Saturday 15 April 2017

Dunia Pancaroba

Assalamualaikum

Hai, aku tak tahu nak cerita macam mana. Perlukah aku berkongsi di sini? Kalau tak kongsi, aku rasa ini adalah satu 'kisah' dan 'ujian' yang sangat terkesan bagi diri aku. Dan aku ingin abadikan memori-memori dalam blog @ diari hidup aku. Kalau kongsi pula, nanti orang tahu apa yang aku sedang alami, yang mana aku rasa setiap orang ada 'jalan' hidup masing-masing. Tapi tak apalah aku cuba sampaikan dengan cara terbaik ya.

Wah, wah wah Tina! Serius betul bunyinya. Lain benar dengan isi entri-entri sebelum ini.  Ayat pun nampak macam dah matang, bukan kebudak-budakan seperti dahulu. Hohoho.

Jujur aku cakap tahun ketiga (3rd year) sebagai seorang pelajar degree sangat banyak cabaran dia. Secara spesifiknya sangat banyak air mata. Sangat. Pantang terasa / diusik, sedikit terus emo. Tak perlu aku cerita secara detail, cukuplah itu intro untuk cerita yang bakal aku cerita. Dan aku berterima kasih kerana Allah turunkan kawan-kawan yang selalu ada di sisi aku. Yang tiba-tiba muncul di tahap kemuncak yang memang aku perlukan seseorang sangat-sangat, tapi tiada sesiapa yang tahu, tiba-tiba dia datang bertanya keadaan aku. Subhanallah, ye memang akan aku ingat momen ni sampai bila-bila. 

Okay, itu kisah semester lepas. Semester ini, Alhamdulillah aku lebih 'stabil' (dah macam orang sakit pulak guna terms stabil haha). Dua-tiga minggu ini aku dikelilingi oleh orang-orang yang positif. Setiap hari ada jer berita gembira mengenai kejayaan orang di sekeliling aku. Entah, bila aku ucap tahniah kepada mereka, aku rasa betul-betul bangga, betul-betul gembira dengan setiap apa yang mereka kecapi. Dan aku juga ter-motivasi dan ter-inspirasi dengan kejayaan mereka. 

Dalam gembira-gembira aku, aku rasa takut dan sedih. Takut dengan masa depan aku. Sedih mengenangkan nasib diri sendiri. Adakah nanti aku boleh berjaya seperti mereka? Aku rasa aku tak layak. Tapi rezeki Allah itu Maha Luas. Jangan salah faham, takut dan sedih di sini bukan bermaksud aku dengki dengan mereka, malah aku sangat tumpang gembira dan bangga dengan mereka. Cuma aku rasa diri aku ini teruk sangat. Tak tahulah aku perlu rasa seperti ini atau tidak, tapi rasa teruk yang aku cakap tu selalu membelenggu diri aku.      

Okay, itu cerita pasal kejayaan. 

Dua hari lepas (kot) aku dapat satu berita. Hmm, bukanlah berita sangat sebenarnya. Mungkin ia lebih kepada satu kenyataan. Cuma kenyataan itu aku baru tahu. Kenyataan yang membuatkan aku tersentak. Seperti langit jatuh ke bumi. Hancur berderai. Yang lagi sedih, kenyataan itu payah untuk aku mengubahnya, sebaliknya aku perlu hadapinya sepanjang masa, dan berlakon seperti tiada apa yang berlaku. Seperti aku perlu tanggung semuanya sendiri. Hahahaha mesti korang susah nak hadam apa yang aku cuba nak sampaikan kan?  

Takpe, rasanya takde apa sangat pun. Mungkin aku yang fikir terlebih dari sepatutnya. Takpelah, aku rasa insyaAllah aku mampu lagi. Dan juga malam itu sedang aku cuba mencari ketenangan diri (lol), ramai orang yang risaukan aku. Banyak missed call masuk. Ada call yang sempat aku angkat tapi tak mampu aku jawab, lagi-lagi bila orang tanya aku ok ke tak. Terus sebak. Aku rasa lagi lah risau diorang kat aku. In fact, aku tak boleh lagi balik dengan keadaan macam itu. Lebam kot mata aku! 

Ala, entahlah. Aku rasa benda-benda macam ini lebih sebagai lumrah kehidupan. Tak semua yang kita betul-betul harapkan itu akan menjadi betul, dan tak boleh bergantung harap pada sesiapa pun kecuali ALLAH. Tapi sebenarnya disebabkan sayang kerana ALLAH lah, aku tak nak benda-benda ini terjadi. Entah, sampai satu tahap, takpelah aku jaga diri aku sendiri jelah. Dan jujur aku cakap aku dah kurang percaya dengan orang.

Gambar sewaktu kejadian. Pun sangat bermakna =)
Okay itu sahaja cerita yang cuba aku nak kongsikan di sini. Lebih kepada luahan apa yang terbuku dalam diri aku sebenarnya. Walaupun tak terluah sepenuhnya, aku rasa lega. Lega dapat menulis di sini. 

Seriuslah aku rasa isi untuk entri kali ini sangat berat. Sangat tidak santai seperti sebelum ini. Jangan risau aku ok je (doakan aku kuat). Terima kasih kalau masih ada yang membaca blog yang sudah terbengkalai ini.



P/S: Entri ini tiada kena-mengena dengan masalah percintaan ye (HAHAHA)    

2 comments:

  1. alhamdulillah.. bagus la kalau dah matang.. hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Matang lah sangat haha. Tapi 3rd year memang 'disaster' ke? Cer share sikit experience hehehe

      Delete