Thursday 24 September 2015

Trip To Korea : The Journey Begin

Assalamualaikum
Anyeong Haseyo!

Aaaa, bestnya cuti kali ni! Dapat beraya kat rumah. Dapat makan sedap-sedap. Dapat tengok cerita-cerita kat tv. Dapat jalan-jalan sampai ke Korea. Tapi ini semua perasaan sebulan yang lalu. Sekarang aku dah balik universiti. Bermulalah kehidupan yang sibuk. 

Mana taknya, beberapa hari aku baru sampai Malaysia dah kena balik kampus. Balik dengan mood yang masih bercuti. Baru unpack luggage dari Korea, dah kena pack baju lagi sekali balik sana. Pastu bila nak unpack baju balik tengok tudung ade berapa helai je, baju tak cukup. Hehe, sebab tu lah kalau ade yang perasan aku asyik pakai tudung yang samee je setiap kali attend lecture. Harap-haraplah takde kawan aku yang baca blog ni hehehe.

Aku tak tau nak mulakan cerita dari mana. Baru-baru ni aku baru jer pergi Korea. Errr, tak baru sangat kot. Hari ni genap sebulan aku menjejakkan kaki ke negara Kpop. Tak pernah terdetik pun nak ke sini, tapi rezeki dapat menjejakkan kaki ke sana tahun ni jugak. Alhamdulillah...

Disebabkan aku pergi Korea waktu dah nak habis sem break, masa cuti tu aku sempat lah buat research sebelum nak travel ke Korea. Sebelum tidur, wajib baca blog-blog yang cerita pasal Korea, tips travel, bajet nak bawak barang banyak mana, duit berapa banyak nak bawak...kira ni rutin harian masa cuti dulu. 

Tapi, seminggu dua sebelum fly, currency Malaysia tiba-tiba jatuh T_T. Dah lah aku tak tukar duit lagi waktu tu. Dengan harapan, currency akan kembali normal, tapi OH NOO! Semakin menjatuh dan menjunam. 3 hari sebelum fly, dengan redhanya, tukar jugak, nak tak nak terpaksa redha. So waktu tu 1000 won Korea = RM 3.55. Masa akak aku pergi dulu dapat RM 2.80 kot. Hmmm, takpe, redha jelah.

Flight pukul 1.00 pagi 24/8/2015. Tapi pukul 11 pagi tu aku baru buat check in buggage. Sebab misunderstood. Melayang lagi RM 89. Masa ni dah start nervous jugak lah. Takut ade barang tertinggal ke, baju tak cukup ke, kena tahan imigresen ke. Oh, ini adalah first time aku travel luar Malaysia dengan kawan-kawan dalam masa yang agak lama. Haa, mana tak nervousnya.

Okay, ni ada drama sikit. Malam sebelum nak bertolak ke KLIA tu aku rasa macam takkan balik Malaysia lagi. Macam nak sambung belajar ke luar negara, balik 6 tahun akan datang. Perasaan sedih giler. Nak nangis tapi cover laa, nangis dalam hati hihi. Dalam kereta, aku perasan phone aku macam problem sikit. Tapi ok lagi. Bila dah sampai KLIA, dah bye-bye famili, tiba-tiba phone tak boleh ON.

OMG! i belum sampai korea lagi kot. Kat Malaysia lagi. My phone, kenapa u buat problem waktu ni? Penat i buang / uninstall apps sume supaya dapat amik gambar banyak-banyak. Tiba-tiba u tak boleh nak ON? Can u imagine, betapa sedihnya i waktu tu... Baik kawan-kawan i ade kamera, ada phone. Bolehlah pinjam nak contact famili ke apa kan.

Setelah 6 jam duduk dalam flight, pukul 8 pagi waktu Korea, kami pun sampai ke Korea. Oh ya, masa nak landing tu baru aku tahu seat kerusi tu boleh ke belakang. So selama ni aku bersakit badan duduk dengan 90 degree kerusi tu. Lenguh badan ooo. First timer kan Tina, sabar jelah wuwuwu.

Kami bertolak dari Malaysia seramai lebih kurang 10 orang. Tapi sampai sana kitorang split to some groups. Kiranya flight jer sama, tapi jalan masing-masing sendiri punya itinerary. Sepanjang 10 hari aku kat sana ada memang kitorang bertiga berkepit lah haha. Ada aku, Sal & Azwa. 

Sampai jer Incheon Airport, kitorang topup T-money card 20,000 won. Kalau tak cukup, boleh topup lagi, ada disediakan machine di setiap subway station. Ada kawan-kawan aku yang dah pernah ke sini, so kitorang pinjam jer dari dia (thanks zati & hanan!). Sudah jimat di situ. Dari Airport ke Seoul, kami naik KTX dengan tambang 6000 won. Masa ini tak tau lagi nak naik subway macam mana. Rasanya kalau naik subway, dapat tambang lagi murah.

Dengan luggage masing-masing yang berat, kami pun turun naik tangga menuju ke hotel. Kitorang stay kat guest house: Philstay Dongdaemun. Haa, nak mencari hotel ni satu hal. Tak jumpa-jumpa hotelnya. Penat dalam flight tak hilang lagi, kena tarik luggage, tanya orang sana diorang tak faham english. Kami try tanya ajumma, diorang sangat baik. Beria-ria dia cerita lalu situ lalu sini. Cuuunggg...Pitih... Ape tah. TAPI satu hape pun kitorang tak faham dia cakap apa. Macam itik dengan ayam cuba untuk bercakap =')

Depan Lotte Fitin
Dalam 4-5 orang juga lah kitorang tanya, terjumpa orang Malaysia jugak yang jalan-jalan kat situ. Tapi dia pun tak jumpa hotel tu. Akhirnya aku nampak 2 oppa pakai baju merah, diorang memang information centre yang berjalan kat kawasan tu. AND dia boleh cakap english. Finally kali ni apa yang dia cakap baru kitorang boleh faham. Rupanya kena lalu Lotte Fitin dulu. tu agaknya pitih yang ajumma tu cakap sebelum ni. Manalah i tahu hahaha.

Sampai-sampai jer terus sesat. Dalam pukul 12 tengah hari baru dapat jumpa hotel. Nampak tulisan Philstay, rasa lega giler. Check in pukul 3 petang, kitorang just letak beg dulu, pastu carik makan. Perut kosong dari malam tadi tak makan apa-apa.

Sadis kan cerita aku? Aku yang baca ni pun macam nak tergelak kalau diingatkan balik. Takpe, part I ni jer cerita sadis sikit. Tunggu next entry aku, banyak cerita seronok. Lagi banyak gambar. Tunggu tauuuu. 

Anyeong Haseyo!







9 comments:

  1. Hikkk. Cepat cepat teena. X sabar nak dengar lagi walaupun da dengar dlm kereta. Kih3

    ReplyDelete
  2. Walaupun sadis, tetap jadi kenangan terindah. Kan. Hehehe Nanti update sambungan cecepat tauuu... Waiting ^^

    ReplyDelete
  3. Wahhh, seronoknya dapat pergi Korea.

    ReplyDelete
  4. bestnyaaa... Lissa kena mimpi dulu, baru dapat pergi korea.. haha T_T

    ReplyDelete
  5. perasaan handphone tak boleh sebelum travel tuu.... faham sangat T_T pernah alami dan phone takleh baik pun T_T

    ReplyDelete
  6. Wah seronoknya. Ingat ingat sikit buah tangan untuk yang kat Malaysia ni eh. Nak bagi oppa pun boleh je huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  7. bestnya dpt kenal negara orang...

    Jom singgah blog saya...saya dah follow awk ye..Thanx... http://globalazcollection.blogspot.my/ Thanx

    ReplyDelete