Wednesday, 18 September 2013

Cerita di Farmasi

Assalamualaikum...


Hari ini aku kena jaga kaunter di farmasi, bukan dispense ubat, tapi jaga kaunter SPUB. Jika sebelum ni, aku hanya berkhidmat di 'belakang tabir' sahaja, tidak untuk minggu ini. Dan semestinya haruslah tunjukkan muka yang comel lagi manis ini di kaunter itu, mesra pelanggan lah katakan. Walaupun dalam hati rasa macam malas nak senyum, tapi kena paksa juga. Sebab kebanyakan pesakit dari warga emas, so, kita sebagai orang muda perlu tunjukkan sikap sopan-santun dan bersedia untuk membantu mereka. Kadang-kadang kesian tengok mereka yang datang sorang2 or dengan pasangan yg juga warga emas. Rasa nak tolong, kerja aku pulak nanti takde orang nak buat. Hanya mampu berdoa dalam hati agar segala urusan mereka di permudahkan. 

Okay, meh aku terangkan tugasan aku menjaga di kaunter SPUB. Ada beberapa borang yg perlu patient tu isi sebelum langkah seterusnya.

SPUB - Skim Pendispensan Ubat Bersekutu
Kebanyakan patient perlu mengambil ubat bagi bulan seterusnya di hospital. Namun disebabkan kekangan masa, tiada transport, patient tersebut boleh ambil ubat mereka di klinik2 kesihatan berhampiran rumah mereka. Dan di sini ada juga disediakan  perkhidmatan pandu lalu & hantar ubat melalui pos. Tapi yang aku tahu untuk Hospital Melaka jer, tak tahu pulak hospital kat tempat lain macam mana. 

Dan rasanya semua sudah maklum, ada sesetengah hospital amat lambat servis mereka. Lambat bukan sebab orang yg lambat, tapi sebab terlalu ramai pesakit. Tadi ada sorang mak cik ni duduk dekat dgn kaunter aku jaga tu, dia cakap dari pagi tunggu ada appointment dgn doctor dah berapa jam menunggu, ni kat farmasi nak kena tunggu lagi. Masa tu dah pukul 4 lebih. Dan aku pun bagi tahu kat dia, " ni mak cik nampak kat kaunter tu sikit jer Pegawai yang jaga kaunter, tapi kat belakang tu ramai yang tengah sibuk menyediakan ubat, kadang tu sorang patient samai 2-3 page slip ubat diorang". Mak cik tu "ohhh". Harap2 mak cik tu faham keadaan kami.

Sebagai seorang trainee yg sedang menjanlankan praktikalnya, aku kena 'telan' jer semua arahan yang diberi. Kerja hampir satu tahun tanpa gaji (sebab masih bergelar pelajar) amat mencabar ketahanan aku. Yelah kerja agak penat, tapi habuk pun takde. Namun, orang kata pengalaman itu lah yang perlu kita cari, ye banyak pengalaman yang aku dapat sejak bergelar trainee di sini. Tapi ada 7 bulan lagi kot praktikal aku di sini. Huaaa....

Ya Allah, Kau ikhlaskanlah hatiku untuk meneruskan pekerjaanku ini. Semoga tenaga yang aku kerahkan ini dapat membantu mereka yang berada dalam kesulitan. Dan Kau sembuhkanlah penyakit para pesakit ini agar mereka dapat meneruskan kehidupan mereka seperti insan yang lain.

Chayok Teena!!!


27 comments:

  1. May Allah give you the strength..:)

    ReplyDelete
  2. Salam teena...

    Tugas yg mulia tu samada di belakang tabir atau di kaunter...masa bertemu dgn org ramai tu,apalagi pesakit...tunjukkan wajah teena yg manis tu,sentiasalah tersenyum...pahala sedekah dapat,pahala ikhlas juga dapat....org yg sakit,bila tgk wajah comel teena yg tersenyum,blh hilang sakit tau...hehehe

    Amiin..moga semua pesakit tu cepat sembuh.....

    ReplyDelete
  3. moga dipermudahkan segala urusan sis
    dh habis training nnti dpt la pengalaman sebenar bekerja
    beznya
    all d bez k

    ReplyDelete
  4. eyhh samela kita dulu farmasi gak..hehe skrang tukaq bidang... huhu... tapi kita dulu ade elaun... takpela sabar jelah ye... ;)

    jemput singgah blog! ;)

    ReplyDelete
  5. Amin =) smoga Allah permudahkanNya..teena praktikal smpai stahun ke?? mmg xdinafikan kalau kt hospital kena tggu berjam2..kdg2 kalau yg fham boleh la terima..yg pntg sbar

    ReplyDelete
  6. lamanyer praktikal kt situ dik.... akak dulu praktikal 3bln je dik huhuhui... yelah kerja lain cabaran nyer kan... semoga teena sentiasa sbr menjalani praktikal kt situ yek

    ReplyDelete
  7. chayok tina ! pekerjaan nurse ni mulia sgt n u will get reward for helping people :)
    doakan tina sentiasa kuat dan bersemangat yew :D

    ReplyDelete
  8. semoga terus bersemangat untuk meneruskan kerja.. permulaan yang pahit, semoga manis di penghujungnya..

    ReplyDelete
  9. sabar tu ada ganjarannya. kerja yang mulia membantu orang ni sangatlah best. semoga urusan kita semua dipermudahkan. amin...

    ReplyDelete
  10. dulu pernah nak amik kos farmasi tapi takde rezeki . gedlak akak , banyak kan bersabar dengan karenah manusia . biar orang baling batu , kita tetap bagi bunga . cjaiyok !!

    ReplyDelete
  11. Ramai yg komplen hospital kerajaan slow. Tapi nak cepat macam mana jika nisbah doktor dan penduduk masih tak banyak berubah dari nisbah dulu-dulu. Kesian tengok doktor hospital kerajaan yg seringkali mengadu tiada waktu utk keluarga dan diri sendiri kerana hospital dan wad telah jadi rumah tangga nombor satu manakala rumah sendiri cuma rumahtangga nombor dua...

    ReplyDelete
  12. lama jugak praktikal eh? :)

    anyway, enjoy yourself in whatever things you do ok. even terpaksa sekalipun. :)

    ReplyDelete
  13. lamanya praktikal sampai setahun ?? ganbatte teena :)

    ReplyDelete
  14. hai sis..tq sudi jenguk blog akak..done folo...

    ReplyDelete
  15. aah . yup , pengalaman itu penting . :D

    ReplyDelete
  16. Lamanya praktikal.. bru first time dgr smpai setahun praktikal :D moga berjaya ye !!

    ReplyDelete
  17. faham perasaan praktikal takde elaun ni.. hehe.. sampai tempat praktikal pukul 7 pagi nak elak jammed punya pasal. balik pulak pukul 8-9 malam settle kan kerja2 lab. tapi tu lah, dapat belajar banyak benda.. tu yg bestnya.. cuma duit minyak tu lah pening kepala sikit.. hehe

    ReplyDelete
  18. salam apa khabar teena :)

    yelah lama tu praktikal.owh baru kak lea faham.dah penat beratur nak jumpa doktor,kena tunggu lagi nak ambil ubat.tengok kaunter farmasi tu sunyi je macam tak busy pun,rupa2 nya kat belakang ada staff susun ubat ye huhu.apa2 pun tu semua pengalaman.amin...untuk semua doa teena tu :)

    ReplyDelete
  19. Betul Teena nk ikhlaskan diri dlm pekerjaan kita mmg susah... yelah nk dpt ganjaran Allah mmg byk dugaannya
    Kalau kita tak mendidik hati sendiri...sapalah lagi kannnn....

    ReplyDelete
  20. fuh.. praktikal lama giler tuh.. ada elaun tak?

    ReplyDelete
  21. habuk xde xpe. yg penting pengalaman. hehe

    ReplyDelete
  22. salam teena. wah lamanya practical. setahun tu. baru first time dgr. selalunya plg lama pun 6 bulan je. Yana pun baru je habis practical tp 2 bulan jela. dlm tempoh setahun tu mesti mcm2 pengalaman dpt. moga berjaya ya. :)

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum.

    Akak praktikal sebulan tanpa gaji..pun rasa azab juga..tempoh kejap, tapi disebabkan bnyk fieldwork..rasa semput je,huhu.

    Tapi spnjg fieldwork tu, banyak akk belajar dik. Belajar duk rumah sewa, belajar pergi balik kerja, cari makan sendiri, jaga waktu solat, belajar berurusan dgn org. Hari2 lain org, sbab fieldwork kt tmpt lain2.

    Banyak kita boleh belajar.. kalau kita mahu belajar.. good luck ya dik :)

    ReplyDelete
  24. Waahh.. sama lah praktikal tapi tak dapat elaun.. kami praktikal 3 bulan je.. pon tak ada elaun. tapi takpelah.. pengalaman kerja tu yang menariknya.

    ReplyDelete
  25. May Allah bless you. Buat baik2 dlm praktikal tu.

    ReplyDelete
  26. May Allah bless you. Buat baik2 dlm praktikal tu.

    ReplyDelete