Saturday 19 October 2013

Belajar Untuk Lebih Menghargai

Assalamualaikum w.b.t.


Semalam kawanku punya mak punya kawan punya isteri cedera parah akibat kemalangan jalan raya. Sebenarnya mereka satu famili (suami, isteri, 3 org anak) baru pulang menghantar anak mereka ke UPM. Semasa dalam perjalan pulang ke rumah mereka di Segamat, sebuah lori tiba-tiba menukar lorong dan melanggar kereta mereka. Jadi si ibu yang berada di tempat duduk penumpang di bahagian hadapan kereta dilanggar teruk dan mengalami kecederaan parah.. Anak-anak dan suaminya hanya mengalami cedera ringan. 

Semasa di hospital, bahagian A & E (Accident&Emergency), si anak yg kakak berusia 16 tahun, hanya mampu bercakap "mak, mak, mak". Walaupun darah di tudung, lebam di muka, namun fikirannya hanya memikirkan keadaan ibunya sahaja. Si ayah pula hanya senyap, duduk, tak mampu nak bercakap dengan sesiapa. Si Adik pula masih sempat berlari-lari walaupun terdapat luka sedikit, tapi dia tak faham keadan yang berlaku sekarang. 

Ini adalah ringkasan daripada cerita kawan saya yang baru sahaja melawat mereka. Pada masa itu saya belum masuk kerja, patutlah saya perasan muka mereka serius membincangkan sesuatu. Dia yang melawat terpaksa tahan nangis sebab tak nak bagi si kakak merasa lebih sedih. 

Sebelum ini, si ibu biasanya akan duduk di bahagian belakang kereta, manakala anak-anaknya akan duduk di sebelah ayahnya. Tapi kali ini tak tahu kenapa si ibu tiba-tiba nak duduk sebelah pemandu. Mungkin naluri seorang ibu tahu sesuatu yg akan terjadi & tak ingin apa-apa berlaku kepada anaknya. Mungkin. 

Ya Allah, Kau berilah kekuatan kepada keluarga rakanku dalam menghadapi dugaanMu.

Ya Allah, bagaimana kalau perkara ini terjadi ke atas keluargaku? Mampukah aku menghadapi ujianMu ini? Tidak dapat bayangkan keadaan di rumahku tanpa gurauan kami sekeluarga, tiada usikan daripada adik-adikku, ejek-mengejek antara kami. Walaupun rasa annoying sangat, tapi aku dah terbiasa dengan suasana ini. Aku dah terbiasa berada dalam suasana yang penuh dengan keceriaan, tapi kita tak tahu apa yang akan jadi. Within one second, semuanya boleh hilang, semuanya boleh hancur, semuanya boleh pergi dalam sekelip mata. 

Kepada mak, ayah, akak, ati, abil, A sayang sangat korang. A minta maaf kalau A selalu buat mak sakit hati, buat ayah susah. Mungkin A nakal sedikit, tapi jauh di sudut hati A sayang sangat3 mak & ayah. Akak, Abil, Ati, aku tak dapat bayangkan kalau tak bergaduh dengan korang di rumah. Suka nak buli dak Abil. Kalau ada orang kentut, mesti secara automatiknya semua akan ketawa. Suka amik gambar time orang tengah tidur dengan 'aksinya'.

Ya Allah, aku tahu semua ini adalah ketentuanMu, tapi aku berharap aku dapat membalas jasa mak & ayahku sebelum mereka melelapkan mata buat kali terakhir. Izinkan aku untuk memberi nafkah kepada mereka hasil titik peluhku sendiri. Izinkan aku untuk melihat senyuman mereka sepanjang kehidupan mereka. 

Kalau ada antara ahli keluargaku yang terbaca tulisanku ini, A minta maaf tau. Tapi kalau korang dah  baca, jangan tunjukkan yang korang dah baca depan aku nanti, kita buat biasa-biasa jer. Dan lebih penting, kita perbaiki diri kita sama-sama dalam mengekalkan kasih sayang antara kita sekelurga. Semoga kasih sayang kita kekal hingga ke syurga nanti. 

Jom kita tengok muka-muka manis kita.

Cameron Highland






Penang








I-city Shah Alam






















Zoo Melaka












Dah lama tak bukak album gambar. Ni jer yang terjumpa, gambar-gambar lain dah tak tahu terselit ceruk mana. Nanti bila berada di perantauan, tengok picture ni mesti rindu sangattt.

My family, my everything.

43 comments:

  1. insya allah, teena anak yang baik, insya allah , allah akn lindung keluarga teena selalu. doa2kan untuk keluarga selalu k, hee, good luck praktikal. heee :)

    ReplyDelete
  2. Salam sayang teena...
    Syukur...keluarga bahagia ini jd milik teena....sweetnye...kentutpun ketawakan..sama je dgn adik beradik akak,paling diorg suka amik pic sesiapa yg tidur kemudian post kat group famili....hehehe....jom kita perbaiki diri dn hubungan kita dgn keluarga kita dn sesiapa sj.....nice entry.....

    Moga keluarga yg kemalangan tersebut tabah dn segera sembuh ibu mereka....

    ReplyDelete
  3. Semoga semua keluarga kita sentiasa dilindungi Allah di manapun kita berada, amin....

    ReplyDelete
  4. tringat family kat kampung... :(

    ReplyDelete
  5. Acik Ina kalau baca kisah kemalangan yang melibatkan kematian mesti rasa sedih...terus terbayangkan keluaga yang tinggal lebih2 lagi kalau anak2 kecik yang jadi yatim piatu... memang kita kena hargai keluarga kita dan bersyukur kita masih ada mereka...

    Suka acik ina tengok gambar famili awak :)

    ReplyDelete
  6. semoga keluarga awk dirahmati di bwh lembayung kasihNya.

    ReplyDelete
  7. wah,banyak nye gmbar. Semua nmpak bahagia lah :D Apapun, moga keluarga kwn cik teena tdi tu selamat, amin..

    ReplyDelete
  8. bila baca entry ni.. tertiba rasa sebak .. tak boleh imagine my life without my family.. maybe somtimes diaorang annoying tahap gaban... tapi tanpa mereka.. kita akan sunyi.. dan hidup tak bererti tanpa keluarga.. :)

    ReplyDelete
  9. never stop praying for the safety of our family :)

    ReplyDelete
  10. Tgk pic Cameron Highland tu teringat plak kenangan dekat Cameron hujung tahun lalu..

    ReplyDelete
  11. Bestnya dapat melancong dengan famili..semoga si ibu sembuh..sentiasa berdoa semoga ahli keluarga selamat dan dilindungi Allah...

    ReplyDelete
  12. harap ibu mereka cepat sembuh.. hargai keluarga kita selagi masih ada.. mudah-mudahan keluarga kita selamat dan dilindungi Allah..amin.

    ReplyDelete
  13. great family. moga tercapai apa yang dicita-citakan,, :)

    ReplyDelete
  14. Family adalah segalanya untuk kita.. Moga kita dapat terus berbakti kepada mereka :)

    ReplyDelete
  15. sebak membaca hargai yang tersayang selagi ada hayat mereka kan ! & maaf lambat terjah balik, kebusyan dgn kerja & kesihatan Adik x mengizinkan lately !

    ReplyDelete
  16. sebak akak baca ntry ni pasal kemalangan tuh dik.... agaknya naluri mak tu kuat kot utk dia berkorban utk anak2 nyer... moga mak tu selamat n sihat....

    ReplyDelete
  17. kadang...kita bawak keta elok2 pun,org lain yg buat kesalahan..kita yg kena..

    ReplyDelete
  18. keluarga adalah harta yg tidak ternilai.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum.

    Teena, itulah yang akak rasa lately.. rasa risau, tak tenteram..sebab kenangkan family..especially, mak abah akk yg makin tua. Macam akak, kami dua beradik je..skrg kami masing2 kat s.alam, parents berdua kat rumah..

    Rasa nak duduk je kat rumah..tpi tak boleh macamtu..yg boleh buat skrg, weekend balik rumah, pastu setiap hari paling tidak mesej tnya kabar dan pesan kat dua2, jaga diri baik2.. huhu, tulis komen ni pun terkenang abah n mak..

    ReplyDelete
  20. xde shari pon yg brlalu tanpa sy doakan ALLAH amik nyawa sy dl sblm nyawa family sy..beshnya tgk gmbr tina n family g jalan2..luangkan masa sbyk mungkin ngn org yg kita sygkan k..n jgn lupa doakan yg trbaik utk mrk..hihi

    ReplyDelete
  21. Semoga keluarga kita dilindungi Allah swt..mmg xleh byang mcm mn kalau kita kehilangan keluarga tercinta..pnh juga terfikir smua ni..mmg rsa sedih sgt..ape pn berdoalh bnyak2 smoga semuanya dilindungi Allah

    ReplyDelete
  22. semoga mereka tabah menghadapi ujian.. semoga maknya akan segera sembuh..

    ReplyDelete
  23. semoga mereka terus tabah...dan kita belajar menghargai keluarga kita

    ReplyDelete
  24. ken hargai orang disekeliling dan dengan itu kita akan dihargai :)

    ReplyDelete
  25. In Shaa Allah.. kita sebagai anak mesti akan sayang mak ayah. semoga keluarga kita dilindungi. bestnya dpt jenjalan :)

    ReplyDelete
  26. moga2 keluarga tu selamat dan baik2 sahaja.. betapa hebat naluri protective seorang ibu. always nak the best utk suami dan anak. hinggakan naluri pun merasa begitu..

    family adalah segalanya ,,

    ReplyDelete
  27. Semoga kita semua dilindungi Allah..Doa untuk semua..

    ReplyDelete
  28. Ajal maut urusan Allah. Kita sebagai hambanya, berdoalah agar yang terbaik milik kita.

    ReplyDelete
  29. Insya-Allah. Kekadang risau jugak kan? Malang manalah berbau. Apa2pun, selawat jangan dilupakan. :)

    ReplyDelete
  30. seronok bercuti dengan fmily :D

    ReplyDelete
  31. ada masa bila kita hampir kehilangan sesuatu baru kita nampak keindahan sesuatu itu

    ReplyDelete
  32. kalo kite susah kawan jarang je yg bantu.family jugak tempat kite mengadu..so, hargailah diorang :)

    ReplyDelete
  33. moga kita smua x lupa jsa ibu bpa... amin..... :)

    ReplyDelete
  34. kenangan bersama tak mungkin dilupa.. namun kita mesti ingat, kematian itu pasti supaya kita tidak terlalu terkejut bila tiba masanya nanti. sentiasa bersedia ke arah itu dan apabila dalam keluarga terlupa tentang kematian, sentiasa mengingatkan supaya kita lebih banyak memberi waktu untuk memaafkan dan mencipta lebih banyak kenangan. insyaAllah.. semoga kita semua berjaya menjadi anak yang soleh dan solehah. amiin

    ReplyDelete
  35. hmm.. semoga keluarga kawan cepat-cepat sembuh :")

    ReplyDelete
  36. Salam Maal Hijrah dari Bunda...

    ReplyDelete
  37. selagi mereka hidup,hargailah orang yang ada disekeliling kita..

    ReplyDelete
  38. wahh seronoknya dapat pegi tempat2 yang menarik : :) hargailah mereka selagi mereka ada di dunia ini

    ReplyDelete
  39. Makin hari makin risau sebab kita makin dekat dengan kematian. Sama ada kita yang pergi dulu atau emak ayah yang pergi dulu...

    ReplyDelete
  40. Cerita yang menyayat hati bagi saya.Semoga keluarga kita semua termasuk diri kita sendiri dilindungi oleh Allah dan dimatikan dalam keadaan yang baik. =)

    ReplyDelete