Wednesday, 11 June 2014

Ke Kelantan Ke Kita?

Assalamualaikum wbt

Nampaknya macam tu lah (menjawab persoalan tajuk). Minggu lepas sorang lagi cousin aku dah selamat bernikah. Alhamdulillah. Yang bestnya dia nikah dengan orang Kelantan. Jadi kitorang sebagai ahli keluarga mithali haruslah join sekaki bagi memeriahkan majlis tersebut. Hehe, bagi aku memanglah seronok. Seronok berjalan. Kali terakhir aku ke negeri pantai timur ni masa form2 kot, itupun ada rombongan sekolah.

I can say that its a very looong journey. Perjalanan kitorang mengambil masa hampir 13 jam. Fuhh *tariknafas-hembusnafas*. Bukan sebab sesat, tapi TER-lalu jalan jauh. Ada sedara aku lagi best, dia TER-lalu Cameron Highland. Takpela, janji kita selamat sampai ke destinasi sudah. Ada satu citer ni, masa kitorang singgah makan kat kedai makan,

Akak kedai : nak minum apa dik?
Me : nak milo ais satu.
Akak kedai : nak milo beng??
Me : Haa, yupp. 

(Dah lama tak jumpa kawan-kawan Kelate, jadi blurr sekejap)

Senang jer rupanya nikah kat Kelantan ni, tok kadi tak berucap panjang-panjang pun. Akad, pastu sign borang sikit, dah nikah. Tak sempat nak nervous, alih-alih dah sah. Patutlah pengantin lelaki pun nampak cool jer. Kalau kat tempat aku dia punya ucapan sebelum nak nikah tu dah berapa lama, kadang-kadang ada kuiz sikit, pendek kata pengantin lelaki memang tak senang nak duduklah. Majlis kat sana pun lebih simple. 


Lepas majlis nikah, kitorang apa lagi, bershopping kat Rantau Panjang. Sangat murah, sangat best, sangat rambang mata, sangat ramai orang, sangat sesak, sangat panas. Lebih-lebih lagi musim cuti sekolah sekarang ni, memang ramai sangat orang. Tak cukup lagi, malam tu kitorang ke Wakaf Che Yeh. Sampai tersesat nak jumpa jalan keluar. Banyak pening wooo. 


Lagi best bila kitorang singgah kat rumah sedara lain kat Kota Bharu. Borak-borak, makan-makan. Pastu kitorang lepak kat rumah dia. Terasa sangat suasana kampung tu. Ditambah pula layanan dari tuan rumah yang sangat 'welcoming'. Sempatlah aku memancing kat parit depan rumah diorang. Walaupun tak dapat ikan, pengalaman tu penting. Adik Daus & Wan sangatlah peramah, baik, rajin.
Banyak benda kitorang borak. Ayah dia cakap Wan tu pandai, selalu dapat A dalam ujian. Dah borak lama-lama baru aku terperasan,

Me : eh, kenapa wan tak cakap loghat kelantan pun?

ayah dia dengar,

'saya saja suruh dia guna bahasa baku, biar dia biasa sikit'

Wan : aah, saya lahir kat Johor. sana takde loghat.
Me : bila pindah sini?
Wan : tahun lepas. Dulu saya duk seremban, tapi mak saya memang asal sini.
Me : ooo...

baju biru: wan, baju coklat:daus
Dia cakap dia sokong JDT. walaupun JDT tak masuk final malam sabtu tu, dia tetap sokong JDT. Sambil buat gaya dengan penuh bersemangat. Masih ingat ingat kisah aku pasal 'apa khabar orang kampung'? bagi aku kat sini lebih terasa suasana kampung dia. Aku memang suka tengok kawasan kampung, rasa macam tenang & mendamaikan.

Daus, kak lia, wan, aku. sampai senget-senget tudung aku nak memancing punya pasal. 
So, malam tu balik homestay memang penat habis. Dari pagi, berebut bilik air nak mandi, tunggu semua bersiap, pergi masjid, bershopping, tapi sangat berbaloi. Oh ye, ramai jugak sedara aku dari melaka & KL datang sini. Ada lah dalam 7-8 kereta. 

Di hadapan homestay, sebelum nak bergerak ke masjid.
Keesokannya kitorang bergerak pulang. Pastu bonet kereta tak muat pulak tu sebab banyak sangat barang shopping, kekeke. Nak tak nak kena sumbatkan jugaklah. Oh, sebelum tu kitorang singgah di Pasar Payang, Terengganu nak beli keropok lekor, asam-asam, baju batik. Erm, bertambah mampat kereta tu. Perjalanan pulang ke kampung halaman diteruskan, pukul 12 malam baru sampai rumah. Too tired but i can say that it was a great experience. Dapat tahu budaya kat sana macam mana, lain tempat lain cara dia kan. Takdelah berjalan sekadar nak seronok-seronok jer, ye dokk.

Last but not least, teaser gambar raya sikett. hehehe




...Dah, jom kita kelik (balik)

15 comments:

  1. seronoknyaa. pergi kenduri kawin + jalan2.. hihi :)

    ReplyDelete
  2. iolss buln 1 tahun depan ke kelantan. berjaln rumh kwn uni...hee tk sabar ! :D

    ReplyDelete
  3. Salam, haaa adik sy dip kat Uitm Machang..mmg gilaaaa jauhhh perjalanannnn...sampai sana dah xde jalan2 lagi dah, terus cari motel utk pengsankan diri..haha...tapi penah juga pegi wakaf che yeh tu, gila rambang mata dan murah kalau pandai tawar-menawar...best betul..haha..and benda wajib beli kalau g sana, mesti nak beli keropok losong..eh tp tu kat tegganu..haha

    eh btw, u dah pernah ber-online shopping di LAZADA tak? I ada lebih Voucher Diskaun Lazada nak bagi kat bloggers. So, kalau sudi dan teringin nak beli2 kat LAZADA, boleh lah join giveaway di blog i ya..syarat sangat2 mudah je :D hehe..jom2 join..hehe terima kasih :)

    ReplyDelete
  4. Orang2 kampung memang selalu friendly dan kelakar, baru jumpa sekali pun rasa dah macam kenal berbulan...

    ReplyDelete
  5. Haha. Kelantan mmg bestt! Tapii, jauhh sangattt! Sakit bontot duduk dalam kereta. Tapi, shopping tu yang paling best! hahahaha

    ReplyDelete
  6. sedak ko mek gi kelate? ejas la mari pulop nanti...gi jale mano jah ari tuh?

    ReplyDelete
  7. heeheeeheeeheeeheee..pantai timur memang best..sebab apa?sebab saya pon org pantai timur ganu kite...hehehehehe :D
    SELAMAT PENGANTIN BARU KAT KAZEN ANDA :)

    ReplyDelete
  8. seronoknya suasana kampung kan..mendamaikan..cewaahh..hehee
    dah lama tak datang kelantan shopping2..hehee ^_^

    ReplyDelete
  9. hehhe. marilah pulok nanti deh. ^^

    ReplyDelete
  10. 13 jam?? dari mana tu? saya dari kelantan nak balik johor 7 jam je.
    nak dtg kb xgtaw pun..kalo xleh belanje..huhu

    ReplyDelete
  11. Bestnyer jalan-jalan, dah lama zumal tak pergi Klate last 2009 agaknya :)

    ReplyDelete
  12. Salam.

    Hai teena, jauh perjalanan tu.. lana pun dah lama tak pergi..aihh,lama sgt2 dah..last pergi, masa form 1,13 thn..skrg, da 27..trasa berusia,hahaha

    Waktu tu ikut gi rombongan..asalnya gi langkawi dulu, then odw balik, tak terus direct kl. Singgah kelantan-terengganu, then baru ke kl. Penaaatttt.

    No tel homestay kat dlm gmbr tu, available kan? boleh simpan utk rujukan,ekekeke

    ReplyDelete
  13. Seronok bila dpt jmpa sdara mara, pastu berjalan ke negeri orang kn.. Rasa mcm tenang je dpt tgk keindahannya..

    ReplyDelete