Thursday, 2 March 2017

Gua Tempurung, Perak

Assalamualaikum

Aku sebenarnya dah lama nak tulis cerita pergi caving tempoh hari. Dek kerana kesibukan study, final exam, praktikal, events...maka hari ini barulah terasa mahu update entri Gua Tempurung. Padahal pergi sana tahun lepas, hahaha. Tak boleh, kena update jugak *hentak kaki* sebab seronok sangatttt! Dan aku rindu nak buat outdoor activities.

Ok, cerita dia macam ni. Malam tu tak silap aku kitorang ada BBQ kat kolej. Tiba-tiba aku rasa macam taknak drive sorang-sorang, so whatsapp lah Tirah ni. Masa ni aku dengan Tirah takdelah rapat mana, tapi sebab taknak pergi sorang-sorang BBQ tu, contact jugak dia, hehe. Dalam kereta saja borak-borak. Ter-boraklah pasal caving ni. Oh ya, Tirah ni pun suka jugak buat outdoor activities.

Entah macam mana; "jom lah kita pergi Gua Tempurung weekend ni" "haa, jom lah". Pastu waktu BBQ tu kitorang pun cari lah siapa-siapa lagi yang nak join sama. Cari punya cari, dapat lah beberapa orang. Biasanya plan last minute memang menjadi! Memang pun. Malam tu plan, lusa terus pergi sana. Aku lagi suka plan macam ni, sebab kalau plan awal-awal, selalunya tak menjadi, sembang je lebih LOL.

Kat Gua Tempurung ada banyak pakej. Boleh pilih sama ada nak pakej yang akan basah atau tak nak basah (tak kena air). Kitorang pilih full pakej, bayar RM 11 seorang. Ada ranger yang akan guide kita dari awal masuk gua, sampai keluar gua tu. Serious weh, kalau korang jenis yang suka adventure memang kena amik Full Package ni. Seronok giler!

Aku rasa random je geng yang pergi Gua Tempurung ni. Semua tak pernah pun hangout sesama. Aku dengan Tirah lah yang mengajak diorang. Tapi sampai sana terus jadi geng! haha. Masa ni kitorang baru masuk, muka semua senyum lebar, tengah semangat lah katakan.

Masih lagi mampu tersenyum. Bahagian dalam gua ni sangat besar dan luas. Aku rasa adalah macam bangunan 10 tingkat tinggi dia. Awal-awal trek, masih ada lampu di sepanjang trek. Tapi bila dah sampai dalam lagi...

Nah amik kau. Gelap-gelita. Oh ya, sila bawa lampu suluh bersama. Dan barang-barang elektronik seperti handpone, powerbank, kamera tak perlu bawak rasanya melainkan kalau ada gopro atau seangkatan dengannya boleh lah bawak masuk. Sebab memang kita akan menyelam, merangkak, baring, semua ada!

Memang ada part yag kita kena memanjat batu-batu. Bila tengok dengan lampu suluh terasa seperti di Padang Arafah. Tempat tu sangat gelap, luas, tinggi, banyak batu. Kita kena panjat batu-batu tu. Ada jugak kena turun dari batu. Batu tu 90 degree cerun dia. Tapi bawah tu ada orang dah ready siap-siap nak sambut kita. Kalau nak pergi sini aku rasa kalau dalam group tu ada kawan lelaki, better kot.

Ni mesti kepala Joi, haha. Sebenarnya nak bagitau kita dah sampai satu pintu gua. Leganya bila dapat lihat cahaya matahari. Kat sini ranger tu bagi kitorang berehat sekejap. 

dab dab dab dab! Rx13 Fly High!

Haa, masa ni semua tengah syok bergambar. Nak tahu apa yang terjadi lepas kejadian berehat dekat pintu gua ni?

Haa, siap posing bagai lagi atas batu tu ye Tina? Nak tahu apa yang jadi lepas ni?

Nak tahu apa yang jadi? Kitorang terpisah dengan group ranger ni! Sebabnya orang depan kitorang dia tersilap tengok jalan kot. Tahu-tahu jer, kat depan tu dah takde orang. Mana yang sekali group dengan aku semua gelabah. Kitorang menjerit pun takde sapa yang dengar. Pusing balik pun tak jumpa sesiapa. So kita decide untuk pergi semula ke pintu gua tu. So kitorang duduk je kat situ, tunggu orang datang amik. 

Masing-masing waktu ni semua senyap. Aku ada terbayang gak kalau-kalau ada helipkopter nak cari kitorang. Tak pun, nyalakan api sebagai isyarat orang tahu kita ada di situ. Haa, lagi satu kalau masuk tempat-tempat macam ni, jangan lupa bawak lighter. In case kalau ada emergency. lighter tu sangatt berguna.

Piqah nak menangis ke tu??? Dalam 20 minit tunggu kat pintu gua tu, ranger kitorang tu pun datang. Nasib baik baik dia perasan tak cukup orang. Kalau dia tak perasan, dan kitorang terbiar je kat situ macam mana? Masa ni sebenarnya aku dah start rasa penat, dan dah lapau. Rasa macam cepatlaaah keluar. Rupanya tak, ranger tu bawak lagi masuk ke tempat yang lebih dalam. Aku suka, tapi rasa dah tak larat. Tapi layankan jelaa. Tapi part yang kena meniarap serious best! Kepala tak boleh angkat tinggi, nanti terhantuk dekat dinding gua. 


Setelah hampir 6 jam berada dalam gua ini, akhirnya habisss juga. Kami berehat sambil bermandi-manda di laluan air dalam gua ni. Air dia sejuk tapi rasa segar. Sorry, gambar tak berapa nak jelas, tapi cukup jelas menunjukkan ke-excited-an kitorang.

Makan roti luuu. Konon macam dah geng la ni, padahal tak pernah langsung pun cakap dengan shahrul bila kat lecture hall. Random sangattt. 

Keluar dari gua, mandi, solat, siap-siap, kitorang pergi makangggg! Lapaq gilaqq!


Sekian, sampai di sini sahaja lawatan last minute kami ke Gua Tempurung. Tak sabar nak tunggu next trip pulak. Harapnya next sem sempat lah nak buat outdoor activity macam ni lagi. Takpe, kita cari jugak bagi sempat. Rindunyaaaaaa! Terima kasih syafif, zabidi, shahrul, shida, tirah, piqah, joi  =)

2 comments:

  1. Agree with you! Last minute plan will usually work well :D haha

    kita orang perak pun tak sampai lagi gua tempurung ni. alahaiii, takde geng tp nak try jugak la one fine day nanti :). torch light tu better bawak yang pegang ke yang ikat kat kepala ea?

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pakai head torch light lagi better. Saya bawak torch light biasa je, pun ok jugak.

      Delete