Saturday, 31 August 2013

Just a Random Sight From My Eyes

Assalamualaikum w.b.t.

Pernah tak korang duduk keseorangan di tempat awam? Contohnya, sementara nak tunggu wife/husband bershopping tiba-tiba rasa penat, malas dah nak temankan, duduk sorang2 kat tepi kerusi? Jadi sementara nak menunggu mesti kita dapat lihat pelbagai ragam manusia yang lalu-lalang di hadapan kita. Jika kita fikir-fikirkan, hanya dengan melihat persekitaran seperti ini, kita dapat 'belajar' sesuatu.

photo by google

Minggu lepas saya kena pergi kerja menaiki kenderaan awam iaitu bas rapid atas sebab-sebab tertentu. Perjalanan yang mengambil masa selama 30 minit yang dirasakan sungguh bosan terasa seronok melihat pelbagai situasi sepanjang perjalanan, antaranya :

(i)
Semasa bas berhenti di lampu isyarat, saya terlihat seorang anak kecil di dalam stroller. (tak tahu apa nama dia tapi tempat letak baby di dalam kereta tu). Baby tu sedang minum susu botol, tapi susu tu tak sampai pun ke mulut dia. Then, ayah dia yang kat sebelah tolong pegangkan botol susu tu sambil tarik tangan anaknya supaya memegang botol tersebut. Tapi maybe baby tu malas, dia tak nak pegang. Dengan penuh kesabaran ayahnya pegang botol susu tersebut sambil memandu. 
Korang 'nampak' tak apa yang aku 'nampak'?

(ii)
Seorang pelajar sekolah, sedang membaca buku di dalam bas. Buku ekonomi sempat aku skodeng buku apa dia baca. Mungkin ada peperiksaan di sekolahnya pada hari tersebut. Dulu aku pun sepertinya, pantang ada masa terluang pasti nak baca buku. Nak pergi mana-mana wajib bawa buku (bawak jer tapi tak baca pun). Tapi kalau di tempat terbuka agak susah untuk ingat apa yang kita baca sebab suasana yang kurang kondusif. Namun, setiap orang ada cara belajar mereka tersendiri kan.

(iii)
Kat dalam bas yang saya naik tu ada tempat duduk khas untuk orang tua, wanita mengandung & seumpamanya. Tapi tempat itu telah dipenuhi oleh orang yang masih mampu untuk berdiri. Kemudian kelihatan seorang wanita yang agak berusia naik bas tersebut, tapi orang2 yang duduk tu buat selamba jer. Nak bagi wanita itu duduk, saya pun terpaksa berdiri juga. Mengikut pandangan saya, yang duduk tu bukan warganegara Malaysia, sebab penampilan yang macam orang asing. Mungkin mereka tiada sensitiviti kot.

Situasi yang sama tapi waktu berlainan.
Kelihatan seorang wanita (tapi masih sihat) naik ke dalam bas. Dia mencari tempat duduk, tapi kerusi itu basah. Dengan sukarelanya, seorang lelaki bangun dan beri tempat duduknya kepada wanita tersebut. Sejuk mata memandang. Kali ni lelaki Malaysia. Alhamdulillah ada lagi orang macam ni. 

(iv)
Semasa bas tu berhenti di lampu isyarat, saya terlihat seorang pemuda di dalam keretanya sedang seronok makan kuih raya. Dia sorang jer dalam kereta. Nampak seperti dia begitu menikmati kuih raya sambil dengar lagu-lagu di radionya. Kelakar pun ada, kalau lah dia tahu saya sedang melihatnya, agak-agak dia nak bagi tak saya kuih tu?

Hanya melalui pemerhatian, saya dapat belajar sesuatu. Kadang-kadang ia membuatkan kita rasa sedih, gembira, kelakar, geram, bersyukur etc. Dan saya dapat rasakan di Malaysia kita seperti sebuah keluarga. Walaupun mereka bukan darah daging kita, tapi kita tetap panggil 'mak cik', 'pak cik', 'aunty', 'uncle'.  Pernah tak anda alami situasi seperti ini? Jom lah kongsi cerita anda pula. 

Saya Sayang Malaysia!
Salam Kemerdekaan

24 comments:

  1. best post ni,eh eh,saya pun sayang Malaysia..hehe

    ReplyDelete
  2. 'baby car seat' name dia.. *refer to situation #1* ;)

    ReplyDelete
  3. huwaa.. x suka naik bus pastu kena berdiri..nak2 bus rapid... ngee~

    ReplyDelete
  4. banyak lagik contoh yang lain...yang penting kite kene bersatupadu untuk mengekalkan kemakmuran dan keharmonian negara kite...hehheh...

    ReplyDelete
  5. Pernah saya pandu kereta berhenti di satu lampu isyarat. Sebuah kereta berjenama mewah berada betul-betul di sisi kereta saya. Seorang wanita cantik berambut emas di dalamnya sedang mengorek hidung. Kemudian dia membuang 'sesuatu' di kerusi sebelahnya....Saya tergelak seorang diri..

    ReplyDelete
  6. sy jrg sgt naik bas..tp kalau ktm pnh la..pnh tgok mamat afrika..dia nk dgr lgu kt hp dia..tp yg ada pada dia earphone sony..sdgkn dia pakai nokia..he3 dgn selambernya dia bt2 nk guna la..bajet xde yg perasan..ha3..tersyum sorg sy tgok..msti dia malu =) dh la lagak mcm layan lgu je..earphone time 2 dh letak kt telinga..seram nk naik pgngkutan awam skrg ni..mkhluk asing ramai sgt dr rkyat tmpatan..ape pn sy ttp sygkn Malaysia =)

    ReplyDelete
  7. masa saya belajar dekat KPTM KL, antara benda yang saya suka buat bila ada aja masa terluang... saya gi layan borak dengan buskers dekat depan maybank BB or central market tengok orang melukis..huu.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaykum. Randomly stumbled upon your blog. MashaAllah, I've been following your blog for sometimes now, always found it very interesting.

    ReplyDelete
  9. Entry kemerdekaan yang terbaik saya jumpa tahun ini.. penuh makna dan berjaya buat otak ini berfikir... syabas! suka entry nie.

    ReplyDelete
  10. BETUL2 .kadang2 kite panggil someone tu rase macam dah lame kenal je kan ..uncle cina ke , pakcik tua ke , aunty india ke ,, sy bangga lahir dalam masyarakat majmuk dalam malysia nie!! <3 <3 <3

    ReplyDelete
  11. pantang ada masa terluang, terus baca buku? patutlah pandai. :-)

    ReplyDelete
  12. salam merdeka.. melalui pemerhatian dapat menambah pengalaman dan ilmu pengetahuan.. bersyukur kerana negara kita aman.. nak ke mana pun bebas..

    ReplyDelete
  13. Memeng seronok perhatikan gelagat orang lain. Perhati dan mentelaah bukan mengutuk..hehe. Bukan apa cuma sbg add on dalam penulisan jika kita seorang pengkarya ilmu, sasterawan, pembikin filem dan seumpamanya..^___^

    ReplyDelete
  14. kalau naik bas mmg mcm2x blh kita tgk.. mcm2x ragam manusia ada.. tpi, skng ni bnyk org asing la yg naik bas.. nak2x lgi bas henti-hnti nih..

    #yg nmbr 4 tu best.. kuih raya apa dia mkn? almond london ke hehe

    ReplyDelete
  15. yg korek idung tu selalu nampak..

    ReplyDelete
  16. kan,,, selalu kalau iqa dok sorg2 pon iqa selalu usha ape je org buat. cam best plak

    ReplyDelete
  17. betul2.. kt tmpat awam pon kit aboleh belajar something. selalu kt mall yg bnyak ragam. hehe

    ReplyDelete
  18. sama la..bila berada di tmpt awam..suka memerhati benda sekeliling
    dari situ memahami kerenah manusia pelbagai ragam

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum. saya pun suka perhati orang disekeliling. tapi itu hobi suami sheilaaa. hehehhee. macam2 benda kita boleh nampak bila perhati oranggg. boleh jadi pengalaman, boleh juga jadi randomly :)

    ReplyDelete
  20. haha bile dah kt tmpt public sorang2,kite msti akn jadik pemerhati yg tegar kan..jarang skali just dduk dan tenung dinding,.same goes to me..haha..

    ReplyDelete
  21. Dulu akak pun suka membaca time baik bas. rasa sekejap je dah sampai. Tapi ok je boleh masuk jugak apa yg di baca. kekadang tu boleh buat latihan tubi lagi tau. hahahaha...

    pernah suatu hari ada student cina, perempuan telah duduk kat kerusi, then bila loceng berbunyi dia pun turun, kelam kabut seorang budak lelaki melayu.student jugak terus duduk kat tempat tu, Akak tak sempat nak ckp terus duduk je budak tu. Sebenarnya period budak perempuan cina tu dah bocor, jadi budak lelaki tu duduk atas cairan darah tu. Sian pulak akak kat dia, sebab bila dia turun nanti mesti ada tompokan darah kat seluar dia.

    ReplyDelete
  22. Dulu saya pernah menulis mengenai hal nie.. tapi time tu x cukup maklumat...
    artikel nie benar2 menjelaskan isu mengenai hal nie..
    terima kasih atas penulisan awak...

    Feel free to visit my weblog: Affiliate Malaysia

    ReplyDelete