Tuesday, 15 October 2013

Oh My Gorgeous

Assalamualaikum w.b.t.

Sebenarnya aku bukanlah seorang yang rajin sangat bab nak meng'iron' baju & tudung ni. Sekali dah pegang iron tu berjam-jam baju aku tak siap iron lagi sebab aku akan pastikan baju aku takde segaris kedutan pun. Sebab tu aku suka pakai shawl yang bercorak. Just grab it & wear. No need to iron. Disebabkan shawl itu ada corak-corak, maka kedutan itu pun tidak kelihatan. Nampak tak muslihatnya di situ.


Aku ada terbaca satu entri di blog Fatin Liyana pasal Hospital Beyond Boundaries (HBB). Salah satu cara untuk kita menyumbang ke HBB adalah dengan membeli shawl di OMGorgeous. Sebenarnya aku memang tengah survey nak beli tudung mana yang dirasakan berbaloi untuk dibeli. Setelah membaca blog Fatin Liyana, aku membuat keputusan untuk shopping kat OMGorgeous. Sebabnya, kita boleh membeli sambil beramal kerana sebanyak RM5 daripada pembelian akan disumbangkan kepada HBB.


So korang apa lagi, jom kita membeli sambil beramal di OMGorgeous. Bukan setakat yang perempuan jer boleh beli shawl, orang lelaki pun boleh jugak. Pastu korang hadiahkan kepada mak, kakak, adik korang. Kalau nak beli pastu hadiahkan kat aku pun boleh jugak. Hehehe.


Dan Selamat Hari Raya Aidiladha :)
Hari ini rumahku 'full house',jadi ada banyak makanan di rumah : nasi himpit, rendang, lontong, kek coklat, cheese tart (my handmade)...soo heaven

25 comments:

  1. yg kotak2 npak sesuai dgn teena..:) salam aidilAdha..

    ReplyDelete
  2. cantik..zaza pun jenis malas nak gosok...cari tdung yg senang je.. hehehe :)

    ReplyDelete
  3. wahhh...dah macam siti muslihat plak ye...pakai tudungpun ada muslihat juga ye dik..hehe..akak plak suka beli kain lebihan di kamdar tu...harganya murah dari harga asal,kemudian gunting n jahit sendiri tepinya..sgt mudah dan untung tp tak boleh menderma plak kan...?

    ReplyDelete
  4. sama la, yumida lemah bab2 nak iron ni

    ReplyDelete
  5. hee saya bab2 iron ni kalau blh yg xpyh iron yg nk grab...huhuu ..xreti pakai shawl...kih3

    ReplyDelete
  6. manis.... selamat raye awak.......

    ReplyDelete
  7. Selamat hari raya aidiladha juga utk teena n family :)

    ReplyDelete
  8. lya mmg ska pkai shawl..
    blh silau2 nanti..

    salam aidiladha ye

    ReplyDelete
  9. Di rumah bab iron mengiron pakaian anak2 dah jadi tanggung jawab saya walaupun tak tertulis dlm mana2 MOU perkahwinan saya dan isteri....

    Salam Eidul Adha buat Teena dan famili

    ReplyDelete
  10. Bagusnyaa..
    IM jarang pakai shawl.
    Tapi apa salahnya try survey kan, mana tau tergerak hati nak beli :)

    ReplyDelete
  11. pe'el kita sama...malas iron tapi bila dah start...berjam-jam nak settlekan...

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum teena. sheila pun suka beli tudung yang tak perlu iron! hehe, tapi sejak dua menjak ni sheila rajin iron tudung.. maybe sebab suka bergaya kot skrg ni. heeeeeeeeee. Salam Aidiladha. awak comel!

    ReplyDelete
  13. Bab iron ni memang takda siapa suka rasanya. Hehe. Dengan berbahang lagi. Salam Aidiladha,

    ReplyDelete
  14. Salam aidiladha Teena. Tau3 pasal omGorgeous ni dari blog fatin liyana hari tu. =)

    ReplyDelete
  15. Samalah kita, I pun malas nak gosok2 tudung, main grab je

    ReplyDelete
  16. sama la.even baju t shirt pun saya iron jugak..hehe

    ReplyDelete
  17. singgah sini..datang jenguk...^_^

    ReplyDelete
  18. cik tina..sy pon shawl 2..nk bg kt adik sy..hehe..

    ReplyDelete
  19. iron guna kanji, confirm 2 minggu x kedut

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kalau terextra banyak kanji nya, mau baju tu kejung aje. tak gracious la jadi nya. haha.

      Delete
  20. aku bayang kan kau pegang iron panas. berjam-jam lamanya. wah! tak cair kah tangan kau?

    ReplyDelete
  21. perkongsian yg bagus =) membeli smbil bersedekah..hrap mndapat smbutan..

    ReplyDelete
  22. tak reti nk pakai shawl tp teringin :)
    memakai hijab sambil menabung

    ReplyDelete