Monday 31 March 2014

Tips Seronok Bekerja

Assalamualaikum

Selamat hari Isnin semuaaa. Mondays Blue ??? No, today is the last Monday before I finish my practical training. *The last Monday eh, not the last day*. So, minggu ni aku nak buat semua kerja dengan penuh bersemangat. Nak jadi seorang pekerja yang berdedikasi. yeah!

Hari tu aku ada tengok program yang disampaikan oleh Prof Muhaya. Sedikit teruja bila tengok Prof di kaca tv sebab selalunya aku hanya dengar melalui Youtube sebelum nak tidur. Tajuk dia 'Kerja Penting Ikhlas'. Bila tengok tajuk ni rasa 'eh, macam sesuai dengan aku jer'.

Nampak tak muka bersemangat? Errr, boleh laaa

Situasi yang diberi : Kita tengok jam dah pukul 4.45, terus beratur nak punch kad. Padahal ada 15 minit lagi kan? (Siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya, termasuklah aku). Mukadimah yang membuatkan aku rasa nak dengar dan nak dengar lagi. So, ini antara beberapa tips yang masih aku ingat:

Tips Seronok Bekerja

1. Niat. Bekerja bukan kerana bos yang suruh. Anggap pekerjaan yang kita buat tu sebagai satu ibadah. Rezeki yang kita dapat inilah yang akan kita guna untuk bagi anak, isteri, suami, keluarga kita makan kan.

2. Jangan anggap bos kita kat pejabat tu sebagai 'bos besar'. Jika dalam solat kita angkat takbir : Allah Maha Besar, tapi bila kerja, bos pulak yang lebih besar? Biarlah kita buat setiap pekerjaan kerana Allah, bukan kerana manusia sebab yang menilai kita adalah Allah.

3. Orang yang bijak akan berfikir 'apa yang boleh aku beri?'. Orang yang kurang bijak pula akan berfikir 'apa yang boleh aku dapat?' Bila kita asyik fikir, apa balasan yang akan kita dapat padahal kita tak dapat pun benda tu, ia akan jadi tak seronok, rasa tak ikhlas. Tapi bila kita buat sesuatu pekerjaan dengan rasa penuh 'memberi', rasa seronok, rasa nak buat lagi? Sebab kita tahu Allah sedang melihat kita, biarlah manusia tak perasan 'pemberian' kita, tapi Dia sedang melihat kita.

4. Memberi lebih dari sepatutnya. Contoh, kita dapat gaji RM 2000. Jika kita hanya bekerja hanya untuk RM 1000, 1000 ringgit lagi Allah akan tarik dengan anak sakit, kereta rosak, hutang sana sini, hati tak senang. TAPI jika kita bekerja lebih dari gaji yang sepatutnya, Allah akan beri melalui anak sihat, keselamatan terjamin, hati senang, keluarga bahagia. Tapi jangan sampai kita dibuli pulak kalau buat kerja lebih dari sepatutnya. Pandai-pandai sesuaikan dengan situasi.

5. Gunakan masa dengan penuh efektif. Contoh, ada lagi 30 minit sebelum balik. Cuba fikir, apa sumbangan yang boleh kita beri dalam 30 minit terakhir ini. Daripada asyik tengok jam, bila nak balik niii, baik kau fikir apa yang boleh kita beri untuk 30 minit ni.

6. Kerja, kerja jugak. Kewajipan sebagai seorang muslim jangan lupa. Solat. Jaga pergaulan antara lelaki & perempuan. Tak kiralah sebanyak mana kerja yang kita kena buat, solat jangan diketepikan.


Secara jujurnya, aku rasa  apa yang aku tulis ni tak sama macam apa yang aku buat masa praktikal ni. Dalam otak aku, rasa malas la nak buat, bukannya dapat gaji pun. Student jer lagi. Memang patut lah aku rasa macam tak seronok jer. Minda aku asyik fikir apa yang aku dapat instead of apa yang aku beri.

Tiba- tiba untuk minggu akhir ni (yeah, dah nak habis!) rasa nak jadi rajin, punctual, nak jadi seorang  pekerja yang penuh berdedikasi. Kalau member aku tengok aku mesti diorang rasa poyo kot. Tapi minggu akhir ni, biarlah aku bekerja bersungguh-sungguh. (Er, macam ulang ayat yang sama jer, tengah bersemangat laa katakann).

Semua tips ni aku dapat dari Prof Muhaya, tapi disampaikan oleh motivater yang tak lepas nak jadi motivater, iaitu aku. Haha. Ada sikit tokok tambah pendapat dari aku jugak.


P/S - dalam ketidaksabaran@keterujaan nak habis praktikal, rasa sedih la pulak...

19 comments:

  1. nice sharing..kite jrg2 dpt dgr prof muhaya ni..dulu ade kt astro skang dah xde kot...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum .. wahh bagusnya bagi tips seronok bekerja. heheh in shaa Allah. akan cuba selidik apa sumbangan diri pada syarikat. singgah menabung ford sini~~~

    ReplyDelete
  3. bagus tips nie.. berguna utk semua.. kongsian yg menarik..anis noted semua.. :D

    ReplyDelete
  4. Teena, point no 4 tu memang betul... kebetulan teena tulis last monday kat tempat practical, akak hari ni pun last monday and last day kat tempat kerja sekarang. sedih plak nak kena tukar tempat baru...

    ReplyDelete
  5. haruslah bersemangat kat tempat kerja..kalo cam akak ni,kerja kat rumah saja mmg semua tips terbaik tu kena ada..

    ReplyDelete
  6. salam isnin teena, untung la dh prtikal dia dh nk habis,..lepas nie pasti rndu tpt tu nyer..tip nie mmg betul,..tambahlagi bila tiba isnin..:)

    ReplyDelete
  7. wahhh thanks kakk :D <3
    hihihi alhamdulillah. qila mmg suka baca ah hihi semangat jugak ni nak jadi rajin ekeke <3333

    terima kasih bebanyak kakkkkk heheheh

    ReplyDelete
  8. Wah dh nk abis praktikal dah..kejap je
    sehat ke teena??lama xmenjengah blog teena

    ReplyDelete
  9. Keseronokan bekerja juga bergantung kepada perangai boss. Kalau boss yang understanding dan caring memang anak buah akan seronok bekerja dengannya. Tapi kalau kena boss panas baran kadang2 rasa nak bakar aje pejabat...

    ReplyDelete
  10. Tips ni sgt berguna Teena. Serius. IA setiap kali nk kerja, boleh ingat balik tips ni.

    ReplyDelete
  11. Thanks for sharing.. Lepas ni kerja kena lebi bersemangat dan ikhlas..hehe.. :)

    ReplyDelete
  12. inshaAllah akan guna semua ni nanti. ehehehe. thanks for sharing =D

    ReplyDelete
  13. good tips. thank you for sharing ye dik.. happy working & happy blogging..

    ReplyDelete
  14. setuju dengan tips teena :) tp ika tetap penat even just practical...dah jadi doc nanti ntah macam mana pulak adoiii aiii T_T

    teena, ika nak jemput teena join GA ika, harap teena sudi laa ye join :)
    http://haneulafiqah.blogspot.com/2014/04/grand-opening-giveaway-by-haneulafiqah.html

    ReplyDelete
  15. melakukan sesuatu mesti kerana Allah. salam hujung minggu (:

    ReplyDelete
  16. nice share... boleh diamalkan bila dah jadi prp nti.. hehehe

    ReplyDelete
  17. selamat bekeje dgn ikhlas..! chaiyok2..!!

    ReplyDelete
  18. Memang betul Sis.. kalau kerja tak fikir balasan memang seronok bekerja. Tapi sampai satu tahap mesti rasa tepu. So akak berhenti kerja untuk memberi cara lain.:)

    ReplyDelete