turun

    ReplyDelete
  15. Teruk jugak jerebu kali ni.. Take care ye..

    ReplyDelete
  16. jerebu lagi ya...huhu....

    take care dik

    ReplyDelete
  17. Cuaca panas sgt skang ni... Hu3
    Jerebu oh jerebu... (-_-)"

    ReplyDelete
  18. Dah tau cucca panas sekarang ni tak yah le nak bakar hutankan....

    ReplyDelete
  19. kat jb pon jerebu boleh tahan gak . dah bape hari ntah tak nmpk matahari. take care ye ^^

    ReplyDelete
  20. kena kurangkan aktiviti luar dan jaga kesihatan.....

    ReplyDelete
  21. Jerebu kat Melaka hari nie lebih teruk. Memang duduk dalam rumah jelah. Kalau tak silap IPU mencecah 400+. Baru dapat info nie, esok semua sekolah ditutup.

    ReplyDelete
  22. berdoalah supaya hujan turun..kuranglah sikit jerebu ni :)

    ReplyDelete