Assalamualaikum w.b.t.
Seperti biasa, malam itu aku pergi solat terawih di masjid di kampungku. Kali ini aku duduk di saf bersebelahan dengan tabung masjid. Selepas menunaikan solat sunat tahiyatul masjid, Umairah, seorang budak kecil yang selalu senyum dengan aku duduk sebelah aku. Sebelum ini mungkin dia takut nak tegur aku tapi bila dah selalu jumpa rasanya dia dah kenal aku.
Seperti biasa, malam itu aku pergi solat terawih di masjid di kampungku. Kali ini aku duduk di saf bersebelahan dengan tabung masjid. Selepas menunaikan solat sunat tahiyatul masjid, Umairah, seorang budak kecil yang selalu senyum dengan aku duduk sebelah aku. Sebelum ini mungkin dia takut nak tegur aku tapi bila dah selalu jumpa rasanya dia dah kenal aku.
Aku saja borak-borak dengan dia. Tanya puasa ke tak, sekolah ke. Tiba-tiba dia ternampak ada sebuah al quran di atas tabung masjid tu.
U : kakak, tu apa tu?
Me : tu al quran...
U : kite nak baca boleh tak kakak?
Me : boleh, umairah baca, kakak tengok.
Dia pun buka al quran tu, baca surah Al fatihah. Walaupun bacaannya agak lambat, tapi lancar. Panjang pendek bacaannya betul. Sangkaan aku mungkin dah selalu dengar imam baca surah al fatihah, itu yang lancar sedikit bacaannya. Masa tu, aku sangat kagum dengan Umairah, beria benar dia membaca, sangat bersungguh-sungguh. Dalam hati aku semoga suatu hari nanti anakku juga akan jadi sepertinya, gigih untuk belajar al quran.
Selepas habis membaca al fatihah, dia sambung pulak surah al baqarah. Masa ni baru aku yakin yang dia baca bukan sekadar kerana hafal. Tapi kerana dia memang dah kenal huruf jawi, dah reti baca. Selepas beberapa lama aku bersedia untuk solat isya' berjemaah. Semasa solat, umairah yang duduk sebelahku pergi ke luar hendak mengambil wudhu. Selesai solat, aku tanya dia.
Me : tadi Umairah pergi mana?
U : kite pergi amik air semayang laa...
Me : habis tadi pegang al quran ada amik air semayang tak?
U : tak...(sambil menggeleng kepala)
Me : (tersenyum) nanti...lepas ni kalau nak baca quran kena amik air semayang, baru boleh pegang quran...
U : ohhh.
Umairah duduk sebelah aku sampai habis solat witir. Masa nak balik, dia salam aku, pastu cium kiri kanan (pipi kiri pipi kanan). Aku agak pelik. Tapi rasa gembira. Terharu pun ada jugak. :)
...................
Malam esoknya pula, aku tiba awal ke masjid. Saf di hadapan banyak kosong, jadi aku dan adikku duduk di solat hadapan. Beberapa minit kemudian Umairah pun datang & salam tangan aku, mukanya agak sedikit kecewa tengok aku duduk di depan. Selepas solat isya', aku tidak melakukan solat sunat rawatib seperti selalu bila nampak Umairah sedang baca al quran. Sorang-sorang. Aku pun pergi ke sebelahnya dan dengar dia baca macam semalam. Surah Al fatihah. Dia ingin menyambung ke surah al baqarah, tapi aku meyuruhnya buka muka surat belakang. Baca 3qul bermula dengan surah al ikhlas. Pendek & lebih mudah baginya.
Bila imam dah sedia nak solat terawih, aku kembali ke saf hadapan. Lepastu aku tak pasti umairah buat apa. Selepas selesai terawih & witir, semasa imam berwirid, umairah awal-awal dah datang kat depan, nak salam aku. Dia salam aku sorang jer, sebelum sedia nak ke keluar dari masjid. Pastu ada nenek suruh dia salam semua orang. Dia pun salam. Sangat comel, sebab dia kecil, berjalan sepanjang saf nak salam orang. Semua jemaah masih berwirid bersama imam sebelum membaca doa.
Ada lagi sorang nenek,
'aih, orang belum habis doa lagi dia dah salam, tak sabar nak balik ye?' Semua tergelak.
-TT-
kagumnya dgn umairah.. kecik lg dh pndai baca quran
ReplyDeleteheheheehehehe...comel je budak Umairah nie :)
ReplyDeleteComelnye adik ni. Anak yg solehah. Amin.. :)
ReplyDeletesedap nama umairah . . kecik2 dah pandai baca alquran :)
ReplyDeleteumur berapa umaiah ni teena? Smg Allah lindungi dia dan jadikannya anak yang solehah...amin...
ReplyDeleteSejuk perut ibu yg mengandung anak yg bernama Umairah itu. Semoga Teena nanti akan dapat anak sebaik Umairah....
ReplyDeletekecik2 dah pandai baca quran, alhamdulillah..pandai mak ayah didik dia..btw, selamat hari raya, maaf zahir dan batin ye..=)
ReplyDeleteOwhh comel, & bagusnya Umairah.. ^_^
ReplyDeleteBe a good girl ok, dear Umairah? :'))
bagusnya umairah.. smoga membesar menjadi anak yg solehah..
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteDisuruh bersalam dengan semua..dan2 time tu juga bersalam ya..imam pun tak selesai lagi.. :)
Teena kemana? :) Selamat hari raya untuk teena sekeluarga ya.
Alhamdulillah..... anak yg baik :D
ReplyDeletedah lama Abak tak aktif..sebenarnya Abak ada nak minta tolong rakan-rakan untuk melawat ke Blog 'The Modest Ustaz',blog assigmen Abak yang membawa 60 markah... kalau bleh tinggalkan komen samada positif dan ngatif spya dapat dibuat pnambaikkan.. abak ucapkan jutaan terima kasih..Kalau Follow jgn lpkan tngalkan jejak,snang Abak nk follow smula..
http://themodestustaz.blogspot.com/
singgah BW n menabung sini.. :)
ReplyDelete