Monday 15 December 2014

Seorang Pelajar Yang Begitu Menghayati Apa Yang Dipelajarinya

Assalamualaikum

Macam biasa, selepas habis kelas aku prefer untuk mendaki tangga instead of naik bas. Selalunya aku berjaya sampai ke 'puncak' tangga itu. Namun hari ini aku telah kecundang dan tewas. Damn! Rasa macam baru habis larian 200km.  

Sampai jer kat atas tu aku terus terduduk bersila atas simen sambil minum seteguk dua air dalam botol yang aku bawak. Bila rasa dah okey sikit aku teruskan perjalanan ke kafe untuk lunch tengah hari ni. Then, pandangan aku nampak hitam & kelabu. Rasa nak pitam.

Aku patah semula untuk berteduh. Giler kau tetiba pengsan tengah panas tu...So berteduh sekejap, tapi tempat yang aku stop tu adalah laluan orang ramai. Nak tak nak aku kena buat muka tak malu jugak lepak kat situ. Orang yang lalu-lalang kat situ pandang dan senyum jer (bukannya nak tolong aku). Masa ni rasa tak larat sangat. Rasa nak sampai bilik sekarang juga tapi bilik jauh lagi. 

Tiba-tiba, lalulah sorang mamat ni tanya :

Ni kenapa ni? Ok tak?

Haa, takpe okok...

Untuk tak nak lebih melemahkan badan, aku sambung juga perjalanan ke kafe. Perlahan-lahan. Aku jenis yang kena makan selalu, bukan sebab gastrik tapi sebab nafsu kot (dah sakit camni pun tak boleh tinggal makan jugak). Ok sampai kafe aku terus cepat-cepat ambil makanan.

The moment aku nak senduk nasi tu, aku dah tak larat. Nak amik lauk lagilah, apa yang ada depan mata aku rembat jer. Mak cik tu lambat pulak dia sambut nasi aku. 

2 ringgit dik. (aku tak pasti makcik ni bagi murah sebab makanan sedikit or muka kesian aku, hihihi)

Mak cik cepat amik, saya nak pitam dah  ni.

Hahhh? Duduk, duduk kat kerusi ni.
Tu bagi dia minum air dulu (dia suruh pekerja bagi aku air & tisu).
Ni perut dia kosong kot...

Aku pun duduklah kat situ. Masa ni dah loya-loya dah. Tiba-tiba tengah aku duduk-duduk kat kerusi tu, aku termuntah! OMG!!! Euww, geli ok. Mak cik tu :

Hahhh, dia dah muntahh. Tu pergi tolong dia. 

Haha drama sangat masa tu. Nasib baik aku dah pegang tisu, so takdelah bertaburan sangat sisa-sisa tu. Kalau tak kesian makcik tu, nanti habis kedai dia bau muntah aku. Itupun, melekat jugak kat baju. Agak-agak dah stabil sikit aku ke sinki nak bersihkan muka. Sekali lagi, termuntah. Lepas muntah tu rasa lega sikit.

Dah malas nak layan pening aku ni, terus balik bilik. Sempat aku cakap 'Terima Kasih' kat mak cik tu sebelum aku balik. Jalanlah aku pulang ke bilik dengan kepala yang pening-pening. Hairan  jugak kenapa tiba-tiba badan jadi camni?

Baru aku teringat  tadi masa kelas anatomy belajar pasal Pregnancy. Dari zygote sampai jadi baby. Sehinggalah berlaku contraction, bersalin normal or operate. Hmmm, sepanjang kelas tadi tangan aku pegang jer perut. Serammm.  Tapi lecturer ni  kelakar, asyik tergelak jer.




>>>>(common) symptoms of pregnancy : pening, mual, loya, muntah
Tidakku sangka walau hanya sekadar belajar sahaja pun boleh terbawak-bawak dalam kehidupan realiti ni eh.

hmm, kalaulah belon sebesar ni ada dalam perut, apa jadi rupa aku ye. emmm.




14 comments:

  1. hahahaha. dahsyatnyaaa teena. mula2 baca rasa mcm okey tk sihat kot bila dah baca last sekali hahaha taksangkaaa. nasib baik takdak lab petang tadi. haha :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha, kalau petang tadi ada lab, boleh terus buat ubat metochlopromide. mesti tak muntah2 lagi. ni kalau batchmate tahu citer ni, mesti dowg gelakkan iolls =)

      Delete
  2. tahniah sebab akak berjaya mendaki 'tangga kejayaan' tu ,, wahaha ,, kekadang memang kita terbawa bawa sesuatu benda tu dalam minda bawah sedar kita ,, sebab tu lah kekadang ada orang sampai terbawa dalam mimpi ,, :D

    ReplyDelete
  3. student uitm puncak alam eh?haaaa..dekat la kita,kihkih

    ReplyDelete
  4. hahaha, kelakar la awak ni.. hihi, salam perkenalan ^^

    ReplyDelete
  5. hahaha sampai camtu sekali yer penghayatan dia :P

    ReplyDelete
  6. wah wah wah.. sampai terbawak ke alam realiti. hehehe :P

    ReplyDelete
  7. ya Allah, boleh pulak terbawak baawak sampai macam tu. maybe terlebih feel kut,hehe. have a nice day!

    ReplyDelete
  8. perut masuk angin ke dik? jaga makan k...

    ReplyDelete
  9. kesian awak ,jaga makan sama okey jangan belajar hard sangat smpai kesihatan terabai...btw mcm best jaa apa yang awk belajar :)

    ReplyDelete
  10. wah takutnya. Pasni study relax2 jerlah, tak usah fikir panjang sgt. Jd sakitkan susah.
    all the best 4yr study =)
    member#973

    ReplyDelete
  11. 5 tahun lepas, belajar pasal pregnancy and perempuan experience dengan nurse sebelum masuk dalam bilik lahir baby, terus rasa seram and phobia, sampai sekarang bertambah takut bila dengar kata seorang ibu yang lahirkan anak, banyak tulang yg patah.. betul ke?? seram lah TT^TT rasa takut..

    anyway besar betul belon tuh!! XDD comel betul
    baru seminggu lepas, Misaki main dengan sabun basuh pinggan XDD bagi belon jadi besar.. ahahaha XDD

    ReplyDelete
  12. Aigoo Teena, ingat pregnant tadi. Hahaha. Siannye perut kosong. Jangan biarkan perut kosong tau. Macam ana pun takleh perut kosong, lau tak datang terus gastrik. Muntah2 air liur pahit yg kaler kuning tu.

    ReplyDelete