Monday 31 March 2014

Tips Seronok Bekerja

Assalamualaikum

Selamat hari Isnin semuaaa. Mondays Blue ??? No, today is the last Monday before I finish my practical training. *The last Monday eh, not the last day*. So, minggu ni aku nak buat semua kerja dengan penuh bersemangat. Nak jadi seorang pekerja yang berdedikasi. yeah!

Hari tu aku ada tengok program yang disampaikan oleh Prof Muhaya. Sedikit teruja bila tengok Prof di kaca tv sebab selalunya aku hanya dengar melalui Youtube sebelum nak tidur. Tajuk dia 'Kerja Penting Ikhlas'. Bila tengok tajuk ni rasa 'eh, macam sesuai dengan aku jer'.

Nampak tak muka bersemangat? Errr, boleh laaa

Situasi yang diberi : Kita tengok jam dah pukul 4.45, terus beratur nak punch kad. Padahal ada 15 minit lagi kan? (Siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya, termasuklah aku). Mukadimah yang membuatkan aku rasa nak dengar dan nak dengar lagi. So, ini antara beberapa tips yang masih aku ingat:

Tips Seronok Bekerja

1. Niat. Bekerja bukan kerana bos yang suruh. Anggap pekerjaan yang kita buat tu sebagai satu ibadah. Rezeki yang kita dapat inilah yang akan kita guna untuk bagi anak, isteri, suami, keluarga kita makan kan.

2. Jangan anggap bos kita kat pejabat tu sebagai 'bos besar'. Jika dalam solat kita angkat takbir : Allah Maha Besar, tapi bila kerja, bos pulak yang lebih besar? Biarlah kita buat setiap pekerjaan kerana Allah, bukan kerana manusia sebab yang menilai kita adalah Allah.

3. Orang yang bijak akan berfikir 'apa yang boleh aku beri?'. Orang yang kurang bijak pula akan berfikir 'apa yang boleh aku dapat?' Bila kita asyik fikir, apa balasan yang akan kita dapat padahal kita tak dapat pun benda tu, ia akan jadi tak seronok, rasa tak ikhlas. Tapi bila kita buat sesuatu pekerjaan dengan rasa penuh 'memberi', rasa seronok, rasa nak buat lagi? Sebab kita tahu Allah sedang melihat kita, biarlah manusia tak perasan 'pemberian' kita, tapi Dia sedang melihat kita.

4. Memberi lebih dari sepatutnya. Contoh, kita dapat gaji RM 2000. Jika kita hanya bekerja hanya untuk RM 1000, 1000 ringgit lagi Allah akan tarik dengan anak sakit, kereta rosak, hutang sana sini, hati tak senang. TAPI jika kita bekerja lebih dari gaji yang sepatutnya, Allah akan beri melalui anak sihat, keselamatan terjamin, hati senang, keluarga bahagia. Tapi jangan sampai kita dibuli pulak kalau buat kerja lebih dari sepatutnya. Pandai-pandai sesuaikan dengan situasi.

5. Gunakan masa dengan penuh efektif. Contoh, ada lagi 30 minit sebelum balik. Cuba fikir, apa sumbangan yang boleh kita beri dalam 30 minit terakhir ini. Daripada asyik tengok jam, bila nak balik niii, baik kau fikir apa yang boleh kita beri untuk 30 minit ni.

6. Kerja, kerja jugak. Kewajipan sebagai seorang muslim jangan lupa. Solat. Jaga pergaulan antara lelaki & perempuan. Tak kiralah sebanyak mana kerja yang kita kena buat, solat jangan diketepikan.


Secara jujurnya, aku rasa  apa yang aku tulis ni tak sama macam apa yang aku buat masa praktikal ni. Dalam otak aku, rasa malas la nak buat, bukannya dapat gaji pun. Student jer lagi. Memang patut lah aku rasa macam tak seronok jer. Minda aku asyik fikir apa yang aku dapat instead of apa yang aku beri.

Tiba- tiba untuk minggu akhir ni (yeah, dah nak habis!) rasa nak jadi rajin, punctual, nak jadi seorang  pekerja yang penuh berdedikasi. Kalau member aku tengok aku mesti diorang rasa poyo kot. Tapi minggu akhir ni, biarlah aku bekerja bersungguh-sungguh. (Er, macam ulang ayat yang sama jer, tengah bersemangat laa katakann).

Semua tips ni aku dapat dari Prof Muhaya, tapi disampaikan oleh motivater yang tak lepas nak jadi motivater, iaitu aku. Haha. Ada sikit tokok tambah pendapat dari aku jugak.


P/S - dalam ketidaksabaran@keterujaan nak habis praktikal, rasa sedih la pulak...

Tuesday 18 March 2014

Jalan-Jalan : Pulau Pangkor

Assalamualaikum

Minggu lepas aku ada presentation kat main campus, Pulau Pinang. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Akhirnya selesai jugak 'Projek Mega' kitorang. Tapi yang lebih seronok, lepas presentation tu, aku telah pergi ke sebuah lagi pulau.


So, destinasi kita pada kali ini adalah Pulau Pangkor !!!

Sebenarnya first plan aku nak backpack ngan adik aku kat Penang jer since dia tak pernah pergi kat kampus dan aku pun belum explore Penang sepenuhnya. Tiba-tiba mak cakap dia pun nak ikut sekali, tapi ke Pulau Pangkor. Memandangkan aku tak pernah menjejakkan kaki di situ, plan diteruskan. Jadi, lepas presentation famili terus datang ambil & bergerak ke Pangkor. Jumpa member pun hai-hai-bye-bye jer. 

Sampai jer kat Pulau tu kitorang disambut oleh para penyewa kereta, teksi & hotel. Terasa macam berjalan di atas karpet merah seperti di ABPBH dan para peminat berebut-rebut nak salam dengan kau. Mana taknya, aku nak jalan pun diorang duk tahan suruh sewa kereta dia. Tapi kitorang naik teksi jer, esok tu baru sewa kereta. Pinkyyy nyerr teksi-teksi kat sana, dan bila aku turun baru perasan no plate dia adalah nama sorang member aku.

Diorang (my family) suka panggil aku 'budak Vietnam' sebab aku suka pakai topi bulat & spec hitam. Well, panas kot, kenalah pakai benda-benda ni untuk elakkan kulit kau jadi gelap. Sebenarnya kalau kat rumah pun memang aku guna topi tu masa nak jemur baju kat ampaian, atas alasan yang sama -_-  Hmm, bajet diva sangat taknak kulit jadi gelap.

Amboi, budak vietnam ni duduk dah macam orang nak bersanding. Topi dia tak sah kalau tak pakai. Habis mak ngan akak kena sengetkan kepala sebab topi tu luas sangat. Hee
Sekarang kita berada di kilang sotong. Bukan sotong jer yang ada, ikan masin, ikan bilis, ikan kering, semuanya ada di sini. Dan kita boleh tengok proses diorang membuat makanan laut ini bermula dari menyiang, menjemur, hingga membungkus. Dan kalau nak bagi ole-ole kat kawan-kawan boleh lah shopping kat sini. Freshly prepared tau.

Me with the newly bride & groom :)
Di Pulau Pangkor juga ada sebuah pantai, Teluk Segadas. Ada 2 cara kalau korang nak ke sana sama ada naik bot atau jalan kaki. Untuk lebih adventure, kitorang ber'jungle trekking' sambil menghirup udara segar. Perjalanan 15 minit boleh dikatakan agak mencabar sebab jalan dia curam & berbukit-bukit. Kalau boleh dalam group tu kena ada orang lelaki, sebab kalau perempuan semua macam bahaya.


Masa jungle trekking tu semua sibuk cakap bila laa nak sampai ni. Tapi tapi tapi, bila nampak pantai ni, hilang semua penat yang dirasa. Subhanallah memang cantik. Pastu rasa macan pulau ni kitorang yang punya sebab takde orang pun. Sunyi. Senyap. Kalau pergi sorang-sorang rasa takut kot. Tapi kalau sefamili ke situ, memang meriah lah. Suara kitorang jer yang dengar. 

Serius, otak yang berserabut sebelum ni sebab nak siapkan research project terus hilang. Penat berpraktikal yang masih belum habis, siap count down berapa lama lagi nak habis, terus jadi terlupa. 

Sangat jernih air laut di sini hingga kita boleh nampak ikan-ikan di dalam air. Hijau mata memandang. Pasir dia pulak haluss, putih, bersih, suci macam tepung. Kalau nak snorkelling pun boleh, nak mandi-manda jer pun boleh. Tiba-tiba aku wondering, kenapa ada laut warna biru & ada yang warna hijau. Anyone can answer me ?
Sebelum balik harus shopping buat kali terakhir. Malam tu kitorang makan ikan bakar. And guess what I found? IKAN PEKASAM ! Tak perlu ikan bilis, tak perlu sotong kering. Membeli ikan pekasam ni sahaja sudah membuatkan aku rasa puas sangat-sangat. Awal-awal aku dah cakap kat mak, balik rumah nanti nak masak ikan pekasam untuk lunch. 

Sebelum  balik haruslah ada gambar satu famili. Sekali lagi, si budak vietnam dengan topinya. Pergilah melancong ke serata Malaysia sambil menimba pengalaman & ilmu baru serta melihat keindahan alam ciptaanNya. 2014 kan tahun melawat Malaysia. So after this, nak ke mana pulak eh?

Cara mudah nak ucap selamat tinggal. Hanya dengan 'peace' di tangan. 
(Padahal penat aku berposing, adik aku saja tak nak amik muka aku)


AND


PRAY FOR MH 370

Monday 3 March 2014

Tabiat Makan Yang Tak Sudah

Assalamualaikum...

Aku suka makan. Walaupun dari segi fizikal nampak macam tak cukup zat badan aku ni, tapi itulah hakikatnya. Di kala semua gadis duk risau dengan berat badan mereka, sebelum makan kena kira kalori dulu, makan pil nak kuruskan badan, makan sehari sekali, dan pelbagai lagi langkah-langkah untuk mengelakkan berat badan menaik. Aku??? Makan banyak mana pun bukannya nak naik -_- 

Takpela, at least aku dapat makan apa yang aku suka. Walaupun ada orang cakap badan tak naik sebab ada cacing dalam badan (aku dah makan pun ubat cacing, tapi same jer), sekarang memang badan kurus, nanti dah tua jadi gemuk (alaaa mak aku sampai sekarang 'maintain' jer, harap-harap aku pun macam mak jugak, hehe). Setelah dikenal pasti rupanya metabolism badan aku ni memang laju & genetik famili. 

Sebenarnya aku bukan nak citer pasal berat badan, tapi nak citer makanan yang aku makan aritu. Aishh, dah lama tak menulis kat blog ni, merepek jer banyak. Nak bagitahu busy ler tu sampai takde masa nak jenguk blog. 

Nasi Arab
Haaa, amik kau! Satu dulang besar dia bagi. Mula-mula ingatkan memang restoran ni nak bagi kitorang makan dalam dulang jer, pastu baru dia hantar pinggan kecil. Tapi ok jer, makan dalam dulang kan sunnah. Dulu aku selalu makan dalam talam, then suap rakan-rakan sebelah, baru lebih berkat kalau rezeki yang kita dapat dikongsi bersama. 

Walaupun nasi arab ni nampak macam kering & ayamnya pun kurang berkuah, tapi nasi dia sangat lembut & berlemak. Satu dulang tu kitorang kongsi 5 orang dan masing-masing kenyang habis. Cuma aku rasa masih ada lagi bahagian dalam perut aku yang boleh diisi. Tengoklah, sampai licin dulang tu kitorang kerjakan. Oh ya, nama kedai ni Restoran Dima, terletak di Bukit Beruang, Melaka.

Western

'The Windmill Station'. Minggu lepas aku & rakan-rakan praktikal telah ber'dinner' sempena minggu terakhir kolej diorang menjalani praktikal (univ aku jer yang tak habis-habis lagi, sabar ye Teena, beberapa minggu jer lagi). 

Disebabkan aku terlalu lapar dan macam penuh meja tu, sampai aku pun dah lupa apa yang aku order, makanan aku telah bertukar dengan orang sebelah (yang baju color purple tu). Nasib baik dia tak kisah tau, mana taknya, aku dah makan separuh baru dia bagitau tu macam nasik dia. Alahai, aku perut kalau dah lapar,memang tak ingat dunia dah. Hahaha.

one of my colleagues during practical training :)

Ikan Bakar 
Ini pulak kat Ikan Bakar Ala Kasim, tempat ni memang famous. Ikan dia segar-bugar. Masa nak pilih ikan tu nampak macam dah banyak, tapi bila dah makan, macam tak cukup pulak. Ini adalah makan besar aku & famili sebelum akak aku kahwin aritu. Plus, masa ni duit JPA baru masuk, rezeki harus dikongsi kan. So, why not kita belanja keluarga kita.


Aku paling suka ketam butter dia. Manis. And aku dah lama tak makan ketam.



Maaflah ye, kalau entri kali ni buat korang terliur disebabkan gambar-gambar yang bersaiz 'XL'. Aku pun sebenarnya belum makan lagi, semangat nak update entri sebab malam ni free sikit. Lepas ni tak tau bila dapat jenguk blog ini. Ok, kite nak makan dulu. 

Jumpa lagi  :)