Tuesday 8 July 2014

Suatu Hari Nanti Bila Aku Sudah Tiada

Assalamualaikum...

Tadi, saja 'selak-selak' blog insanbiasabiasa ni. Dan terjumpa satu draft yang ditulis pada tahun lepas bertarikh 8/7/2013. Genap satu tahun draft ni tersimpan rapi dalam simpanan. Seingat aku, aku tulis ni masa aku baru start nak berblog. Ok, jom tengok ape le yang dak Teena 2013 tuliskan.

Sebelum bercerita lebih lanjut, apa yang terbayang dalam kepala korang bila baca tajuk ini?

Seperti biasa, pada malam ini aku ber'blogwalking' ke blog rakan-rakan. Seronok baca cerita korang, ada yang kelakar, gembira, kecewa, sedih, semua perasaan ada. Tapi apabila aku terbaca satu kisah ini, rasa tersentap, hati sayu sangat.

Aku tak tahu macam mana nak mulakan...

Korang pernah dengar tak nama Yasmin Johan Eusoffe ? Sebenarnya dia dah meninggalkan dunia ini pada 3 Jun 2012 disebabkan kemalangan jalan raya yang sungguh tragis di Langkawi (tempat tinggalnya). Arwah juga merupakan seorang blogger. Aku tak tahu kisah ini sebenarnya sebab mungkin waktu itu, belum kenal lagi dunia blog. Yang paling membuatkan aku rasa sayu ialah hingga ke hari ini blognya 'hidup', sentiasa di'update'. Haa, janganlah rasa seram pulak, tak habis cerita lagi nih.

Pada tarikh 17 Jun 2012, blognya telah di'update' oleh ibu arwah. Dalam entri tu, ibunya mengatakan bahawa terjumpa buku nota kecil yang mengandungi pelbagai password arwah semasa mengemas biliknya temasuklah password blog milik anaknya. Dari situ, ibunya mengambil keputusan untuk sentiasa meng'update' blog tersebut memandangkan banyak 'draft' yang terdapat di dalam blog arwah. 

Tiba-tiba aku terfikir, andai suatu hari nanti apabila aku sudah kembali kepadaNya, bagaimana dengan blog ini? Bagaimana dengan akaun facebook aku? Adakah laman sosial ini mampu menjadi saham aku di akhirat kelak? Ataupun ianya menjadi suatu fitnah kepada diriku yg pada ketika itu sudah tiada lagi. Nauzubillah. Dan tiba-tiba aku juga ingin menulis semua password yang aku ada tak kiralah emel, portal uitm, blog, fb, akaun bank, dan sewaktu dengannya di dalam sebuah tempat yang mungkin akan dijumpai oleh sesiapa, mungkin anak aku (suatu hari nanti), mungkin kakak, adik, ayah, mak, entahlah.

Aku berharap sangat agar blog ini dapat memberi pengajaran & perkongsian yang bermanfaat kepada pembaca di samping cerita mengenai kisah aku yang tak berapa nak menarik pun kan. Seronok rupanya ada blog ni sebab kita dapat berkongsi pelbagai maklumat & dapat tambah kenalan sesama blogger, juga mengeratkan ukhuwah antara kita.

Okay, akhirnya dapat juga aku luahkan apa yang tersirat setelah membaca kisah Arwah Yasmin Johan Eusoffe dalam bentuk penulisan aku yang tak seberapa ini. Diharapkan sama-sama kita mengambil iktibar dari kisah ini.


"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Kiamat."

( Surah Ali Imran ayat 185 )


P/s : Alhamdulillah  diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan tahun ini. Kedatangan ramadhan kali ini sangat bermakna bagiku. Lepas satu, satu yang ditunjukkanNya. Tak tahu nak cakap macam mana tapi hanya mampu bersyukur. Terima kasih ya Allah. Syukur Alhamdulillah jugak bila tengok ramai yang sudah berhijrah ke arah yang lebih baik. 

P/ss : sekarang dah masuk fasa ke2 Ramadhan iaitu fasa Maghfirah (keampunan). Banyak-banyakkan berdoa & beramal. Semoga kita terus istiqamah & dapat bertemu malam lailatul qadar. Ameeenn...

P/sss : sampai sekarang aku tak tulis pun apa-apa password kat mana-mana buku. Teena! Tolonglah rajin sikit!



Perkongsian untuk kita bersama

11 comments:

  1. kan teena, takut mcm gambar ke org manipulate.. hmm

    ReplyDelete
  2. Ana ade gak baca pasal Yasmin Johan. Ramai yg buat camtu. Tapi ana senang je passwordnye. Password email, pasword fb, pasword twitter n pasword blog. Semua sama je. Haha

    ReplyDelete
  3. rasanya, keturunan akak takde yg rajin nak take over benda2 nie semua melainkan buat wasiat..hahahaha

    ReplyDelete
  4. password saya dengan mana-mana laman sosial semua sama. nanti nak bagi dekat someone yang boleh dipercayai lepas saya dah tak ada lagi.

    ReplyDelete
  5. teena, that is always what i think when i'm writing my blog. Kena banyak hati2 bila menulis. Tak mau blog ni jadi saham yg merudum di akhirat... memang dah wasiat kat adik i utk delete entry selain dari tag santapan rohani kat my blog. hehehehe...tinggalkan yg itu utk saham akhirat :-)

    ReplyDelete
  6. Password saya ada dengan anak perempuan saya. Jika suatu hari sesiapa terbaca entri 'al-fatihah untuk abah' atau tajuk-tajuk lain yg hampir sama dengannya itu mungkin bermakna saya sudah tiada lagi...

    ReplyDelete
  7. Haa sama . Pernah terfikir nak tulis segala jenis password acc laman sosial ni kat buku or something tapi sampai la ni buku pon tak nampak bayang. keh keh keh

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum teena, akak memang ada tulis semua segala password atau media sosial yang akak ada register dalam satu kertas. hehehehe sedihnya baca draft kamu ni.. hmm Y_____Y"

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum.

    Macam akak..akak ada rncg nak tinggalkn/gtau pswrd pada org paling rapat/ahli keluarga.. cuma, bt msa ni, akak remove skit2 dulu semua gambar akk yg ada dlm sosial media, especially fb..

    ReplyDelete
  10. semoga arwah yasmin tenang di sana.. sedih baca kisah2 yg ibu dia selalu update tu. memang dh siap sedia. dh tulis bermacam password dlm nota. huhuhu.

    ReplyDelete
  11. pyka pnah jgk baca dulu blog tuh . sdih sgt bila baca apa yg dia pnah tulis dekat situh dulu . apa pon smoga roh dia ditempatkan diklgan org2 yang briman.

    ReplyDelete