Wednesday, 18 June 2014

Aktiviti Adik-Beradik : Melawat Zoo Melaka di Hujung Minggu

Assalamualaikum

Aku hanya pernah menjejakkan kaki di 2 buah zoo: Zoo Melaka & Zoo Taiping. Well, as i'm from Malacca, so dah selalu pergi melawat monyet, buaya, harimau, gajah kat zoo melaka. Sampai aku dah hafal lepas ni jumpa binatang apa, nak beli air kat mana, nak main kat playground sebelum keluar zoo nanti laa. Bawak anak-anak kecil ke zoo sangatlah sesuai sebab boleh educate diorang & boleh kenal-kenal dengan haiwan.

Beberapa bulan lepas kakak aku whatsapp, tanya nak ajak kitorang (the siblings) pergi zoo. Aku macam nak tergelak pun ada sebab dia ajak pergi zoo. Entah, rasa macam skema jer pergi zoo, macam budak sekolah. Sebenarnya dah bosan dan penat nak jalan kaki round satu zoo tu. Tapi, seronok jugak, terasa diri ini masih budak-budak. hehe. Lagipun dah lama kitorang tak spend masa bersama since akak dah tak duduk dengan kitorang. Orang dah kahwin kan...

Haiwan pertama yang anda akan jumpa bila masuk ke zoo melaka. Burung kakak tua. Hai burung, dah tua rupanya kau ni, tapi tetap comeeelll.

Ini badak sumbu (i guess). Besau giler. Kerja dia makan tido makan tido. Macam aku lah, cuma aku ni tak besau-besau. hee

Hai Encik Zirafah, tingginya awak. Adik aku cakap lidah zirafah sangat panjang, boleh sampai ke telinga dia. Adik aku memang suka bagi fakta-fakta yang kitorang tak tau.

Ini dia si budak dengan 1001 fakta dalam kepala dia. Yang baju hijau tu tau, bukan yang hitam. Hitam tu banyak tanduk je kat kepala.

So, here it is. The four of us. Dulu kan, dak Abil suka giler pergi zoo. Sampai ayah aku dah malas nak dengar dia asyik nangis jer, ayah pergi berdua dengan abil. Sebab orang lain sume tak nak ke zoo. Suka benau dia tengok kawan-kawan lama kat situ.

Adakah ini rusa? Panjangnya tanduk dia.

Haa ni aku tahu. Si beruang hitam. Yang tak reti duduk diam.

Nampak tak cik gimau? Terima kasih kerana membuat aksi berebut makanan sebentar tadi. Barulah adventurous sikit.

Yang baju kuning tu abang Zack


Thanks kak, bawak kitorang jejalan. Uh, baru perasan kita semua pakai tudung AJ laa. 

Eleh, mula-mula action tak nak pergi zoo. Last-last dia yang paling excited. Keldai tu cantik angat, rambut lurus pulak tu.

Lepastu kitorang sejukkan perut minum coconut shake kat Klebang. Siap ada pintu gerbang tuu, makin maju nampak.

Lastly, tengok keindahan laut di Pantai Puteri. Sementara the couple beli ikan, budak laki ni termenung jauh ke mana la tu. Oh ye, semalam 17/6 birthday dia. Happy birthday Abil. Be a good boy yea. Bila kitorang sampai ke rumah, mak ngan ayah takde. Pergi dating katanya sambil pekena cendol Banda Hilir. haha.

*******


Nota 1- Sejak akhir-akhir ni aku asyik terjumpa blog para doktor. Seronok baca pengalaman mereka terutama semasa menjadi HO. Bagi aku sesiapa yang ambil jurusan medik, aku sangat respek dengan diorang sebab bukan semua mampu galas tanggungjawab merawat pesakit. And I can say that it is a long learning journey that I dont think i can bring on with me.

Nota 2- Keputusan kemasukan ke degree keluar bulan Ogos. Ingatkan bulan Jun(sekarang) dah boleh tahu -_- Penantian itu satu penyeksaan. My first choice is pharmacy. The others are just to fill the 'blanks'. And I put medic as my last choice. Again, just to fill the blank. Hopefully i got the first one. Ameeeennnn.

Nota 3- Tapi macam mana kalau aku dapat pilihan yang terakhir tu? Huaa. Harap-harap jodoh aku dengan pharmacy masih panjang. Nanti bila tiba masanya aku nak cerita perjalanan & pengalaman aku pasal benda ni.



28 comments:

  1. Seronokkan dpt keluar ngan adik beradik. Nampak sebaya je. Padahal beza umur adik kakak. Hehe.

    ReplyDelete
  2. Sihat ya amat badak sombu tu ha,hehe

    Semalam besday dak Abil? Tell him, happy birthday..dari kak lana..macam le kenal kan,haha. Gtau je blogger wish bufday ;)

    ReplyDelete
  3. x pernah lagi ke zoo melaka, cuma pernah ke zoo taiping je..

    good luck, smoga berjaya dapat farmasi.. amiin.. :) hidop ahli farmasi..!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn...hidup farmasi !! (Tetiba semangat pulak) hehe.
      Btw, bila posting prp?

      Delete
    2. x sure lagi.. kalau x de paper yg sangkut, dalam pertengahan bulan 12 nnti insyaAllah, dapat la panggilan.. :)

      Delete
  4. pernah sampi sekali kat zoo melaka, zoo buaya..buaya kat situ dh macam malas nk bt aksi..huhu btw, siapkan semua dokumen penting sblom smbj degree ye,..good luck!^ :)

    ReplyDelete
  5. bestnya jalan2 jadikan kenangan :)

    ReplyDelete
  6. bestnye.. dapat pegi zoo.. lama dah xpegi, kat tempat saya yg dekat hanya ada zoo lokawi.. tp sama juga, balik2 dah pegi tempat yg sama.. hehe..

    ReplyDelete
  7. Zoo Melaka... dah lama tak jejak.. last sekali pun ada la tahun 2003 huhuhuu.. nak kne try pergi lagi nk cuba kelainan.. moga dijodohkn dgn farmisi utk cita2 :D

    ReplyDelete
  8. pernah sekali je pegi zoo melaka..
    beberapa tahun lepas dah lama dah..hehee

    ReplyDelete
  9. Lama dah tak melawat zoo, huhuhuhu

    ReplyDelete
  10. ish2 menariknya..
    teringat saya..5 tahun lpas ke sini..
    tambah2 kat burung kakak tua memng jinak
    best zoo ni

    ReplyDelete
  11. Ayu teringin nak g zoo melaka nie...tapi belum berkesempatan lagi.... hai salam perkenalan..jom singgah dan follow blog ayu http://qaysaasupplement.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. ehh zoo melaka. salu lalu je. nak jejak lom lagi. hahaha
    da lme gila xgi zoo. kali terakhir pegi.. time sy kecik2 lg. tah umo bape tah time tuu -,-'

    ReplyDelete
  13. Waaahhh...
    Bila fikir2 balik, agak lama dah tak pergi zoo...Last time pegi masa kecik2 dulu...
    btw, good luck mengejar pharmacy.
    Pharmacy is a very good course to pick!

    ReplyDelete
  14. Asslmkm.. Lma akk x ke sini kn.. Shat..
    Akk wlpn kwin ngn orng mlka, tp blum Pnh pegi zoo tu.. Sbb rasa mcm 'best ke pergi zoo'.. Hehe

    ReplyDelete
  15. hehe lama tak pergi zoo..last thn 2011 kot..haha

    ReplyDelete
  16. If I can turn back time, I wanna choose pharmacy too, or psychology. Haha.
    Tapi medik pun best juga, cuma menuntut banyak kecekalan, kesabaran, pengorbanan.
    Yang penting dalam hidup ni kita kena tahu, we will get back what we give.
    Dalam apa benda pun kita buat. Kan? Heee. InsyaALLAH, doa yang terbaik. All the best dik. :)

    ReplyDelete
  17. good luck utk tina ya...tiqi doakan yg terbaik utk tina dan smg dpt pe yg diimpikan..tina bila nk bwk tiqi g jejalan kt zoo?

    ReplyDelete
  18. zoo kalau dengan budak2 best ! eh good luck tyna, apa pun result, allah knows what the best for you :)

    ReplyDelete
  19. Terima kasih kerana melawat Melaka

    ReplyDelete
  20. tak pernah singgah lagi zoo melaka..padahal tepi jalan tu je.
    pegi melaka tiap2 minggu tengok wayang ngan main boling..hehe

    ReplyDelete
  21. belum pernha lagi pergi ke sana.. setakat ni pernah ke zoo negara dan zoo taiping..

    ReplyDelete
  22. Bunda pun setakat ni pernah pergi zoo negara dan zoo taiping jer...

    ReplyDelete
  23. kirim salam kat beruang hitam tu, awat mcm kurus, depa tak bagi makan ke. Ahaha. oh samalah kita nebes2 tunggu keputusan bulan Ogos ni :) hehe, selamat berjaya ok.

    ReplyDelete
  24. Wah ni xsabar nak bawa anak2 g zoo...pas raya la jawabnya..
    Bw :)
    Salam singgah dari irra
    http://www.irrayyan.com

    ReplyDelete
  25. Dah lama tak pergi zoo... Nanti nak g tengok panda la ;)

    ReplyDelete
  26. OK lah zoo melaka...tiket masuk dia lagi murah dari zoo negara..and kebetulan masa masuk tu ,bird show tengah nak mula..Memang excited la anak2..

    ReplyDelete