Monday 22 July 2013

Bazar Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah hari ni dah masuk 13 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan. Tadi, lepas solat terawih kami sekeluarga ke bazar Ramadhan di Hang Tuah Mall, Melaka. Memang banyak gerai dibuka & panjang sungguh bazar kat sini.


Kalau sesiapa yang takde baju raya lagi, boleh beli di sini. Terdapat banyak pilihan terutamanya baju kurung peplum. Dari saiz budak kecil hingga mak budak, semuanya ada. Sempat jugak aku 'grab' sepasang.


Semasa aku pergi tak ramai orang sangat. Tadi terjumpa T.Y.T Khalil Yaakob, Yang Di-Pertua Negeri Melaka, tapi tak sempat nak bergambar dengan dia. Tak sangka pulak dia pun bershopping di sini. Sebelum ini ada kawan bagitahu jumpa dia di bazar Ramadhan di Peringgit.


Selalunya di bazar peniaga akan memasang lagu raya kan, tapi tadi ada kumpulan qasidah buat persembahan, jadi takde la terasa 'lagha' di situ. 


Jom kita tengok barang-barang yang ada di sini.






Agak-agak ada ke kaki manusia sebesar capal ni? memang banyak pilihan terdapat di bazar ni. Sebelum balik tadi terjumpa sorang lelaki dengan reptilia ular. Aku suruh dia posing depan kamera aku. hehe. Kalaulah ular ni jerut leher dia, tak dapatlah kau nak beraya ye.


Sebenarnya tadi sebelum ke bazar, banyak kejadian berlaku masa aku solat terawih. Mula2 lampu masjid black out, tapi alhamdulillah selepas 5 minit dah okey, kalau tak solat dalam kegelapan laa nampaknya. Then, masa nak balik, aku nak amik al quran aku kat atas meja tu, tapi dah hilang. huuu. Al quran tu aku beli di KISAS. Mungkin ada orang pinjam jap kot, harap2 esok dia pulangkan semula. Till here, Selamat berpuasa.

Ramadhan Kareem!


27 comments:

  1. Replies
    1. Lagha bermaksud melalaikan. Act, ni perkataan arab, tp bila dimelayukan jd mcm ni, tak tau nk eja mcm mne.

      Delete
    2. Owhh bru tau...heheh..
      Ingtkan bhasa sana

      Delete
  2. a'ah lah lagha tu aper?

    wahhhh jeruk pun ada tu.......

    eeeee kalo i sis...memang ler tak amik gambar ular tu...
    lari dulu lahhhh .... geli geleman oooo ular-ular ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagha means melalaikan.

      Ular tu tak jalan2, so takde rasa takut sgt. Kalau tak sy pun lari jgk, haha.

      Delete
  3. akak lum kesempatan jln2 kt bzr lg dik, bzr ramadhan jual juadan buke pose or bzr yg jual baju2 raya... pyh sbb laki akak takde kt kl skrg nih, pastu akak lak jenis yg mls nk pg tempat bersesak2 gitu ngn anak kecik... oooo tak sanggup... tp seronok tgk org supink2 kt bzr

    ReplyDelete
  4. Betullah tu, ejaan “LAGHA”. Maksudnya begitu, betullah tu.

    Seronok gak eh meronda bazar. Tak semestinya kena beli. Tapi kalu berjaya kawal nafsu tu, alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. Dah xde apa yg perlu di shopping, kalau ada pun nak beli biskut raya. Semuanya dah settle

    ReplyDelete
  6. macam2 ada.. tinggal nak pilih mana yang berkenan.. T.Y.T turun padang nak tengok persekitaran dan rasa suasana shopping dalam keadaan santai.. ;)

    ReplyDelete
  7. meriah jugak ye..wlwpn dah lepas terawih..ttp ramai org :)

    ReplyDelete
  8. rambang mata haaa. semua cantik-cantik.

    ReplyDelete
  9. banyak juga pilihan pakaian raya.. akak belum shopping raya lagi.. hehe..

    ReplyDelete
  10. cik akak tak belanja lagi dik...gaji lom masok lagi...
    tunggu gaji masok baru cik akak nak bershoppng nie :)

    ReplyDelete
  11. kak teena pung duk melaka ke.. fiza pung.. hehehe....
    kak teena shoping kat hang tuah mall ea... bnyk x pilihan.. rase nak pergi lah esok.. hehehe

    ReplyDelete
  12. wooo..meriahnya.. btw,, dak kisas ke..

    ReplyDelete
  13. mak aih.. ada persembahan qasidah.. wah, ini memang unik dan lain daripada yang lain

    ReplyDelete
  14. Rambang mata tengok baju2 tu semua....

    ReplyDelete
  15. salam ramadhan # 14..datang dari segmen"
    "Singgah Sahur Salam Ukhwah OhBlogger Malaysia
    m3h lum berkesempatan lg nk pegi bazar hang tuah mall ni..dgr kate sesak..tu yg mls nk pegi..hee

    ReplyDelete
  16. bestlah bazar kat situ.. klau dkat dgn melaka mmg saya dh pg dah.

    ReplyDelete
  17. wow..meriahnye..geram pulak yumida tengok
    x sabar nak shopping nnti
    hope mega sale besar-besaran

    ReplyDelete
  18. Bestnya shopping! :D Teringin nak pakai peplum tp body chubby, x sesuai huhu

    ReplyDelete
  19. Salam.

    Cantik peplumnya! harga ok ke teena? :) Lana kat tunggu jualan gudang raya kat tmpt lana ni. Tiap tahun buat, salunya seminggu terakhir bulan puasa.

    Baju2 mmg tak beli dah, beli biskut tunjuk, kasut, tudung, benda2 cmtu,heehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga boleh tawar menawar. baju yg Teena beli harga asal dia rm 200++, lepas tawar dapat 100++, ok lah, not bad.

      takpe, pergi time nak raya mesti ada sale besar-besaran.selamat bershopping!

      Delete
  20. lama tak pergi melaka... shopping kt sana best2.

    thn nie semua org pakai bju raya peplum. hehe

    ReplyDelete
  21. cun doe peplum kat situ.. waaa tomato tak beli baju raya lagi

    ReplyDelete
  22. meriahnyaaaa.. akk x pernh pergi..tnggu dah kwin ngn orng mlka blh la ke sana..hehe

    ReplyDelete