Sunday 31 August 2014

#SayaSayangMalaysia

Assalamualaikum

Aku tak tahu kenapa, tapi tiba-tiba aku rasa rindu nak menyanyi lagu-lagu merdeka seperti di sekolah rendah dulu. Lagu-lagu seperti Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia, Tanggal 31 nyanyian Sudirman. Semangat aku waktu menyanyi lagu tu sangat berkobar-kobar. Kawan-kawan yang lain pun macam tu, sama bersemangat dengan aku. Lebih-lebih apabila tiba di bait-bait akhir dalam lagu Jalur Gemilang "Berkibarlah...Berkibarlah...Berkibarlah...Jalur Gemilang!!! Terus kami baling bendera sambil melompat-lompat & cuba nak sambut bendera tersebut.

#SayaSayangMalaysia =)
Sambil menyanyi, sambil kibarkan bendera yang ada gula-gula tu. Kat pasar malam dulu banyak jual bendera yang ada gula-gula ni. Lepas tu ada pertandingan keceriaan kelas laaa. Gigih aku beli bendera tu banyak-banyak kat pasar malam sebab nak letak kat kelas. Setiap meja kat kelas kena ada satu bendera. Kat luar kelas pulak gantung bendera yang paling besar. Dan of courselah kelas iollss juara uolls! Haha, mana tak semangat aku bila tengok kemeriahan bendera macam tu.

Bukan semasa sekolah menengah takde buat macam ni, tapi semangat sewaktu aku di sekolah rendah boleh dikatakan 10/10 kalau diberi skala ke-semangat-an. Inilah yang orang kata, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ye, masa kecil lah anak-anak perlu dididik dengan sebetul-betulnya dalam setiap aspek kehidupan. Mungkin kalau dulu aktiviti seperti ini tidak diadakan, aku tiada semangat untuk buat benda-benda ni semua. Ya, sekarang aku rindu nak menyanyi semua lagu kemerdekaan sambil melompat. Dulu budak-budak, kau nak melompat, nak terkinja, takde orang yang kisah. Sekarang kalau ada orang tengok aku buat macam tu mesti pikir aku tak betul -_-

Hari tu aku sekeluarga pergi mydin nak beli lauk untuk masak. Dah habis beli barang sume, ayah cakap nak makan kat kedai mamak pulak kat bawah kedai mydin tu. Pusing balik dengan troli shopping kitorang. Dah habis makan, dah masuk kereta pun, mak tanya ayah "eh, tak pasang bendera kat kereta ke?" Lagi sekali kitorang masuk balik ke dalam mydin untuk beli bendera nak tampal kat kereta. Sampai je kat tempat jual bendera, dah habis! 

Yang tinggal hanyalah bendera kecil, atau pun bendera yang digunakan untuk dikibarkan di tangan. Yang untuk kereta semua dah habis. KECUALI tinggal satu. Itupun bukan bendera Malaysia, tapi bendera negeri Melaka. Tak nak, orang nak bendera Malaysia jugak. Haha, demand. Dengan bersungguhnya aku cabut bendera Melaka tu, carik jugak yang Malaysia. Yeah! Jumpa satu, terus tukar batang bendera tu, pastu terus pergi bayar. Sampai kat kereta ingat nak tampal waktu tu juga. Rupa-rupanya pelekat kat bawah tu dah tak melekat sangat, sebab gam kat bawah tu dah tercabut. Nak buat macam mana, last pieces...mesti ada cacat celanya.

Yeah, i've one !!
Tak kisahlah, balik nanti carik gam, pastu tampal jelaa. Ye, semangat sangat aku. Bila tengok istiadat untuk mangsa MH 17 di kaca televisyen, aku rasa syahdu sangat. Pada masa yang sama aku rasa semangat cintakan Malaysia lebih menebal dalam diri aku. Dan pada malam itu jugak kawan aku whatsapp "Gaza win, roger. End of war, roger." (Thanks Dayah for the update). Aku check betul-betul. Ye, Gaza waktu itu sedang meraikan kemenangan tersebut. Air mata aku menitis, syukur Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya pada malam itu mereka dapat tidur dengan tenang tanpa perlu risau ada bom yang akan mendarat di tempat mereka.

Sekarang, aku jarang nampak ada bendera di kereta-kereta di jalan raya. Jarang nampak bendera Jalur Gemilang digantung di bangunan-bangunan. Mungkin mereka tidak menzahirkannya. Mungkin semangat itu tetap ada dalam jiwa mereka. Mungkin. Mungkin.

10 comments:

  1. cerita merdeka..nostagia sangt..:) anyways selamat menyanbut ulang tahun kemerdekaan ye teena :) tahun depan buat baju dari bendera ye.huhu merdeka!!

    ReplyDelete
  2. salam merdeka 57.. huhu.. sama-sama kita sayangkan malaysia.. kalau bukan kita sape lg nk sayang.. proud to be Malaysian..

    ReplyDelete
  3. selamat ulangtahun ke 57 Malaysia.saya bangga panggil diri saya sebagai rakyat malaysia.:-)

    ReplyDelete
  4. selamat hari merdeka jugak (,")

    ReplyDelete
  5. Sudah 57 tahun merdeka tapi jiwa kita masih belum merdeka. Misalnya kita belum sampai tahap bangga dengan hasil produk kita sendiri. Sebab itu ramai yg memilih kereta luar negara, makan di restoran makanan segera yg berasal dari luar, memakai pakaian jenama luar, memakai produk kecantikan dari luar dan banyak lagi dari luar, sedang kita punya pilihan untuk menggunakan produk Malaysia sendiri....

    ReplyDelete
  6. kalu mmg dh disemai semangat merdeka tuh... insyallah sampai anak cucu msti ikut

    abah akak klu kt kampung mmg meriah, time bulan ogos je mmg penuh ngn bendera malaysia kt laman rumah

    ReplyDelete
  7. cantik kibarkan bendera kat kereta tapi sedih bila bendera jatuh ke tengah jalan.

    http://acikwatie.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. Haha sekolah ada buat pertandingan camtu gak tapi sebab satu kelas sibuk nak PT3 macam tak kisah sangat.. Guru kelas masuk.. "Eh.., kenapa dalam kelas takde bendera? Nanti kena marah kena ada at least satu bendera la.." Ketua kelas pun macam terpinga-pinga tiba-tiba Yun Sing keluarkan bendera dari beg dan kibar kuat-kuat haha semangat nak bawak bendera ke mana-mana dalam beg xD

    ReplyDelete