Monday, 11 August 2014

Cerita Raya Saya 2014

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Aidilfitri !!

Hai uoollss, apa khabar semua? Masih lagi berada di mood raya? Atau sudah berada di mood kerja? Takpe, syawal kan ada 30 hari. Yeay! Tahun ni dapat puasa penuh & raya penuh di rumah. Sebab dari form 1 sampai form 5 duduk asrama. Lepastu masa kat univ pulak tercampak ke utara tanah air. So tahun ni kira special sikit la sebab dapat stay kat rumah. Tahun depan tak tahulah pulak cemana kan. 

Bagi aku Ramadhan kali ni sangat lain. Aku rasa lapang. Mungkin sebab takde komitmen lain so dapat fokus untuk beribadah. Sahur, puasa, berbuka, terawih, tadarus, qiamulail. Ohh, rinduu. Entah, perasaan dia macam 'alhamdulillah'. Dan lepas satu, satu petunjuk yang Dia tunjukkan. Aku harap sangat agar perasaan itu tetap aku rasa walaupun Ramadhan telah meninggalkan kita. Dan semoga dapat bertemu lagi pada Ramadhan yang akan datang. 

Okay, raya tahun ni aku rasa biasa-biasa jer. Cuma bila dapat salam, minta maaf kat mak ayah itu yang bagi aku luar biasa. Hmm, sebenarnya aku nak sangat pagi raya tu bila salam mak ayah, akan termengalir air mata. Hmm, hampeh, air mata tu tak nak keluar walaupun dalam hati kau rasa seperti sudah berbaldi-baldi air mata kau mengalir. Tapi tahun ni tak. Air mataku akhirnya dapat jugak mengalir. T_T. Tak henti-henti pulak tu. 

Sejak dah dewasa sikit ni (tapi perangai macam budak-budak), rasa sayang kat parents lebih terasa. Bila teringat kawan-kawan yang kat oversea tak dapat balik beraya, aku pun mulalah terbayang macam mana kalau aku jadi macam tu. Masa tu confirm air mata secara automatiknya akan keluar dengan sendiri. Sebenarnya 3-4 bulan lepas aku ada dapat tawaran belajar ke Mesir. Masa tu rasa serabut jugak lah. Dan antara salah satu benda yang aku fikirkan - tak dapat beraya dengan keluarga. Lol. Tapi aku tolak, bukan sebab raya, tapi sebab rasa tak berbaloi. 

Ingat lagi tak aku pernah citer yang baju raya kitorang takde orang nak jahit? Ok tak ingat takpe. Sebab kitorang beli baju lain, yang telah siap dijahit. Boria in silver uoolls! (saja sebut silver instead of kelabu, konon glamour lettew).

Adik kakak. Muka adik-beradik macam tak serupa je kan tapi lebih kurang sebaya. Soalan yang paling famous orang tanya aku kali ni : 'ini yang kawen aritu ke?' Insya Allah bila 40 orang bertanya maka termakbullah doa mereka. Hahaha.

Bergambar dengan atuk di depan rumah. Sebenarnya nenek pun ada, tapi lepas sesi bersalam nenek terus masuk bilik sebab tak berapa sihat. Kalau ada orang datang, baru nenek keluar.

3 gadis pingitan di tingkap bertemankan bunga raya merah. hehe. Sampai berkabus gambar sebab sweet sangat kot. Lollll !

So, ini dia kampung aku. Rumah atuk & nenek. Kampung pun, ada astro tuu. Tapi sedih, camne boleh tak perasan takde gambar famili. Baju dah sama dah. Sebab sibuk nak beraya, nak layan tetamu.

Amboi Ati...gaya pegang beg dah macam mak datin dah. Pastu bila kena basuh pinggan kat dapur, duk cakap 'nasib baik baju kita tak liplap2 kan, nanti kat sinki kena sinsing lengan jugak'. haha. Perbualan 2 beradik perempuan di kala perut tetamu sudah kenyang.

Haa, yang ni je sempat nak snap, tu pun tak cukup korum lagi. Kerusi jer lebih.


Ini masa beraya kat rumah sedara kat KL. Ramai lagi kat belakang kamera tu sebenarnya.

Yeahhh !!!! Finally its complete !!! And its during 6th Syawal.

Le daughters..

Classmates masa lower form. Bising dia pun masih seperti dulu. 5 rumah ziarah, 5 kali jugak makan. Pastu singgah Tesco nak carik hadiah untuk kawan se-batch kahwin esoknya. Tetiba rasa dah besar dah semua. 

Setiap kali bergambar kat tangga terasa seronok sangat duk kat kampung.

Beraya dengan senior & junior masa praktikal farmasi dulu. Tapi kebanyakannya aku tak kenal sebab kitorang tak sama batch. sobsob...

Ni rumah yang ke-4 kitorang beraya. Sporting giler parents dia, siap susunkan kerusi semata-mata nak ambil gambar dengan kitorang. Tuan rumah: lelaki baju biru yang sedang duduk.


Roughly, inilah cerita raya aku tahun ni. Sebelum raya penat mengemas rumah, segala benda nak kena cuci, sental, bersih. Lepas raya penat nak menghabiskan makanan di rumah orang. Jangan lupa puasa 6 juga yee (yeayy!! aku dah 6/6) Dan raya tidak bermakna tanpa ketupat, rendang, lemang, bunga api, mercun, keluarga, dan semua yang berkaitan dengan raya. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG SAYA =)


 Dalam kita beraya, jangan lupa doakan saudara kita di Gaza juga ya 

13 comments:

  1. Selamat Menyambut Aidilfitri
    Maaf Zahir dan Batin....

    cantiklah rumah kampung u, klasik!
    Suka akak tengok....

    ReplyDelete
  2. sakan sungguh bergambar.. kami pun takde gambar family tahun ni..sedih :(

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya teena...family akak pun tema kelau, tapi yg perempuan gabung dgn pink :-)

    ReplyDelete
  4. Huhu.. Sampai habiss kite baca kisah hari raya awak nih. Selamat hari raya maaf zahir batin awak!!! Kosongkosong erh kira kalau ada salah silap di mana-mana. How I wish to meet you face to face! Kalau kahwin jangan lupa ajak kite ok? Hehehe 😁😁😁

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya awak. Wah lamanya. Suasana kampung serta orang2 nye :)

    Jemput singgah My recent post : Layan Citer Filipina Terbaru Tv3!

    ReplyDelete
  6. Seronoknya. selamat hari raya kak teena!

    ReplyDelete
  7. Cantik rumah atuk...bila tengok rumah2 tradisional macam ni sering tertanya2 dalam hati ada lagi ke rumah2 begitu 50 tahun lagi....?

    ReplyDelete
  8. Selamat hari raya. Meriahnya beraya ye. Rumah kampung pun nampak cantik tu.

    ReplyDelete
  9. selamat hari raya dik oiiii... cantik umah kampung nenek atuk tuh.... walaupun rumah kayu nmapk cantik lg...
    meriah betul raya ngn berjumpa sanak saudara...

    ReplyDelete
  10. Amboihh..sakan beraya. Huhu..mmg lah sayu je aty kalau beraya tanpa family. Sebak tau. Family adelah segalanye.

    ReplyDelete
  11. twinscraftlife: HI!! μ•ˆλ…•ν•˜μ„Έμš”~ we are twinscraftlife! pls visit our blog shop^^ κΌ­ μ˜€μ„Έμš”~~!!^^ twinscraftlife.blogspot.com

    ReplyDelete